It is my intention in life to be happy but it is my greater intention to be happier when I see my Creator! He who gives me life, takes it away and everything else in between.
Monday, December 13, 2010
Indahnya hidup bersahaja.
Salam,
Let me share something on the above subject. Just managed to get some points which I think worth pondering over.
"Jika hidup ini ingin di nilai oleh manusia, ingin di puji orang maka kita akan lelah kerana tidak akan ada habis nya. Jika kita ingin mengisi keinginan kita, keinginan itu tidak tahu batas nya maka kita akan lelah juga. Maka belajar lah untuk tahu apa yang perlu dan apa yang ingin. Kemewahan itu selalu nya menyusahkan kerana kita akan sentiasa khuatir barang kita akan di curi orang, akan rosak atau akan kotor. Suatu ketika saya pernah bertanya kepada seorang lelaki Korea, kenapa handphone nya begitu simple tidak ada warna2 atau pun camera, jawapan nya..."Telinga saya tidak perlu kepada warna2 dan saya pun punya camera baru. Jadi apa perlu nya handphone punyai camera." Hidup seharus nya simple tak usah berlebih-lebihan. Jangan ingin jadi kaya tetapi harus jadi kaya supaya kita tidak menjadi beban. Di dalam Al-Quran tiada ayat yang menyuruh kita meminta2. Kaya, tetapi tidak bermegah atau meninggi diri. Hiduplah secara propotional. Jangan membazir. Harta itu bukan di buat untuk memperbudakkan kita tetapi ia harus di perbudakkan. Jangan ia di letakkan di hati tetapi diletakkan ditempat seharus nya. Jika kita punya banyak wang, wang itu harus punya program nya.
1) Untuk kesihatan, agar kita boleh beribadat kepada ALLAH.
2) Untuk amal soleh, perbanyakkanlah sedekah.
3) Untuk memperbaiki diri terutama nya ilmu, beli buku2, pelajari ilmu, cari ilmu.
4) Untuk investment, agar kita boleh membantu orang lain.
Apakah fungsi nya rumah? Adakah untuk bermewah atau bermegah? Rumah itu seharus nya perlu untuk mendekatkan diri dengan ALLAH. Jangan ada barang yang membazir didalam nya. Rumah seharus nya ada tempat untuk ilmu, juga untuk teknologi. Kita tidak menjadi mulia dengan apa yang kita miliki tetapi dengan apa yang kita beri. Hiduplah secara bersahaja kerana bersahaja itu lebih indah"
~ AA Gymnastiar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment