Salam.
Dalam 2,3 hari ni aku mendapat ilmu yang sememangnya aku tahu dari dulu tapi kepala ni macam tak berapa nak masuk. Kengkadang pelik juga ilmu Allah ni. Cuba kita baca semula buku yang pernah kita baca sebelum ni. Kefahaman kita akan berbeza atau bertambah mungkin, bila kita baca pada bab atau ayat yang sama.
Atau mungkin Tuhan nak menunjukkan sesuatu pada kita, wallahualam. Semasa aku menonton Bicara Mufti di TV1 , Mufti tu cerita pasal bagaimana syaitan yang memang tak letih2 nak memesongkan kita di jalan yang benar. Aduh! kat jalan yang benar pun dia buat onar lagi! Letih...letih....kita yang letih. Kalau kita ni orang yang sembahyang, dia dah tak goda jgn sembahyang tapi disuruhnya kita melewat2kan sembahyang. Belum lagi masa kita sembahyang....masa tu lah teringat kain kat jemuranlah, nasi tak tanak lah, nak tulis apa kat blog hari ni lah dan seribu satu macam lagi. Kalau kita dah tutup aurat, disuruh nya kita melawa2. Pakai baju ikut bentuk badanlah, pakai baju warna-warnilah. Pakai make-uplah dan macam2 lagi. Tak caya cuba tengok model2 yang pakai tudung tu. Majalah dah cukup bagus dah...pedoman untuk wanita solehah lagi. Habis tu camner? Pergi masjid dah betul dah, tapi ada yang pergi ke masjid semata2 malu sebab dah ada title Haji, malu apa orang kata. Belum lagi bab sedekah, ikhlas ker?
Hari ni keluar bab khurafat kat TV9. Manusia ni memang makhluk yang berhajat. Tak habis2 hajatnya. Yang sakit nak sihat, yang miskin nak kaya, yang gemuk nak kurus! (Akulah tu...hehehe) Dalam pada setiap usaha itu, nampak macam betul tapi ada yang terpesong nya. Ada yang nak cantik bagi suami sayang, siap pantun dengan seruan berkat la Ilah haillAllah Muhammadur rasullullah lagi. Syaratnya wajib baca Quran dan sembahyang tidak boleh di tinggalkan. Dah bagus dah tu...tapi bagaimana dengan niat baca Quran dan sembahyang itu, kerana nak cantik ker (sebab syarat2 yang kena penuhi) atau kerana Allah? Aduh...mudahnya kita terpedaya!
Sekarang ni pun banyak juga e-mail berantai. Nasihatnya dah cukup baik, tapi kat hujung2 nya ada amaran kalau tidak disampaikan kepada orang lain. Lepas tu sibuklah kita memanjangkan pada orang lain kerana takut. Takut lagi kat e-mail tu dari Allah sendiri. Amaran Allah dalam Quran tu tak takut pun. Mudahnya akidah kita di pesongkan ...habis tu camner?
Semoga Allah memberi taufik dan hidayahNya kepada kita semua. Berdoalah kita agar di matikan didalam iman. Amin.
1 comment:
banyak neeza belajar pasal khurafat ni kat sini kak Nik.. yang paling ngeri ialah kes budak2 nangis, jumpa bomoh (ada yang claim ustaz), then pakaikan gelang kat tangan.. kononnya tak nak bagi budak tu nangis.. Nauzubillah.. benda tu memang khurafat.. dah masuk syirik tu.. dosa besar.. semoga kita dijauhkan dari semua tu..
Post a Comment