Thursday, May 21, 2009

Bijak kah kita?




Hari ni aku terpanggil untuk bercerita pasal politik sikit. Aku ni bukan nya pandai sangat bab2 ni tapi aku tidak ketinggalan mengikuti perkembangan semasa. Apatah lagi krisis di Perak. Maklumlah, di sanalah tempat tumpah darah ku. Tak percaya, mari tengok IC aku....kih kih kih...

Hari2 aku akan melayari beberapa blog kesukaan dan melawati blog2 yang nampak menarik tajuknya. Bermacam2 cara yang di utarakan untuk mengatasi krisis tersebut. Aku pun kengkadang tumpang sekaki dua bagi komen. Penyelesaian yang paling popular setakat ini , bubarkan DUN Perak. Habis serata alam di pukul canang! Benarkah itu penyelesaian terbaik? Wallahualam.

Aku punya pendirian politik aku sendiri. Jadi aku bukan orang atas pagar! Cuma aku bukan penyokong hardcore. Rata2 kita akan menyebelahi tindakan-tindakan yang lebih pro pada kem kita. Bermacam-macam hujah kita beri utk menjustifikasi kesimpulan kita. Namun ada juga yang beri pendapat secara professional. Contohnya pendapat Nobisha (http://nobisha.blogspot.com/2009/05/perak-cinta-tak-semestinya-bersatu.html). As usual, professionalism will go down the drain. Politics never know professionalism.

Ada yang lebih drastik. Kenapa tak kita buat solat hajat supaya 5 ADUN mati serentak
(2ADUN BN + 3 ADUN Katak).Bukan kah Tuhan akan memakbulkan doa2 orang yang terainaya? Secara spesifik kita minta 5 ADUN tu yang mati.Aku boleh puji idea tu atas 2 sebab. Satu, dia tahu utk meminta dengan Tuhan nya. Dua, otaknya berjalan mencari penyelesaian di "luar kotak".

Aku cuma teringat satu cerita yang lebih kurang begini; Didalam satu negeri, ada seorang abid yang semua doanya di makbul oleh ALLAH. Jadi pada satu ketika, abid itu telah berdoa supaya Allah mengurniakan negeri itu hasil tuaian yang boleh di simpan selama 3 tahun. Maka seperti biasa Allah telah memakbulkan doa si abid. Tapi, bila sampai tahun yang berikutnya semua petani2 mengeluh kerana tiada pekerjaan utk dilakukan dan tikus2 pun mati kelaparan. Maka, tersedarlah si abid itu bahawa beliau telah bertindak seolah2 beliau lebih bijak dari Allah. So, moral of the story...be careful what you wish for!

Jadi sebagai hamba Allah, aku mengaku bahawa Allah jua yang lebih mengetahui apa yang tersurat dan tersirat. Dan sebagai manusia, aku akan sentiasa memohon kebaikan dari Allah di dunia dan diakhirat di atas setiap permohonan ku.

6 comments:

Prof. Era Pasca said...

takut gak teman baca post ni puan.... hehehe jgn mare... bile kite dianaiya kite jadi sgt marah... tu yang kengkadang macam geram sangat tu... ya allah bubarkan dun perak... :) biar allah buat keputusan bagaimana membubarkan dun... :)

Ust Halim Nasir said...

Salam. I did agreed - Politics never know profesionalism.

Unknown said...

Cik Yang,
Sebab tu kalau Kak Lut berdoa, kat hujungnya ada tambah, "jika ianya terbaik untukku, Ya Allah". Takut apa yg kita doakan tu sebenarnya tidak baik utk kita, dan dimakbulkan pula. Aniaya pd diri sendiri.

Wallahualam.

Ainur68 said...

Hari ni ADUN PAS pulak yang meninggal..we just didn't know what Allah has up His sleeve. Al-fatihah.

en_me said...

salamm akak itteww..

Neeza Shahril said...

Allah menyayangi orang-orang yang baik... biar kan mereka leka dengan nikmat dunia..

Related Posts with Thumbnails