Hari ni nak sambung citer pasal hari Jumaat lepas. Ingatkan lepas hubby saya balik dari Kerteh
kita orang boleh terus bertolak. Oh ya...pasal staff tu, rupanya arwah
meninggal di klinik. Technician hubby sempat bawak dia ke klinik. Kalau
meninggal di workshop, habis lah management kena gulai dengan
HQ....termasuklah hubby saya skali!
Sambung
semula citer.....hubby saya balik dah pukul 5:30 ptg. Angkut barang
masuk keter dan pergi ambil Kak Nyah kat pusat memandu. Mujur dia lulus
kali ni. Lepas saja ambil dia, terus saja bertolak. Tiba2.....jeng
jeng jeng, sampai jer kat traffic light Semambu ada sorang apek turun
kan cermin kereta dia bagi isyarat tunjuk tayar belakang
kereta....tayar dah hampir flat rupa nya!
Perghhhhh......can
life be that hard in one day? Lepas tu kita orang proceed to the
nearest petrol station. Pam angin macam tak ada kesan, last2 ambik
tayar spare dan tukar. Allah was generous enough to send us one good
guy helping us when in need. Dah hampir maghrib baru boleh teruskan
perjalanan. Bila sampai kat tol keluar Gambang, tiba2 bila sentuh kad
"touch n go" ~ "invalid card" pulak terpancul kat skrin tu. Tak pernah2
jadi macam tu. Cuak. Pastu cuba lagi skali, OK pulak. Sabor jer lah...
Sampai Melaka dah pukul 1 pagi.Itu pun kita orang redah ikut jalan Felda, nasib baik jalan cantik (thanks to the government!). Lagi satu hal pulak,
saya dah booking hotel tp bila kami nak locate hotel guna GPS, hotel tu
tak ada register dlm list...sabar lagi. Pusing2 sekali dua...x jumpa
jugak. Last2, walk in jer kat satu service apartment. Kau hentam jerlah
labu!
Badan pun dah letih, mata pun dah
mengantuk.....tidur jer lah. Esoknya semua berjalan lancar. Lesson
learnt....it is not the situation that irritates you, but how you take
it. We managed to laugh at all the adversities because we know that
sometimes life can offer us some lemons and we choose to make a lemonade!
After all life is perfect as we see it..... :)
Hari ni...kena travel lagi. Dah penat tahap gaban!
No comments:
Post a Comment