Insaf sungguh bila saya lihat keadaan ibu mertua saya. Ingatan nya dah semakin hilang. Gawat sungguh rasanya bila dia hilang dari jagaan saya tempohari. Lembik lutut saya bila kelibatnya tiada di kawasan rumah. Rasa seperti saya kehilangan anak. Tidak saya sangka dia akan menumpang kereta orang yang tidak di kenali. Selama hari ini dia suka duduk di bangku batu di laman rumah. Maka memang konfem lah sekarang dia betul2 telah mula nyanyuk.
Alhamdulillah, kami jumpa semula di Balok lebih kurang 5 kilometer dari rumah. Dia hilang selama 3 jam. Keesokkan nya dia buat drama pulak di keliling rumah. Nak tergelak pun ada di buat nya. Terpaksa saya kunci pagar dan semua pintu. Memujuk nya seperti memujuk anak kecil.
Sehari sebelum tu dia kata beg nya kena curi. Kata nya dia simpan dalam bakul baju nya. Tapi saya jumpa semula di dalam almari anak saya. Saya pulangkan beg nya tapi wang dan barang kemas nya dah tidak ada di dalam beg tersebut. Kacau betul! Tetapi hari ni saya dah jumpa wang dan barang kemas nya...di sorok di bawah lipatan baju anak2 saya. Sabar jer lah....tetapi kali ini saya tidak boleh pulangkan pada nya. (Jgn pikir saya nak rembat pulak...ahaks!)
Semoga ALLAH memberi kami kekuatan dan kesabaran dalam memelihara nya. Amin.
“Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24)
No comments:
Post a Comment