Wednesday, July 25, 2012

Jujur dan ikhlas

Selamat berpuasa. Semoga puasa mendidik kita utk menjadi orang2 yang bertaqwa.

Pernah tak kita dengar citer2 macam ni;

Citer 1 :
Kita bertemu dengan seorang kawan, kita bertanya, " Dari mana ni?". Dia jawab, " Baru balik dari masjid. Pergi sedekah telekung untuk bulan Ramadan nanti."

Citer 2 :
Kita bertemu dengan sorang kawan lepas tu kita bersembang. Dia bercerita. "Hari tu saya bertemu dengan si A, masa tu saya baru balik dari bank in duit utk sedekah kat anak2 yatim..bla bla bla.."

Citer 3 :
Seorang kawan mengadu kat kita. " Sampai hati si B tu buat saya macam ni. Mintak tolong sikit pun x boleh. Padahal hari2 kita tolong hantar ambik barang2 dia. Bukan saya nak mengungkit."

Kita selalu rasa kita ikhlas bila berbuat sesuatu. Tetapi tahu kah kita, perbuatan tersebut di atas sebenarnya menunjukkan kita belum betul2 ikhlas kerana kita masih menyebut2 atau mencerita amal perbuatan kita. Walau apa pun keadaan nya, kita perlu menyembunyikan sedaya mungkin amalan atau pun pertolongan kita kepada orang lain. Umpamanya bila tangan kanan memberi, sorok kan lah tangan kiri.

Ada 3 tanda orang yang jujur;
1) Merahsia kan amalan nya.
2) Merahsia kan ibadah nya.
3) Merahsia kan musibah nya.

Cerita2 di atas tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun tetapi sekadar mengingat kan diri saya yang selalu lupa.

Tuesday, July 17, 2012

Ego (Part II)

Semalam saya pergi bank. Kak Nyah mintak tolong saya beli PIN utk peperiksaan MUET dia. Sampai di bank dah pukul 3.30ptg. Bila ambil nombor, keluar nombor 1174. Kat bawah tu tulis "now serving" 1157. Amboi...ramai lah pulak. Kaunter buka cuma dua. Dalam hati tertanya2, nak tunggu ker tak nak. Pikir punya pikir... tunggu jer lah sebab rasanya malas nak keluar pergi town lagi. Lagi pun dah janji ngan Kak Nyah nak bagi PIN tu semalam jugak.

Punya lah slow service kat bank tu. Satu customer pun dekat 10min. Bila nak habis ni.... Dalam hati ni dah timbul rasa geram dan tak sabar tetapi saya cuba kawal perasaan. Saya cuba tukar pemikiran saya, saya fokus perkara lain. Saya berzikir dan berkata pada diri...giliran saya akan sampai "sooner or later". Kebetulan nya saya tidak membawa apa2 buku bacaan bersama saya semalam. Selepas beberapa nombor giliran bertukar, tiba2 ada sorang pompuan dan anak pompuan nya masuk kat kaunter tanpa nombor nya di panggil. Saya  cuba bersangka baik; mungkin dia ingin bertanya sesuatu tetapi nampaknya dia membuat transaksi di kaunter tersebut. Lelaki yang duduk berhampiran saya juga perasan dgn keadaan tersebut. Dia pun bersungut. Rasa macam dah ringan jer kaki saya utk ke kaunter dan "sound" kat situ tetapi saya teringat sesuatu; "Ego is when you feel that you deserve to be treated better".

Akhir nya saya batal kan niat saya dan bersangka baik sahaja. Walaupun saya ada pilihan utk menegur cashier supaya tidak melayan sesiapa yang potong Q di lain kali di waktu giliran saya nanti. Tetapi saya tidak melakukannya. Kengkadang di dalam hidup ni, memang kita akan sentiasa terjumpa  dengan orang seperti itu. Tak kira di mana sahaja. Yang penting, "just make peace within yourself and you will be fine". Anggap lah itu satu kebaikan yang kita buat dan biar lah Allah sahaja yang mengira2 kebaikan kita, bukan orang lain.








Monday, July 16, 2012

Bila mencari....

Salam,

Alang2 mencari biar sampai jumpa. Sekarang ni kalau nak apa...kau google jer, InsyaAllah jumpa. Emak bapak jer x boleh google. Pergi balik rumah emak ayah kalau nak jumpa dorang.

Dah lama saya cari resepi kuih semperit yang lama.Mula2 saya terjumpa satu resepi pastu saya pun test, turned out x berapa sedap sangat. So, ini hasil nya.



Pastu jumpa satu resepi yang dia claim resepi lama. Tapi saya rasa memang betul pun sebab dia guna tepung cap kupu2 tu... alah Brown & Polson yang macam gambar ni. Gula pun guna gula yang di kisar bukan gula kastor atau pun gula icing tu.

Nostalgic betul tepung jagung ni kan...teringat masa kecik2 dulu sebab saya selalu tolong kakak2 saya buat kuih raya. Biasalah kan...si adik ni lah tukang pukul marjerin dengan gula. Masa tu mana ada duit nak beli mixer, pukul pakai tangan jer lah. Yang best nya bila marjerin tu terkena tangan...hah sedap nya menjilat jari! Masa tu ada hari saya puasa, ada hari x puasa...suka hati jer. Bebudak lah katakan. Satu lagi tugas saya adalah menumbuk gula. Tak main lah blender...mana ada. Tapi semua tu bukan sebab saya kena buli, memang saya suka buat kejer2 tu. Kekadang tu kakak2 x nak bagi saya buat...buat berterabur jer ada lah. Hehehe... :)

So sambung balik citer...jadi saya pun mencubalah resepi tu. Walla...dah pun jadi, kelopaknya tak lah layu selepas di bakar. Cantik tu x lah sangat tapi yang penting rasa nya. Inilah dia nya;


So, boleh lah masuk list kuih raya tahun ni. Tempahan? Sori lah yek....akak ambik tempahan biskut makmur jer. Itu pun tahun ni limited quota. Saya nak berterawih sbb tahun sudah saya dah ketinggalan baaanyak! Semoga saya selamat sampai ke Ramadhan tahun ini. Ya Allah panjangkan umur ku.... SELAMAT BERPUASA. :)

Thursday, July 12, 2012

Nyaris...

Hari tu kan... BMW ada buat sale untuk keter model lama. Dorang nak let go semua model lama sebab nak kluar model baru.  Mr. hubby ajak akak ni pergi BMW showroom kat Jalan Besar tu. Perghhh...discount boleh dapat sampai RM30K utk model 3 series....tempted giler beb!

Pastu kita orang congak2 rasanya memang boleh lepas bayar bulan2 sebab satu keter mmg habis bayar bulan July ni. Tapi kita orang kena let go keter Altis tu lah kan. Nak buat apa keter banyak2. Masalah nya...Altis tu baru 2 tahun pakai, BMW nak cuma RM75~80K jer untuk trade in. Hmmm.....tak kuaser akak nak top up bayar balance pada bank, pastu downpayment untuk  BMW lagi. Cancel jer lah niat tu...belum ada rezeki lagi.

Ntah2 ALLAH nak bagi rezeki kita orang BMW 5-series kut! Akak ni kalau x ada pun tak per, tapi kalau ada tu...lagi tak per....Ahaksss :)

Hidup mesti positif beb, bukan kena bayor pun!!!!
Related Posts with Thumbnails