Wednesday, March 23, 2011

Yang ni lagi sorang!

Sabor jer lah ngan bebudak ni...nak marahkan bebudak, rasa nya emak bapak budak pun nak kena marah juga ni.Yang ni lagi sorang , tapi nak wat macam mana kan...memasing ada pikiran memasing. Hari ni result SPM dah kluar. So, mmg ler akak ni selalu sibuk nak menanya anak2 buah yg dah ambik SPM tahun sudah. Jadi hari ni sibuk ler telepon anak buah yang kat Dungun tu.

Saya : Camner ngan result?
Anak buah : Tak bagus ler moksu, dpt 1A jer.
Saya : Apa yang A?
Anak buah : English.
Saya : Kelas gitu...BM camner
Anak buah : Dapat B.
Saya : Result yang lain?

So, dia pun bagi lah details. Conclusion nya 5 sahaja yang credit tapi core subjects tak dapat credit. Good things; all passed. Alhamdulilah. Agak kecewa kerana trial nya dia dapat 3A (He could have done better I bet). Cuma time SPM hari tu dia telah di masukkan ke hospital terkena demam denggi. Ambik exam dalam ward. Nasib dia, nak wat camner kan.

Saya : So, sekarang awak nak buat apa?
Anak buah : Kalau ambil TESL boleh tak moksu?
Saya : Ntah, kena tengok balik lah requirements dia. Selalu nya nak 5 credits. Cuba awak check website UPSI.
Anak buah : Kalau SPA boleh lepas tak?
Saya : Awak nak ambik course apa kat SPA tu?
Anak buah : MA (Medical Assistant)
Saya : Lepas kut. Awak check lah dulu. Tapi kan, awak nak ambik TESL ker, atau SPA ni?
Anak buah : Ntah....ikut emak. Ikut emak kata apa.
Saya : Astaqfirullah halazim, kenapa nak ikut emak awak pulak! Awak nak jadi apa sebenar nya?
Anak buah : Saya cadang nak ambik Mechanical Engineering.
Saya : Dengar sini, ini hidup awak bukan hidup emak dengan abah awak. Awak decide!
Anak buah : Kalau ambik SPM lagi sekali boleh tak?
Saya : Memang lah boleh, tp buang masa jer lah.
Anak buah : Bila moksu nak balik Dungun? (Soalan cepucemas betul budak ni! Nak mintak tolong ler tu....)
Saya : Moksu tak ada kesempatan lagi ni. Minggu ni ada mesyuarat PIBG Syirah. Macam ni lah, awak check dulu kat Politeknik atau UiTM. Ambil sijil atau pre-diploma dulu pun tak apa. Ambil course yang awak nak.
Anak buah : OK, thanks. Nanti saya check.

Dear parents....I'm speechless.

1 comment:

Didie said...

I have a cousin who didn't do well in her SPM. She got Grade 2 ke 3. Tapi dia continue amik sijil kat kolej, then diploma at UiTM, then continue degree, pastuh amik plak LCCA and now she's a Charted Accounted. Her journey was quite long compare to others yg terus masuk U. Yang penting usaha and semangat nak belajar. Saya rasa anak buah Kak Nik tak perlu amik SPM lagi. It's not the end of the road. Banyak lagi jalan.. kena carik jek mana satu yg sesuai ;-)

Related Posts with Thumbnails