Salam,
Alhamdulillah. Ada umur saya lagi pada Raya Aidil Adha tahun ni. Setahun yg lalu saya berada di Mina waktu Raya. Tak hengat hari masa tu kerana saya demam dan saya pergi melontar di Jamrah. Seriously, mmg tak ingat langsung Raya sbb malam sebelum tu berada di Muzdalifah dan subuh hari sampai di Mina. Kalut nak sempurna kan solat subuh dan berehat. Sungguh saya merindukan Tanah Suci :(. Ntah bila saya boleh menunaikan Haji lagi, wallahualam.
Tahun ni saya beraya di KL. Buat korban bersama adik-beradik saya. Yg paling mengejutkan kami hanya seekor lembu sahaja berbanding tahun2 yang lalu. Kenapa? Yang pastinya RM500 satu bahagian itu amat mahal sehingga ada yang tarik diri kerana tidak mampu.
Saya pasti ramai yang menghantar wang ke Kemboja atau negara2 luar yang lebih murah. Kesian saya lihat penduduk2 di kawasan pangsapuri emak saya sebanyak 9 blok tu. Utk seekor lembu banyak mana lah sangat dpt di agih-agihkan.
Siapa kah yang terkorban sebenarnya?
No comments:
Post a Comment