Tuesday, April 6, 2010

Hutang Kereta.


Minggu sudah aku pergi ambil geran kereta kat bank. Fuhhh....lega rasa nya bila dah habis satu hutang (nanti leh buat hutang baru pulak...muahaha ;D). Lamalah pulak orang bank tu mencari geran keter akak nih. Pastu dia tanya, "Kak, baru renew road tax ke?". "Ya, last week," kata ku. "Patut lah tak ada dalam peti tu, dah kluar. Nanti saya cari kat tempat road tax renewal", katanya.

Sambil aku menunggu, aku berborak ngan sorang staff kat kaunter tu. "Bukan kah sepatutnya timing habis bayar keter sama ngan road tax renewal?" tanya ku. "Memang sepatut nya begitu kak", kata budak muda tu. "Tahu tak kak, amat jarang sekali perkara seperti ni berlaku", tambah nya. "Nanti kalau kak beli keter baru, buatlah loan dengan kami lagi", kata nya sambil tersenyum."Pandai lah kau!" jawab ku berseloroh.

Jadi makna nyer... kat Mesia ni, begitu ramai orang tak boleh bayar duit kereta mengikut schedule! Kenapa jadi camtu agak2 nya? Aku bersetuju dengan pendapat Azizi Ali ( penulis Millionaire Comes From Another Planet). Kita sepatut nya berbelanja satu notch (paras) di bawah kemampuan. Sebagai contoh, walau kita mampu membeli keter Honda Accord, tetapi kita settle dengan Honda City. Baru kita ada ruang untuk "bernafas" jika berlaku "unexpected spending". Kerana hidup ini akan sentiasa ada masa sukar atau waktu perbelanjaan luar jangkaan. Jika kita "stretch" perbelanjaan kita sampai maksimum, alamat nya bernafas dalam lumpur lah!

Jadi, jangan heran kenapa orang lain sentiasa ada lebih duit dari kita! Maka aku teringat citer sorang rakan berbangsa Cina yang menasihati kawan Melayu nya supaya tidak perlu beli Toyota Estima kerana anak nya tak ramai dan masih kecil lagi. Bayaran bulanan nya akan mencecah ribuan ringgit. Nasihat nya di balas dengan kata-kata, "Kalau berfikir camtu, sampai bila2 pun tak dapat kereta besar!" Hmm...sound familiar? Kesimpulan nya, tidak ada misteri nya kalau orang Melayu sentiasa mengeluh tak cukup duit!

Sorry...no hard feelings.

1 comment:

naimayob said...

hutang keta lma dh hbis dh..tngu apa lg kak,bt loan baru la plk....hehehe...

Related Posts with Thumbnails