Bila lepas solat saya akan baca doa. Takkan lupa berdoa untuk kedua ibubapa saya, termasuk ibubapa mertua dan datuk nenek saya. Tetapi selepas opah saya meninggal, secara spesifik saya akan sebut nama opah saya di dalam doa saya. Begitu juga bila baca Yassin mesti sebut nama2 secara spesifik utk saya sedekahkan pahala bacaan. Kemudian saya terfikir, kenapa opah saya disebut nama secara spesifik tapi tidak datuk saya. Sebabnya kerana saya tidak berkesempatan bertemu dengan nya langsung. Dia meninggal sebelum saya dilahirkan kedunia ini.
Saya mulai sedar, begitu lah hidup kita di dunia ini. Opah saya akan di ingati dan di sebut namanya selama mana anak cucu nya masih hidup. Tetapi bila kami semua mati, dia juga akan tinggal kenangan sahaja. Hanya menjadi datuk dan nenek sahaja di dalam doa2 cucu cicitnya. Hanya menjadi seseorang yang tidak di kenali lagi.
Begitu juga saya. Jika saya mati, saya akan tinggal menjadi kenang-kenangan sahaja. Mengharap doa anak2 dan cucu cicit. Dan lama-kelamaan nama saya juga tidak akan di sebut2 di dalam doa2 mereka.
Doa saya semoga Allah berikan saya kekuatan untuk melakukan sebanyak2 amal semasa hidup saya dan menerima segala amalan saya. Sesungguhnya benar lah kata Imam Hassan al-Banna, tugas dan tanggungjawab kita sebenarnya lebih banyak dari masa kita. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment