Tuesday, July 17, 2012

Ego (Part II)

Semalam saya pergi bank. Kak Nyah mintak tolong saya beli PIN utk peperiksaan MUET dia. Sampai di bank dah pukul 3.30ptg. Bila ambil nombor, keluar nombor 1174. Kat bawah tu tulis "now serving" 1157. Amboi...ramai lah pulak. Kaunter buka cuma dua. Dalam hati tertanya2, nak tunggu ker tak nak. Pikir punya pikir... tunggu jer lah sebab rasanya malas nak keluar pergi town lagi. Lagi pun dah janji ngan Kak Nyah nak bagi PIN tu semalam jugak.

Punya lah slow service kat bank tu. Satu customer pun dekat 10min. Bila nak habis ni.... Dalam hati ni dah timbul rasa geram dan tak sabar tetapi saya cuba kawal perasaan. Saya cuba tukar pemikiran saya, saya fokus perkara lain. Saya berzikir dan berkata pada diri...giliran saya akan sampai "sooner or later". Kebetulan nya saya tidak membawa apa2 buku bacaan bersama saya semalam. Selepas beberapa nombor giliran bertukar, tiba2 ada sorang pompuan dan anak pompuan nya masuk kat kaunter tanpa nombor nya di panggil. Saya  cuba bersangka baik; mungkin dia ingin bertanya sesuatu tetapi nampaknya dia membuat transaksi di kaunter tersebut. Lelaki yang duduk berhampiran saya juga perasan dgn keadaan tersebut. Dia pun bersungut. Rasa macam dah ringan jer kaki saya utk ke kaunter dan "sound" kat situ tetapi saya teringat sesuatu; "Ego is when you feel that you deserve to be treated better".

Akhir nya saya batal kan niat saya dan bersangka baik sahaja. Walaupun saya ada pilihan utk menegur cashier supaya tidak melayan sesiapa yang potong Q di lain kali di waktu giliran saya nanti. Tetapi saya tidak melakukannya. Kengkadang di dalam hidup ni, memang kita akan sentiasa terjumpa  dengan orang seperti itu. Tak kira di mana sahaja. Yang penting, "just make peace within yourself and you will be fine". Anggap lah itu satu kebaikan yang kita buat dan biar lah Allah sahaja yang mengira2 kebaikan kita, bukan orang lain.








No comments:

Related Posts with Thumbnails