Monday, August 31, 2009

Salam Kemerdekaan

Selamat Hari Merdeka. Pejam celik pejam celik dah 52 tahun dah merdeka. Yang paling susah adalah bagaimana nak mengisi kemerdekaan tu. Macam puasa ni, dah 10 hari puasa. Dah 1/3 puasa habis. Entah dapat tidak rahmat Allah aku ni. Ntah kenapa semenjak 2 menjak ni malas tul nak buat kerja rumah. Tak kehabisan rasanya. Ibadat pun tak seberapa.

"Allahumma, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan dukacita dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. Amin Ya Rabbal 'Alamin."

Wednesday, August 26, 2009

Nak masak apa..nak masak apa...nak masak apa....

Salam,

Selamat berpuasa. Memang itulah masalah orang pompuan hari2 memikir nak masak apa hari ni.....oi bang tolonglah sikit kasi idea!

Thursday, August 20, 2009

Hatiku Sebesar Cawan

Mari kita dengar cerita sket....

Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.


Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.


Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.


" Anak muda... " lelaki tua itu bersuara .


" Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.


" Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.


" Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.


" Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi.


" Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. "


Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.


" Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu.


" Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.


" Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.


" Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .


Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada!

Tuesday, August 18, 2009

Assalamualaikum, emak A'inur ke ni?

Dapat panggilan dari sekolah Ery pagi ni dalam pukul 9.30 pagi. Apahal pulak ni? Anak aku demam ker tiba-tiba2? Saat-saat macam sekarang mana boleh tahu. Selsema babi boleh kena pada saper-saper pun. Na'uzubillah!

"Assalamulaikum, emak A'inur ke ni?" "Waalaikummusalam. Ya, ada apa?" jawab ku. "Boleh tolong datang ambil A'inur pukul 10:30 nanti, sekolah nak kena tutup." kata cikgu. "Ada orang dah kena selsema ker?" Aku tanya. " Ya." jawabnya ringkas." "Terima kasih ya cikgu." balas ku.

Innalillahiwainnaillahhirojiun. Musibah dah sampai dah kat Perkampungan Seberang Balok ni! Tapi aku tengok macam relaks jer orang kat Kuantan ni. Pasar malam semalam boleh di kira ngan jari jer orang yang pakai mask. Orang yang jual kat pasar malam tu pun selamba dog jer aku tengok. Sorang pun tak pakai mask. Dah kebal gamaknya!

Aku teringat satu cerita di zaman khalifah Umar. Seorang sahabat menegur Khalifah Umar kerana membatalkan perjalanan beliau ke Baghdad kerana telah berlaku wabak taun pada masa tu di Baghdad. Beliau bertanya, " Adakah engkau ingin lari dari takdir yang telah Allah tetap kan kepada engkau wahai Umar?". "Bahkan tidak." jawab Umar. "Aku cuma lari dari satu takdir dan pergi kepada takdir yang lain." tambah Saidina Umar lagi.

Aku akan ingat cerita ini sampai bila2. Begitulah sikap kita terhadap takdir sebetulnya. "Mask" itu sebagai usaha sahaja. Kepada Allah kita berserah!

Monday, August 17, 2009

Ust. Akhil & Waheeda.....Selamat Pengantin Baru!





Huish...ini bukan gossip column tau! Kalau nak bergossip, pergi main jauh-jauh. Nak puasa dah ni, kena practice untuk tak mengumpat. Ala akak...mengumpat ni bukan kira puasa atau tak puasa. Memang confirm haram! Makan daging saudara sendiri nak???

Bukan apa, nak ucapkan Selamat Pengantin Baru jer kat Ustaz Akhil ngan Waheeda. Semoga masjid yang kali ini lebih kukuh hendaknya. Sayang sekali sebab masjid yang dulu kena runtuh untuk buat masjid baru. Kalau ada 2 masjid kan lebih bagus!

Akak salute pada saper2 yang yang tetap mempertahan kan masjid lama walau pun ada masjid baru yang dibina. Akak confirm.... gerenti tak tahan! Hua....

Well...isn't it nice to fall in love again and again and again (to the same person lah!)

Sunday, August 16, 2009

Putihkan Hati Mu!

Salam.

Syeikh Ibnu 'Atoillah al Sakandari r.a. berkata;

"Jika engkau hendak membersihkan dan membuatkan hatimu kembali menjadi putih serta mengangkat karat yang melekat padanya maka hendaklah engkau membuat 4 perkara;
1)Banyak barzikir dan membaca Quran
2)Selalu berdiam dan sedikit berbicara
3)Menyendiri untuk bermunajat kepada Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui
4)Sedikit makan dan minum

Sebaliknya ada 4 perkara yang dapat mematikan hati iaitu;
1)Duduk bersama orang kaya
2)Berbicara dengan wanita (kesian orang pompuan!!!)
3)Jarang berzikir
4)Banyak makan

Adula....banyaknyer kita makan! Kalau tak caya tengok bulan puasa nanti. Macam2 orang jual dan macam2 kita makan. Wahai hati...putih2kanlah diri!

Thursday, August 13, 2009

Bank balance

Salam,

They say, a successful woman must have 3B's. Beauty, Brain and Bank balance. Ya...kecantikkan, kepandaian dan baki bank yang banyak. Ada tak semua tu kat aku nih???

Hah...tengok bank balance yang seciput tu. Tengok duit keluar masuk hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Berapa baki yang tinggal pada hari ini? Aku tak kisah sangat pasal baki kat buku bank tu, tapi yang aku kisahkan sekarang...apa baki yang tinggal dalam kitab amal aku tu??? Masalahnya aku tak leh tengok macam aku tengok buku bank tu. Apa kata kalau aku mati hari ni, amacam? Seriau nya....

Tulah pasal...agak2nya berapa banyak amal yang berbaki bila sampai masa kita nak tinggalkan dunia ni. Yang paling menakutkan bukan nya baki positif, kalau negatif camner? Kan ker naya. Belum lagi kalau ada orang yang kita inaya kat dunia ni mintak amal baik kita. Dahlah tinggal sikit, kena mintak pulak tu! Kalau negatif, di tambahnya lagi negatif balance tu. Haru-biru blues!

Ya Allah, panjangkanlah umur ku, perbaikilah amal ku! Semoga aku sempat sampai ke Ramadhan yang akan datang ni. Ya Allah, bantulah aku menambah "bank balance" aku tu.(Dua2 bank balance pun OK gaks! ;-))

Tuesday, August 11, 2009

Tak adil betul!

Hari ni nak luahkan perasaan sikit. Aku tak peduli...nak cakap jugak. Sebagai manusia yang normal pemikiran macam aku ni sure terpancul juga. Semalam hubby bagi tahu bonus dia masuk 17 hb ni. Selalunya dah bertahun2 Petronas bagi 4 bulan bonus pada staff. Profit Petronas meningkat saban tahun, duit bagi kat gomen jangan cakaplah byk mana bila profit naik. Itu aku tak kisah sangat. Tapi yang aku kisahkan tahun ni kasi 3 bulan ajer. Apa rasional? Dah lah tu, tunggu lah nanti hujung tahun government servant dapat 3 bulan jugak! Hai sama taraf nampak? Aku tak kisah kalau betul boleh bagi 3 bulan kat government servant, gasaklah tapi janganlah at the expense of Petronas staff! Tak adil betul! Korang tak tahu susahnya orang2 Petronas especially yang duduk kat pelantar2 minyak,yang duduk kat kilang2 dan yang bersusah payah tinggalkan anak isteri utk kenegara lain yang tengah kacau bilau tu. Belum cerita lagi pasal yang anak isteri asyik pindah-randah ikut suami merata2. Walaupun 3 bulan bonus, belum tolak income tax yang memang paling minimum sebulan gaji. Berapa yang tinggal? Tak cukup belasah duit Petronas, belasah lagi duit staff! Kejam betul....who the hell give them the idea that if you give more to someone, the other is getting less? Itu memang matematik orang Cina, bukan orang Islam.

Since Mahathir & Pak Lah as PM, tak usik pun bonus orang Petronas. Tup! tup! tahun ni dah lain cerita. Setahu aku orang pompuan jer yang kedekut. Orang lelaki kurang kedekut kalau bandingkan ngan orang pompuan. Paham2lah sendiri saper PM kita nih!(Sorrylah...aku memang buruk sangka hal nih, marah punya pasal). Memang dalam dunia ni payah kalau nak dapat kan keadilan. Hanya Allah jer yang adil. Nampak nya kena korek duit lainlah untuk projek yang dah aku plan hari tu.

Memang hubby aku tegur macam tak excited jer pasal bonus kali ni. Aku jawab alhamdulillah. Itu jer rezeki kita. Bukan boleh buat aper2 pun. Ada pun dah cukup baik. Kena go back to iman. Kena pujuk hati sendiri. Perkara ni bukan dalam kawalan kita pun. Jika itu yang telah di tetapkan Allah, begitulah. Yang penting keberkatan dalam rezeki. Bukan tak ada benda untuk dimakan, bukan tak ada rumah untuk di diami dan bukan tak ada kenderaan untuk di naiki. Semuanya ada. Ada lagi manusia yang tak tahu samaada ada benda yang boleh dimakan tak tengahari nanti. Masih ada orang lain yang tak punya rumah utk di diami,yang tinggal di merata2 khemah pelarian. Orang yang hidupnya untuk hari ini sahaja. Don't care about what future lies for them. Apa2 pun aku bersyukur, itulah yang paling baik untuk aku lakukan. Sabar jer lah....

Sunday, August 9, 2009

Betul ker aku ni????

Salam.

Dalam 2,3 hari ni aku mendapat ilmu yang sememangnya aku tahu dari dulu tapi kepala ni macam tak berapa nak masuk. Kengkadang pelik juga ilmu Allah ni. Cuba kita baca semula buku yang pernah kita baca sebelum ni. Kefahaman kita akan berbeza atau bertambah mungkin, bila kita baca pada bab atau ayat yang sama.
Atau mungkin Tuhan nak menunjukkan sesuatu pada kita, wallahualam. Semasa aku menonton Bicara Mufti di TV1 , Mufti tu cerita pasal bagaimana syaitan yang memang tak letih2 nak memesongkan kita di jalan yang benar. Aduh! kat jalan yang benar pun dia buat onar lagi! Letih...letih....kita yang letih. Kalau kita ni orang yang sembahyang, dia dah tak goda jgn sembahyang tapi disuruhnya kita melewat2kan sembahyang. Belum lagi masa kita sembahyang....masa tu lah teringat kain kat jemuranlah, nasi tak tanak lah, nak tulis apa kat blog hari ni lah dan seribu satu macam lagi. Kalau kita dah tutup aurat, disuruh nya kita melawa2. Pakai baju ikut bentuk badanlah, pakai baju warna-warnilah. Pakai make-uplah dan macam2 lagi. Tak caya cuba tengok model2 yang pakai tudung tu. Majalah dah cukup bagus dah...pedoman untuk wanita solehah lagi. Habis tu camner? Pergi masjid dah betul dah, tapi ada yang pergi ke masjid semata2 malu sebab dah ada title Haji, malu apa orang kata. Belum lagi bab sedekah, ikhlas ker?

Hari ni keluar bab khurafat kat TV9. Manusia ni memang makhluk yang berhajat. Tak habis2 hajatnya. Yang sakit nak sihat, yang miskin nak kaya, yang gemuk nak kurus! (Akulah tu...hehehe) Dalam pada setiap usaha itu, nampak macam betul tapi ada yang terpesong nya. Ada yang nak cantik bagi suami sayang, siap pantun dengan seruan berkat la Ilah haillAllah Muhammadur rasullullah lagi. Syaratnya wajib baca Quran dan sembahyang tidak boleh di tinggalkan. Dah bagus dah tu...tapi bagaimana dengan niat baca Quran dan sembahyang itu, kerana nak cantik ker (sebab syarat2 yang kena penuhi) atau kerana Allah? Aduh...mudahnya kita terpedaya!

Sekarang ni pun banyak juga e-mail berantai. Nasihatnya dah cukup baik, tapi kat hujung2 nya ada amaran kalau tidak disampaikan kepada orang lain. Lepas tu sibuklah kita memanjangkan pada orang lain kerana takut. Takut lagi kat e-mail tu dari Allah sendiri. Amaran Allah dalam Quran tu tak takut pun. Mudahnya akidah kita di pesongkan ...habis tu camner?

Semoga Allah memberi taufik dan hidayahNya kepada kita semua. Berdoalah kita agar di matikan didalam iman. Amin.

Monday, August 3, 2009

Jiwa yang merdeka

Salam,

"Free at last, free at last, free at last." Martin Luther King. (1929~1968)

Selamat menyambut bulan kemerdekaan. Di atas adalah petikan kata2 Dr. King kepada rakyat Amerika. Hasilnya...beliau telah ditembak oleh orang kulit putih pada 3 April 1968. Beberapa hari sebelum aku dilahirkan. Begitu mahalnya harga sebuah kemerdekaan. Merdeka kah kita? Apakah erti kemerdekaan buat kita? Aku tak boleh beri jawapan untuk itu. Dan aku tidak ada jawapan untuk itu. Yang pasti kita masih perlu mengisi erti kemerdekaan.

Bagi aku jiwa yang merdeka adalah jiwa yang tidak perlu merasa rendah diri diatas kelebihan orang lain. Yang tidak perlu merasa malu dengan kekurangan diri. Walau siapa pun kita, kita punya tugas yang tersendiri untuk memakmurkan bumi Allah ini. Tidak perlu memandang rendah kepada orang lain. Jiwa yang merdeka bermakna kita sentiasa mencari ilmu, dahaga pada ilmu dan menghadiri majlis2 ilmu. Kerana Allah akan memberi kelebihan berapa darjat keatas orang2 yang berilmu. Dan jiwa yang merdeka adalah mereka2 yang mengamalkan segala ilmu diperolehi demi untuk kebaikan sejagat.

Merdeka kah kita?
Related Posts with Thumbnails