Tuesday, February 26, 2013

The story of Vanilla Muffin

Salam,

You all nak tahu tak? kalau x nak tahu pun x per....kwang kwang kwang :P. 

Saya sangat suka vanilla muffin kat Kenny Rogers tu. Ntah x tahu berapa kali saya dah cuba resepi2 yang kat internet ni. Satu haram pun x jadi atau rasa macam kat Kenny Rogers tu. Walaupun ada orang claim resepi dia rasa sama macam Kenny Rogers tu. Tengok resepi pun saya dah tahu...cewah! Tak mungkin baking powder sampai 3 sudu besar utk 4 cawan tepung.... pahit lepang lah muffin tu bak kata orang Terengganu.

Saya pun mula mengolah sendiri resepi dengan mengunakan resepi2 yang ada dan mengguna pengalaman saya setiap kali mem"baking". Akhir nya... tadaaaa...

Nak kata cam Kenny Rogers tu x lah sgt...tapi Mr. Hubby kata lebih sedap dari Kenny Rogers tu (ayat standard En. Amri nak ambik hati akak ler tu...) Paling saya suka sebab muffin saya kali ni "crack" kat atas tu dan gebussss...hehehe :)

Yang paling kesian, Amirah ngan En. Amri sebab ntah berapa batch saya masak utk mendapatkan resepi yang terbaik. Ntah berapa kali Amirah bawak pergi sekolah bagi pada kengkawan nya sebab dia x suka vanilla muffin. Dia cuma sgt suka banana muffin.

Kalau ada sesiapa nak cuba, ini resepi dia. Feel free kalau nak kongsi;


Vanilla Muffin
1- 2/3 cup cake flour (Brand Nona)
1 cup fine sugar (3/4 kalau nak kurang manis)
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
Pinch salt
1 cup milk (or buttermilk)
½ cup corn oil/vegetable oil
1 tsp vanilla essence
1 egg

Method :

1)      Sift cake flour, baking soda and baking powder altogether. Add in sugar and salt in same bowl. Mix well.
2)      Mix together all wet ingredients in another bowl.
3)      Pour all wet ingredients into dry ingredients. Mix just to combine. Don’t over mix.
4)      Scoop into muffin case ¾ full or almost full.
5)      Bake in preheated oven at 200 deg C about 20 mins or until the cake tester comes out clean.

Note : a) Make sure all ingredients at room temperature.
            b) Preheat oven at 220 deg first and lower to 200 deg.
            c) The muffin texture is better if use buttermilk.

Happy trying!

Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya, dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat." (HR. Ar-Rabii')



Monday, February 25, 2013

Wasiat

Hmm...I think it is time for me to make a "wasiat" writing. You all tanya kenapa ya? Bukan kita semua ni pasti mati ker? So, saya dah pun pergi Amanah Raya. They wanted me to photocopy all the properties document 2 copies each (estate2, ladang2, rumah2, kilang2....ahaks),  my I/C 2 copies, beneficiaries I/C 2 copies and Pesanan/Arahan to be included in the "wasiat". Basically, it is quite cheap as compared to any law firm.

Actually, I've seen some damages done due to no proper will writing. People can easily twist and turn whatever you said pertaining to the property when you died. Jadi jangan ambil ringan ya tuan2 dan puan2 semua. Walaupun rumah kita dan kereta kita hanya sebuah sahaja. Bab harta dan wang ringgit ni orang yang kita sangka tinggi ilmu nya pun boleh gelap mata. Rambut sama hitam, hati lain2 .... dak gitu?

Anyway, the only wasiat I can give you to my beloved blog followers (cewah...);

"Kamu makan, kamu simpan dan kamu berikan sebagai sedekah" - [Hadith riwayat al-Muslim].

One thing for sure.... saya nak joli duit saya sebelum saya mati! Itu pun kalau ALLAH izinkan.... 




Friday, February 22, 2013

Sedih

Salam.

Saya berasa sedih. Tapi saya memang tak pandai meluahkan perasaan sedih saya. Kadang kala orang nampak saya macam cool saja. Setiap kali saya berasa sedih, saya lebih banyak diam dari berkata2 kerana saya memang kehilangan kata2.

Kali ini saya nak luahkan kesedihan saya disini. Saya sedih kerana salah seorang sahabat telah  di masukkan ke hospital kerana barah usus tahap 3. Saya sedih sebab saya tidak berkesempatan menziarahi nya semasa dia berada salah sebuah hospital di Kuantan kerana kekangan waktu. Saya sedih sebab dia kini berada di HUKM, KL. Saya sedih sebab saya tak tahu bila saya dapat bertemu lagi dengan dia.

Saya benar2 sedih. Saya menangis....



“Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.” 
[Surah al-Syu'ara: 80]


Ya ALLAH, kau sembuhkan lah sahabat ku..
Related Posts with Thumbnails