Tahun ni kita orang makan angin kat Bali. Pergi ramai2 dengan adik-beradik...lagi best dari pergi satu family jer.
@ Bali Safari n Marine Park |
@ Gunung Batur |
@ Tanah Lot |
Tinggal di hotel di kawasan Kuta dan berjalan2 ke Jimbaran Bay, Gianyar,Ubud dan Kintamani. Mmg 4H3M tu tak cukup. No wonder abang saya pergi ke Bali 7 kali tapi dia kata masih tak habis jalan lagi. Apalagi setakat 4 hari macam kita orang ni. Keluar awal pagi, balik malam. Shopping sampai orang tutup kedai....hehehe :)
Kalau citer dan tunjuk gambar2 mmg x cukup satu entry ni, tp hari ni x ada mood nak tulis panjang2. Cuma saya nak citer pasal "personal enlightenment" bila saya pulang dari Bali.
Saya selalu travel ke negara2 maju tetapi ini kali pertama saya pergi ke negara yang miskin penduduk nya. Senang citer, saya lebih bersyukur pada setiap pagi saya bangun berbanding pagi2 yang sebelum nya. ALLAH boleh pilih saya jadi rakyat Indonesia, India, Palestine, Syria, Bosnia,China atau Afghanistan. Tetapi ALLAH telah takdir kan saya jadi seorang rakyat Malaysia, Melayu dan ISLAM. Apakah nikmat yang lebih besar dari itu?
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang hendak kamu dustakan? ~ Surah Ar-Rahman ayat 36.
No comments:
Post a Comment