Thursday, May 13, 2010

Jual spare parts vs cupcakes

Salam,

Sibuk nyer aku semenjak 2 menjak ni. Tup tup tengok jam dah pukul 12 tgh hari. Dah kena ambik Amirah balik dari sekolah. Nanti ambik Kak Yang pulak. Aper yang aku buat yer? Begitu lah hidup ni yang tidak pernah kehabisan. Apa agak nya yang kita kejar2 kan sangat.

Beberapa minggu ni sibuk dengan hal Kak Yong utk masuk U. Walau anak dah besar panjang tetapi sebenarnya mereka pun bukan tahu apa2 pun bila bab2 ni. They 're as confused as we are. This is actually a real time when they start to face the world of beaurocracy. Nak beli stem sekeping pun tak tahu rupanya...kwang kwang kwang. InsyaAllah, next week dah kena hantar dia ke UIA PJ.

Pastu inquiry masuk banyak pulak tu. Dapat nya belum tentu, tapi aku tak peduli sbb aku tetap percaya rezeki tu Allah yang beri. Kalau ada, adalah dan kalau tak ader pun tak per. Yang penting nya aku happy. Paling thrill bila spare part tu yang paling susah nak cari. Bila jumpa...huyooo...best giler! Seronok cari barang serata dunia ni...cubalah kalau x cayer!

Minggu ni pulak boss lama aku offer kejer part-time kat office dulu. Hahaha...ader lagi orang nak pekerja veteran nih rupa nya! Thanks but no thanks...big boss aku tak kasi daaa...

Hari tu suka2 jer aku jual cupcakes kat skolah Kak Nyah. Minggu ni Hari Guru, so sekolahnya tempah cupcakes utk buat jualan. Mak oii...bila byk aku mula pening. Bila nak baking lagi, bila nak decorating lagi...habis tangan berlemuih dengan buttercream! Alamak...lecehlah rupa nya. Tapi penat aku serta-merta hilang bila aku lihat kengkawan Kak Nyah excited bila tengok cupcakes aku. Feeling satisfied...walau pun cupcakes aku tak secantik mana.

Aku pun mula pikir, patut lah org kata, kalau nak kaya pilihlah perniagaan yg boleh mendatangkan duit dengan byk dengan masa yang sedikit! Hahaha...aku pilih jual spare part lah! ;) Apa2 pun, semua itu ketentuan Allah belaka. Kita hanya berusaha mengikut kadar nya. Allah yang berkuasa di atas setiap sesuatu.


spare parts (voltage detector)

VS
Cupcakes


Dalam selang seli kehidupan seharian aku ni kengkadang aku berhenti sejenak dan bertanya...ikhlas kah aku dengan setiap pekerjaan yang aku buat ni? Bagaimana nilaian ALLAH agak nya terhadap aku? Apakah sebenarnya yang aku mahu kan didalam hidup yang sementara ini.

Firman Allah:

[10]Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?[11] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). ~Surah As Saff~

Semoga ALLAH menerima segala amalan2 ku.

It's not where you start , it's where you finish ~that counts!

Wallahualam.

1 comment:

Mulan said...

moga kita sentiasa dirahmati Nya selamanya..

Related Posts with Thumbnails