Friday, November 16, 2012

Sukar

Emak saya menjadi semakin sukar sekarang. Bukan buat saya, malah adik-beradik yang lain pun turut terasa. I guess she is moving towards the end of her life cycle. Saya berselisih pendapat dengan nya. Ada sahaja benda yang tak kena walaupun dalam perkara yang mudah.

Saya meminta dia supaya berhenti mengawal orang lain. Saya tahu bahawa dia tidak mahu perkara yang tidak di ingini berlaku terhadap anak cucu cicit nya tetapi jangan sampai keterlaluan. Saya harap di memberi ruang kepada anak2 cucu nya membuat keputusan sendiri. Dia sendiri pernah mengingatkan saya dahulu bahawa dia hidup tidak menongkat langit. At this moment, she is the one who dictating things. She fails to let go. Saya memohon maaf sebelum pulang. Dia masih tidak berpuas hati. Jadi saya "give in" supaya tidak menjadi lebih panjang lebar. Acknowledging her concern before I go.

Kami semua jadi letih dengan nya. Mmg sukar menghadapi kerenah ibubapa yang semakin tua. Harga syurga kami nampaknya menjadi semakin mahal....

Firman Allah s.a.w. bermaksud: "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).






No comments:

Related Posts with Thumbnails