Selamat berpuasa. Semoga puasa mendidik kita utk menjadi orang2 yang bertaqwa.
Pernah tak kita dengar citer2 macam ni;
Citer 1 :
Kita bertemu dengan seorang kawan, kita bertanya, " Dari mana ni?". Dia jawab, " Baru balik dari masjid. Pergi sedekah telekung untuk bulan Ramadan nanti."
Citer 2 :
Kita bertemu dengan sorang kawan lepas tu kita bersembang. Dia bercerita. "Hari tu saya bertemu dengan si A, masa tu saya baru balik dari bank in duit utk sedekah kat anak2 yatim..bla bla bla.."
Citer 3 :
Seorang kawan mengadu kat kita. " Sampai hati si B tu buat saya macam ni. Mintak tolong sikit pun x boleh. Padahal hari2 kita tolong hantar ambik barang2 dia. Bukan saya nak mengungkit."
Kita selalu rasa kita ikhlas bila berbuat sesuatu. Tetapi tahu kah kita, perbuatan tersebut di atas sebenarnya menunjukkan kita belum betul2 ikhlas kerana kita masih menyebut2 atau mencerita amal perbuatan kita. Walau apa pun keadaan nya, kita perlu menyembunyikan sedaya mungkin amalan atau pun pertolongan kita kepada orang lain. Umpamanya bila tangan kanan memberi, sorok kan lah tangan kiri.
Ada 3 tanda orang yang jujur;
1) Merahsia kan amalan nya.
2) Merahsia kan ibadah nya.
3) Merahsia kan musibah nya.
Cerita2 di atas tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun tetapi sekadar mengingat kan diri saya yang selalu lupa.
No comments:
Post a Comment