Thursday, February 26, 2009

Gawat

Sekarang ni memang ekonomi semakin gawat. Dah ramai kehilangan kerja. Aku mungkin tak ada risk kehilangan kerja cuma business semakin slow. Apa2 pun aku tetap percaya pada rezeki Allah yang beri. Kalau Dia nak beri, lantaklah gawat macam mana pun. Pengalaman jadi orang purchasing ni memang boleh nampak bagaimana rezeki tu Allah yang bahagi-bahagikan. Walau pun harga kita murah tapi tak semestinya kita boleh dapat. Kadang2 timing pun penting juga. Kalau rezeki kita, ntah dari mana pun dia boleh datang. Do I have to say it more?

Macam2 tips waktu gawat ni kita boleh dapat dari e-mail kengkawan, tapi soalnya terikutkah kita? Yang pastinya tabiat menyimpan mesti ada sejak dari awal. Aku ni memang suka menyimpan sebab aku dah biasa susah dari kecil. Tapi aku rasa bukan sebab aku ni orang susah. Abang2 aku tu pun susah juga, tapi tak ada tabiat menyimpan pun aku tengok. Apa2 jer lah.

Salah satu tips yang paling menarik adalah save first, then spend the rest. Untuk tabiat ni bukan boleh dapat overnight. Banyak faktor yang mempengaruhi. Kalau income tu besar, bolehlah cakap besar...cuba income tu kecik, tahulah langit tu tinggi atau rendah.

Yang pastinya aku bersyukur kerana pendapatan suami aku mampu utk menampung kehidupan kami. Lagi pun aku ni memang tak kuat shopping, so I don't need much. Credit card pun aku tak ada. Masa kerja dulu aku ada credit card, tapi tak pakai pun. Setakat bayar fee buat bazir jer.
Sebenarnya banyak cara utk save kan duit, termasuk refinance rumah dengan kadar faedah yang lebih rendah dan keluar duit dari KWSP. Alhamdulillah, rumah sekarang ni tinggal sebulan saja lagi payment. Kereta Iswara tu tinggal setahun jer lagi. Knowledge pasal duit ni aku dapat dari buku Azizi Ali, millionaire comes from another planet. Aku ingat nak educate anak2 pasal money management ni. Money management ni bukan buat kita jadi kedekut. Cuma lebih kepada jangan membazir. Macam kata Ustaz Ismail Kamus, kalau nak makan pun banyak mana sangat kita boleh makan. Nak pakai baju, berapa banyak baju kita boleh pakai dalam satu masa. So, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. InsyaAllah, Allah akan tambah lagi nikmat kita. Tapi kena ingat bersyukur pun kena IKHLAS.

1 comment:

Aida said...

ada masa lawat la http://www.azizcfpx.com, boley dpt byk info juga....

Related Posts with Thumbnails