Monday, January 6, 2014

I'm back! Again?

Salam.

Selamat Tahun Baru Masihi 2014. Alhamdulillah. Nampaknya masih ada umur saya di beri Allah. Semoga saya menjadi hambanya yang byk bertaubat.

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala puji. Dia Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Kami pulang, bertaubat, mengabdi, bersujud dan kami memuji kepada Tuhan kami.


Astagfirullah, astaqfirullah, astaqfirullah. Saya memohon ampun dari Allah. Semoga Allah menutup keaiban saya di akhirat kelak.

Saya nak tulis banyak2 pun bukan pandai sangat. Jadi nak buat summary sket pengajaran2 dari ibadah haji tempohari:-)

1~ Usaha lah sedaya upaya kita utk mengerjakan haji. Tak perlu tunggu kaya-raya atau mampu istilah org melayu kita. Kalau rumah dah ada, keter dah ada cukup jer lah. Simpan duit tu utk haji. Tak ada astro kat rumah pun x apa. Simpan duit tu utk haji. Rokok lg lah x payah. Masih muda bukan alasan kerana kita x tahu bila kita akan mati.  Tak bersedia juga bukan alasan kerana dah bersediakah kita utk mati? Sangat2 malu kepada bangsa2 lain yg sanggup berjalan kaki dan tidur dikaki 5 utk menunaikan haji. Hingga ada yang berhutang kerana menunaikan haji. Apa alasan kita lagi?

2~ Berbuat baiklah sesama manusia. Allah itu sangat luas rahmat dan keampunanNya tetapi amat sukar bagi kita utk mendapatkan kemaafan manusia. Kita boleh muflis di akhirat kerana manusia dan makhluk2 lain. Sgt2 tidak kena jika kita beribadat siang dan malam tetapi kita di benci org kerana akhlak atau tindak-tanduk kita.

3~ Beribadatlah.... kerana sgt rugi jika kita tidak melakukannya. Masih ramai lg hamba2 Allah yg sanggup beribadat 24jam siang dan malam. Allah tidak akan rugi sedikitpun jika kita tidak beribadat malahan kitalah yang akan rugi.

"Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah". (An-Naml ayat 40)

Sekian dulu. Sekadar mentarbiah diri sendiri. Wallahualam

No comments:

Related Posts with Thumbnails