Tuesday, April 17, 2012

Wajah

Salam,

Semalam sewaktu saya berjalan ke pasar malam, saya terserempak dengan seorang wanita yang herot wajahnya. Saya melemparkan senyuman dan dia membalas senyuman saya. Hati saya terus terdetik....masyaAllah, sudah lama saya terlupa untuk mensyukuri wajah saya yang sempurna ini!

Saya bukanlah cantik tetapi sempurna kerana hidung mata, mulut dan telinga berada di tempat yang sewajarnya. Sebenarnya 2,3 hari kebelakangan ini saya cuma berasa tidak puas hati kerana pigmentation yang semakin menyerlah di pipi saya.

Kadangkala kita ni bimbang atas isu2 yang kecil, tetapi ada orang punyai isu yang lebih besar dari kita. Bersyukurlah...

1 comment:

wani husin said...

k.nik..

memang betul apa yg k.nik cakap...
kita lebih tega merenung pada kenyataan yang sedikit sahaja masalahnya daripada bersyukur dgn apa yg ada..

Related Posts with Thumbnails