Soalan : Apa pandangan Ustaz tentang ada segelintir ustazah yang cukur bulu kening sedangkan dia tahu ia nya haram.
Ustaz : Jawabnya ustazah tu comey lah. Dia tahu dah benda tu haram bukannya dia tak tahu. Ilmunya ada tapi dia tak amal kan.
Adoi! macam2 dah akhir zaman ni. Nak kata tak ada ilmu, dah ada. Macam mana dengan kita? Adakah ilmu tinggal sekadar ilmu sahaja.
"Ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia.” (Imam Al-Ghazali)
Wallahualam.
It is my intention in life to be happy but it is my greater intention to be happier when I see my Creator! He who gives me life, takes it away and everything else in between.
Thursday, April 28, 2011
Tuesday, April 26, 2011
Alahai anak emak...
Sekarang ni selalu gaduh dengan Amirah sebab dia banyak soal jawab. Letih kekadang tu nak menjawab soalan2 dia.
Dua malam sudah, saya suruh dia tidur sebab dia perlu ke sekolah. Maka dia pun jawab, "Amirah tak nak tidur lagi sbb ayah pun tak tidur lagi. Esok kan ayah kena kerja?". "Ayah tak per sebab senang bangun pagi!" jawab saya. "Macam mana ayah boleh bangun? Tapi kan dia tidur lambat," tanya nya lagi. "Itu nama nya tanggungjawab, sebab ayah tahu ayah kena pergi kerja tak boleh lambat," jawab saya. "Mirah boleh bangun cepat ker esok?" tanya saya. Dia diam.
Pastu dia terus cakap, "Kalau Mirah dah besar, Mirah kahwin pastu Mirah pergi kerja balik kerja, berapa haribulan Mirah tak payah pergi kerja?" Hahaha...nak tergelak bila dia cakap macam tu. "Macam emak ker?" tanya saya. "Ha'ah...macam emak," jawab nya. "Ikut suka Mirah lah bila Mirah tak nak kerja," jawab saya.
Alahai anak emak...gelihati di buat nya!

Thursday, April 21, 2011
The Woodsman and the Leprechaun
Long ago, a woodsman saved the life of a leprechaun and was given one wish. The woodsman thought for a long time and finally wished that each of his three daughters find a good husband.
But the leprechaun was full of games. "How am I to know what's good in your mind? I'll give them husbands, but you can name only one quality and it's got to be the same for all. What'll you have? I can make them clever, strong, beautiful, rich - you name it."
The woodsman said, "Then give me men of good character."
The leprechaun wasn't done playing. "And how am I to know what good character is?"
"Do you have children?" asked the woodsman.
"I do," said the leprechaun.
"And do you love them?"
"More than life itself."
"Then give my girls the kind of men you want for your children."
"Ah," the leprechaun said, "then you shall have honorable men with kind and loving hearts. And I'll throw in a strong conscience too."
The woodsman was a shrewd man and a good father. He knew the well-being and happiness of his children depends on the quality of their relationships. The quality of their relationships depends on the quality of the people they are with.
But what if the woodsman was asked what one quality he wants in his own daughters? As a wise father he would again ask for good character. Whether it's in one's spouse or oneself, cleverness, good looks, and money are nice, but in the end the most essential quality of a good life is good character.
Just reminding you that character counts.

Tuesday, April 19, 2011
Cer citer...cer citer..
Hari ni akak bawak Amirah pergi klinik. Dah 2 hari dia demam. Aper lagi...kalau bukan sebab tonsil dia tu. Rasa2 nya kena undergo operation dah tu. Ingat cuti sekolah baru boleh wat appointment.
Sebelum ke klinik, akak isi perut dulu kat restoran sebelah klinik. Maka terserempak lah seorang kawan lama. A supplier turned to a friend. Dulu dia kerja makan gaji, sama jer macam akak ni. Tapi sekarang dia dah buat business sendiri. I'm proud of him sebab dia dah boleh di panggil jutawan dalam masa 3 tahun ni. Appearance wise, dia nampak macam dulu2 juga.
Maka sembang2 lah dengan dia, tapi dia lah yang banyak bercerita. Akak ni jadi tukang dengar jer lah. Yer lah...citer rags to riches. Akak ni jer lah yang rags and still rags...hehehe :) Tu sebab tak leh citer, ahaks! I'm impressed sebab dia dah boleh buat duit dan boleh keluar zakat banyak2. Boleh tolong orang dan boleh hantar staff buat Umrah. Staff pun dah ramai. Hari minggu buat business lain pulak. Mak aii...rajin betul! Menantu saper lah tu....
Sebenar nya akak suka sebab orang kita boleh berjaya macam tu, cuma akak rasa macam nak tegur sikit kat dia. Bab2 bayar zakat dan sedekah tu tak yah lah citer kat orang...sebab takut jatuh riya'. Nanti takut sia2 jer amalan kita, ye dak. Walau pun akak tahu dia tak berniat nak menunjuk sebab memang dari dulu dia suka share hal jatuh bangun dia dengan akak ni. Sebelum balik pun dia dah bayarkan breakfast akak. Mudah2an ALLAH murahkan rezeki nya dan tambahkan iman nya.
Jadi akak pun nak ingat kan diri sendiri;
“Jika menampakkan sedekah kamu, ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat” (Al Baqarah – 271).
“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).
Harap2 akak pun boleh buat macam dia.

Monday, April 18, 2011
Oh Ibu mertua ku....
Insaf sungguh bila saya lihat keadaan ibu mertua saya. Ingatan nya dah semakin hilang. Gawat sungguh rasanya bila dia hilang dari jagaan saya tempohari. Lembik lutut saya bila kelibatnya tiada di kawasan rumah. Rasa seperti saya kehilangan anak. Tidak saya sangka dia akan menumpang kereta orang yang tidak di kenali. Selama hari ini dia suka duduk di bangku batu di laman rumah. Maka memang konfem lah sekarang dia betul2 telah mula nyanyuk.
Alhamdulillah, kami jumpa semula di Balok lebih kurang 5 kilometer dari rumah. Dia hilang selama 3 jam. Keesokkan nya dia buat drama pulak di keliling rumah. Nak tergelak pun ada di buat nya. Terpaksa saya kunci pagar dan semua pintu. Memujuk nya seperti memujuk anak kecil.
Sehari sebelum tu dia kata beg nya kena curi. Kata nya dia simpan dalam bakul baju nya. Tapi saya jumpa semula di dalam almari anak saya. Saya pulangkan beg nya tapi wang dan barang kemas nya dah tidak ada di dalam beg tersebut. Kacau betul! Tetapi hari ni saya dah jumpa wang dan barang kemas nya...di sorok di bawah lipatan baju anak2 saya. Sabar jer lah....tetapi kali ini saya tidak boleh pulangkan pada nya. (Jgn pikir saya nak rembat pulak...ahaks!)
Semoga ALLAH memberi kami kekuatan dan kesabaran dalam memelihara nya. Amin.
“Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24)

Tuesday, April 5, 2011
Jom pergi bulan (^_^)
Tetiba ada message kat e-mail from hubby;
Subject : Your Annual Leave Application from 10/04/2011 till 11/04/2011 has been approved.
Hubby : Leave dah approved, nak gi mana next week?
My reply : Hmmm....ke bulan, boleh??
Hubby : Nak gi bulan mana tu, muharam, safar, rejab?
My reply : I love u lah!
Terima kasih sebab ambil cuti utk bawak saya pergi jalan2. Hari ini saya masih lagi tak decide nak pergi mana. Nak pergi mana erk???

Monday, April 4, 2011
Tinggal jadi kenangan...
Bila lepas solat saya akan baca doa. Takkan lupa berdoa untuk kedua ibubapa saya, termasuk ibubapa mertua dan datuk nenek saya. Tetapi selepas opah saya meninggal, secara spesifik saya akan sebut nama opah saya di dalam doa saya. Begitu juga bila baca Yassin mesti sebut nama2 secara spesifik utk saya sedekahkan pahala bacaan. Kemudian saya terfikir, kenapa opah saya disebut nama secara spesifik tapi tidak datuk saya. Sebabnya kerana saya tidak berkesempatan bertemu dengan nya langsung. Dia meninggal sebelum saya dilahirkan kedunia ini.
Saya mulai sedar, begitu lah hidup kita di dunia ini. Opah saya akan di ingati dan di sebut namanya selama mana anak cucu nya masih hidup. Tetapi bila kami semua mati, dia juga akan tinggal kenangan sahaja. Hanya menjadi datuk dan nenek sahaja di dalam doa2 cucu cicitnya. Hanya menjadi seseorang yang tidak di kenali lagi.
Begitu juga saya. Jika saya mati, saya akan tinggal menjadi kenang-kenangan sahaja. Mengharap doa anak2 dan cucu cicit. Dan lama-kelamaan nama saya juga tidak akan di sebut2 di dalam doa2 mereka.
Doa saya semoga Allah berikan saya kekuatan untuk melakukan sebanyak2 amal semasa hidup saya dan menerima segala amalan saya. Sesungguhnya benar lah kata Imam Hassan al-Banna, tugas dan tanggungjawab kita sebenarnya lebih banyak dari masa kita. Wallahualam.

Subscribe to:
Posts (Atom)