Thursday, August 13, 2009

Bank balance

Salam,

They say, a successful woman must have 3B's. Beauty, Brain and Bank balance. Ya...kecantikkan, kepandaian dan baki bank yang banyak. Ada tak semua tu kat aku nih???

Hah...tengok bank balance yang seciput tu. Tengok duit keluar masuk hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Berapa baki yang tinggal pada hari ini? Aku tak kisah sangat pasal baki kat buku bank tu, tapi yang aku kisahkan sekarang...apa baki yang tinggal dalam kitab amal aku tu??? Masalahnya aku tak leh tengok macam aku tengok buku bank tu. Apa kata kalau aku mati hari ni, amacam? Seriau nya....

Tulah pasal...agak2nya berapa banyak amal yang berbaki bila sampai masa kita nak tinggalkan dunia ni. Yang paling menakutkan bukan nya baki positif, kalau negatif camner? Kan ker naya. Belum lagi kalau ada orang yang kita inaya kat dunia ni mintak amal baik kita. Dahlah tinggal sikit, kena mintak pulak tu! Kalau negatif, di tambahnya lagi negatif balance tu. Haru-biru blues!

Ya Allah, panjangkanlah umur ku, perbaikilah amal ku! Semoga aku sempat sampai ke Ramadhan yang akan datang ni. Ya Allah, bantulah aku menambah "bank balance" aku tu.(Dua2 bank balance pun OK gaks! ;-))

3 comments:

Neeza Shahril said...

tak sanggup neeza nak tengok bank balance yang tu.. takut aje nilainya tak cukup untuk beli masa yang indah disana...

Love Islam said...

Moga kita semua dalam golongan Ashabul Yamin - yg dapat kitab di tgn kanan, InsyaALLAH. Yakinlah dgn janji2 ALLAH.

The Ninja Boy said...

Peringatan yang bermakna, terima kasih.

Related Posts with Thumbnails