It is my intention in life to be happy but it is my greater intention to be happier when I see my Creator! He who gives me life, takes it away and everything else in between.
Sunday, November 21, 2010
Takut
Salam,
Cuti sekolah dah pun bermula. Memang musim yang paling sibuk terutama nya cuti hujung tahun. Seperti biasa tak ada ada aktiviti selain dari masak,makan,masak,makan.. Adus…letih giler main ngan bebudak ni. Macam2 dorang order…. sabor jer lah melayan kerenah anak2 ni. Tapi kalau x layan dorang nak layan saper pulak, yedak?
Tapi entry kali ni bukan nak citer pasal masak makan ni. Tapi citer hal takut. Manusia ni macam2 hal takut nya. Takut sakit, takut tua, takut hantu, takut miskin, takut banjir dan ntah aper2 takut nya. Yang paling manusia takut…takut mati. Saya terkenang hal adik saya yang tinggal kat KL tu. Balik Raya Haji baru ni saya mengajak anak sulung nya datang ke Kuantan. Bolehlah dia menghabis kan cuti nya di sini seperti selalu. Tapi anak nya ada Kem 1 Malaysia katanya selama 5 hari bermula Isnin ini. Jadi saya cadangkan supaya dia datang naik bas nanti, boleh lah saya ambil di stesyen bas kemudian.
“Ah…tak payahlah, sekarang ni macam2 dah boleh terbang. Kereta terbang, bas terbang!” kata nya. “Takut lah nak bagi dia naik bas,” tambah nya. Saya cuma diam. Apa yang saya fikir kan, begitulah manusia cuba mengubah takdir. Mungkin kita bertindak bijak utk tidak menaiki bas. Tetapi apa jaminan kalau naik kereta kita tidak kemalangan? Atau pun kita duduk diam di rumah tidak ada kecelakaan berlaku? Yang pasti nya ajal dan maut itu semuanya di tangan Tuhan.
Dan sekali lagi saya mengingatkan diri saya;
" Setiap diri (yang bernyawa) mesti merasai mati, Kami akan uji kamu dengan kejahatan dan kebajikan, sebagai satu ujian; kepada Kami kamu akan dikembalikan"
Surah Al.Anbiyaa' (35)
Soal nya; bersedia kah saya??????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam ziarah ainur...
nampaknya menarik sungguh cerita yang you paparkan. Kita ni serupa dari segi punyai 4 orang anak dara.... salam kenal dan jika ada kelapangan jemputlah ke blog akak...
Post a Comment