Dalam dunia ni ada bermacam-macam penyakit. Sama ada fizikal atau mental. Kalau penyakit fizikal tu memang mudah nampak atau kita rasa. Swine flu misalnya memang sama macam selsema biasa cuma diikuti oleh cirit-birit dan muntah2. Virus pun dah semakin canggih. Dah pandai "mutate" sendiri. Kalau dulu babi jer yang kena, sekarang ni manusia pun kena. Bottom line, semua tu sebagai peringatan dari Tuhan untuk kita. Cepat2lah kita check diri kita ni, di mana tak kena nya.
Tapi bukan nak cerita pasal Swine Flu, cuma nak cerita pasal satu penyakit mental yang di panggil OCD. Banyak jenis penyakit mental ni yang kadang kala kita sendiri tak perasan yang kita menghadapinya. Kita lebih selesa untuk menwar-war pada semua orang yang kita ni OK. Tak ada masalah. Kita terperangkap dengan "pemikiran" kita. Dan terus mempercayainya. Erti kata lain, "denial syndrome". Jadi utk mengenal pasti apa OCD tu kita tengok simptom2nya. Simptom2nya berbeza2 antara seseorang dengan seseorang yang lain. Di antaranya;
* Ketakutan terhadap kekotoran atau jangkitan kuman.
* Ketakutan menjadi penyebab kemudharatan terhadap orang lain.
* Ketakutan membuat kesilapan.
* Ketakutan jika di malukan atau berkelakuan buruk dikhalayak ramai.
* Ketakutan bila berfikiran kotor atau jahat.
* Keperluan untuk aturan, simetri atau ketepatan.
* Keraguan berlebihan and keperluan utk diberi keyakinan berterusan.
Kompulsi Umum termasuk:
* Kekerapan mandi dan membasuh tangan.
* Keengganan bersalam atau memegang tombol pintu.
* Kekerapan memeriksa keadaan keselamatan seperti kunci pintu atau api dapur.
* Kekerapan mengira, secara mental atau di sebut semasa melakukan kerja2 rutin.
* Selalu menyusun barang2 dengan cara tertentu.
* Memakan makanan mengikut susunatur secara spesifik.
* Buntu dengan perkataan, imej atau pemikiran. Selalu nya menjadi gangguan dan
boleh mengganggu sehingga kedalam tidur.
* Mengulang-ulang perkataan yang sama, ayat atau pun doa.
* Keperluan melakukan tugas yang sama beberapa kali.
* Mengumpul atau menyimpan barangan yang tidak ada nilai yang ketara.
Mungkin simptom2 diatas tu ada pada kita. Sama ada kita mempunyainya secara berlebihan atau sederhana saja. Tapi jika ada hampir semuanya, lebih baik jumpa psikatri! Kita perlu di tolong....
8 comments:
Salam. Ana rasa 5 ketakutan yg pertama di kira OK la. Mungkin +ve untuk diri.
Salam. Ana mintak izin nak bahaskan 5 ketakutan yg pertama itu dalam kuliah di Sbrg Prai mlm ni. Panjang-panjangkan pahala.........
Ok. No problem.
betul-betul-betul!
Cik Yang,
Kalau satu pun tak de kat kita camne? Ada problem tak, puan doc? (hehe).
Jenguk sat je. Sibuk bebeno wehhh.
Kirim salam kat Kak Cik mike.
OCD ni kalau dalama bahasa Islam ialah was-was..
ianya boleh diatasi dengan rasa yakin dan percaya kepada Allah.. Insyaallah..
Neeza ada belajar ni dulu kak Nik.. tapi masa tu terima aje.. tak bahas pulak denga lecturer sebab tak reti ;)
Salam. Jin tak kan lupa asal-usul dia, especially Jins Shamsuddin! He he he......
*Ketakutan terhadap kekotoran atau jangkitan kuman.
* Ketakutan menjadi penyebab kemudharatan terhadap orang lain.
* Ketakutan membuat kesilapan.
* Ketakutan jika di malukan atau berkelakuan buruk dikhalayak ramai.
* Ketakutan bila berfikiran kotor atau jahat.
* Keperluan untuk aturan, simetri atau ketepatan.
nak tambah...
*ketakutan menghadapi pilihan raya... :)
* Keraguan berlebihan and keperluan utk diberi keyakinan berterusan.
Post a Comment