Monday, March 28, 2011

Sakat K*P*K

Hari ni bukan nak citer hal lucah...jauh sekali, malah lebih jauh dari cerita lucah kt Dewan Parlimen tu. Citer kali ni tentang satu ilmu yang rupa nya ramai orang2 muda tidak tahu. Meh sini akak nak menurun ilmu sket...

Mungkin ada di kalangan ibu2 muda yang anak nya especially yang baru2 lahir tu, tiba2 baby tak mahu hisap susu badan. Walhal selama hari ni dia molek2 ada hisap seperti biasa. Baby boleh menangis sampai keras kediri atau seperti orang kena dera bila kita rapatkan badan nya utk menyusu. Dia akan paling kan mukanya jauh dari susu ibu nya. Kalau terjadi perkara yang demikian, itu nama nya SAKAT KOPEK. Buat lah macam mana pun, mmg dia tak nak menyusu. Bagi lah susu kiri atau kanan, mmg dia tak nak nya. Tak tahu lah camner kopek tu boleh sakat dia.

Cara nya...memang kena cari bidan kampung ler! Mintak ubat. Selalu nya bidan akan mandikan si ibu. Trust me...anak tu akan hisap macam biasa selepas kita selesai mandi! Pelik kan tapi benar sbb memang akak ni pernah kena macam tu. 2 kali lak tu..

Yang tak kena SAKAT KOPEK....ayah si baby ler, saper lagi...kwang kwang kwang. (Abang jangan marah aaah, nanti kena jual!)

1 comment:

wani husin said...

keh keh keh..statement kat bawah yg paling tak tahan...kah kah kah..*ketawa sambil guling2*

Related Posts with Thumbnails