Thursday, October 2, 2014

Harga minyak naik lagi...

Innalillahiwainnailaihirojiun....musibah datang lagi.
Astaqfirullah halazim. Astaqfirullah halazim Astaqfirullah halazim
Semoga Allah ampunkan segala dosa2 kita.

Menitik airmata ini. Harga minyak naik lagi. Walaupun Allah beri saya kesenangan namun  saya tetap rasa terbeban bila ingatkan ahli2 keluarga yang tidak berkemampuan. Berapa lama saya boleh bantu? Sehari? sebulan? setahun? Saya pasti selepas ini lebih ramai gelandangan di jalanan, lebih ramai yang kerja lebih masa, tak cukup 2 kerja buat 3, lebih ramai yang akan jadi perompak pencuri semata-mata mencari sesuap nasi. Dan lebih pasti lagi ramai anak2 terbiar mengurus diri sendiri kerana abi dan ummi keluar mencari rezeki. Ya Allah hanya pada Mu kami berserah!


Kita bising minyak naik Rm0.20
bukan kerana kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan

kerana kita tak mampu bayar.
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa
bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat
marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.
Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk
terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun
kwsp.Kerjanya keluar pagi balik
dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah
persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?
Ya...
Sembang kalian sembang mereka
yang berharta.
Sembang kalian sembang orang
yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang
facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana
muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd
mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka
sekeluarga.
Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak
berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk
menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari
kalian.Kerana aku taknak hilang
perikemanusiaan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails