Thursday, December 2, 2010

Life is hard!


Pergh...harga minyak naik lagi! Rakyat marhaen dah tentu mengeluh. Kalau harga minyak petrol naik...tunggulah ada barang yang naik harga. Kalau bukan beras, gula atau minyak masak, ikan,daging atau sayur diam x diam akan naik pelan2. Pasti ramai yang akan tekan2 kalkulator sampai pecah!

Anyway, benda2 camni memang saya dah agak dah (I'm not talking about politics here....hehehe). Nama lagi hidup sudah pasti ada yang berubah. Cuma yang x berubah ialah cara rakyat Malaysia yang suka berbelanja lebih dari kemampuan.

Baru2 ni saya terserempak dengan seorang anak buah ofis lama. Wah...pakai Estima lagi! Hmm...banyak betul duit dia yer. Menang loteri kut! Hahaha... Tapi cam pelik lah jugak, walau 2nd hand harga nya boleh tahan setahu saya. Kawan saya tu anak nya 5 dan masih bersekolah dan isteri nya tidak bekerja (FYI, dia bukan nya kakitangan Executive). Mana korek duit nak bayar bulan2 dan tanggung bil bulan2 tu? Pakai Estima dah tentu minyak nya parak dan kalau sekali servicenya...huhuhu. Baik sangka saya, tentu dia ada side income.

Dulu saya pun teringin pakai Estima tu tapi bila congak2...tak mampu lah akak! Bukannya saya dengki...jauh sekali. Cuma saya tidak suka bila ramai yang mengadu tak cukup duit. Hidup ini susah kata mereka. Dan paling saya tidak suka bila mereka kata saya ni lain lah...banyak duit!

Kengkadang dorang ni tidak nampak yang kesusahan itu berpunca dari diri sendiri. Tak boleh nak settle for the second best, nak berlumba2 atau nak menunjuk2. Atau nak jaga reputasi yang tak tara mana pun! Ada yang kata, kalau x buat macam tu alamat nya tak merasa lah! Bagi saya tak merasa pun tak aper asal kita tidak di belenggu dengan hutang yang tidak berkesudahan dan terpaksa bekerja keras siang dan malam untuk hidup yang sebentar cuma ini. Yang paling teruk nya dorang selesaikan masalah dengan mengguna kan credit card! Masalah yang belit dah jadi semakin terbelit. Di manakah misteri nya kalau kita rasa hidup ini susah? Yang penting kita ada rumah untuk berteduh, kenderaan utk bergerak dan makan minum pakai yang cukup dan tidak perlu meminta2 dari orang lain. Hidup lah sekadar kemampuan kita.

Tetapi bukannya tidak ada orang yang betul2 susah. Kerana orang2 yang betul2 susah ni sememangnya nak makan pun tak cukup. Usah kan nak berbelanja beli itu dan ini. Orang2 seperti ini memang layak utk kita beri simpati dan bantuan.

Last but not least; It is not how much you earned but how you spent is important. Live life, love life.

4 comments:

Didie said...

Saya agree!! Masa kitorang beli Exora, ramai bertanya kenapa tak beli Wish or Estima? Saya jawab, itu jek kemampuan saya. Saya tak nak ler semata2 nak beli mpv mahal, saya tak boleh saving, tak boleh nak shopping, tak boleh nak belanja anak2. At least beli mpv sederhana, hidup gembira dan tidak susah hati nak pikir bayar keta mahal2 ;-)

Insya Allah, kalau dah mampu nanti, boleh ler kot tukar keta lain.. huhu..

Ainur68 said...

Didie, glad that you agree with me.I noticed one thing, selalu nya orang yang tak mampu ni memang lebih suka menunjuk2 dari orang yang mampu!
Anyway, InsyaAllah I believe one day you can afford better n bigger car. :)

ainhany said...

salam ainur,

ukur baju biar di badan sndiri...:)
Ain suka tengok kereta yang mnjalar di jlan..itu lambang prestige mreka cuma bila mereka tak ikut undang2 jln raya jadinya..kesian kan keter besaq tapi signal pun takda. Nampak macm hebat tapi lebih dot dot..

Moralnya, dah bawa keter besar, luxury,dan hidup mewah, jdilah penderma yang hebat...kita bangga jika ramai org muslim yang kaya dan pemurah. Muga ALLAH mencalonkan kita utk berbuat kebajikan jua. Amin

Ainur68 said...

Amin. Semoga ALLAH makbul kan doa mu ainhany.

Related Posts with Thumbnails