Salam.
Saya berasa sedih. Tapi saya memang tak pandai meluahkan perasaan sedih saya. Kadang kala orang nampak saya macam cool saja. Setiap kali saya berasa sedih, saya lebih banyak diam dari berkata2 kerana saya memang kehilangan kata2.
Kali ini saya nak luahkan kesedihan saya disini. Saya sedih kerana salah seorang sahabat telah di masukkan ke hospital kerana barah usus tahap 3. Saya sedih sebab saya tidak berkesempatan menziarahi nya semasa dia berada salah sebuah hospital di Kuantan kerana kekangan waktu. Saya sedih sebab dia kini berada di HUKM, KL. Saya sedih sebab saya tak tahu bila saya dapat bertemu lagi dengan dia.
Saya benar2 sedih. Saya menangis....
“Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.”
[Surah al-Syu'ara: 80]
Ya ALLAH, kau sembuhkan lah sahabat ku..
No comments:
Post a Comment