Tuesday, November 30, 2010

Siapa tahu.


Dengan tidak di sangka2 seseorang telah menelefon saya. "Kak Nik, ini Man lah dari XXX." (Apa hal lah pulak orang dari company besar telefon company seciput macam akak ni...) "Oh...Man, apa khabar?" tanya saya. "Baik2 saja," jawab nya ringkas. "Ada apa Kak Nik boleh tolong Man?" tanya saya. "Selalunya Kak Nik ambik berapa percent margin?" tanya dia. "Hmm...depends on apa barang tu, kenapa?" tanya saya semula. "Nak mintak tolong sikit, nak pakai letterhead company Kak Nik," kata nya lagi. "Kenapa pulak?" tanya saya. "Hari tu company saya ada hantar digital flowmeter yang salah specification nya pada satu customer, jadi dia reject. Tapi tiba2 company YYY pulak request flowmeter according to that spec," tambahnya. (Hmm....ini kes tak nak management tahu lah yg dorang dah tersilap order barang ni!). "Berapa harga barang tu?" tanya saya. "RMXXXXX." kata nya. "Ok,lah...bagi Kak Nik 5% saja. Tolong kengkawan," jawab saya. "Kalau camtu Ok lah, nanti saya bagi quotation pada Kak Nik dan Kak Nik buat quotation utk company YYY tu ya," kata nya. "OK, bereh...." jawab saya.

Apa yang terfikir di kepala saya masa itu....begitu lah jika ALLAH ingin memberi rezeki kepada hamba2nya tanpa apa2 sebab pun. Siapa akan tahu mereka akan tersilap order barang dan siapa akan tahu barang yang silap itu di perlukan oleh orang lain pula. Dan siapa akan sangka kesilapan dan kesalahan orang lain itu akan menjadi rezeki kepada orang lain pula.

Sesungguh nya ALLAH lah menjadi pengurus kepada rezeki kita hatta kepada seekor semut yang melata di atas tanah.

QS. adz-Dzariyat (51) : 58
"Sesungguhnya Allah Dia lah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh."

Thursday, November 25, 2010

Tekan2 kalkulator sampai pecah.....


Hari ni sedang saya memasak di dapur tiba2 handphone berbunyi kemudian berhenti. "Saper pulak telefon ni," kata saya dalam hati. Bila saya check, ada 1 missed call dari Ms. Lim ex-colleague saya. Saya call dia semula.

"Nik, sorry...I tersalah dial lah. I want to call another Nik, a guy", kata nya. "Oh, Ok no problem," kata saya. "You tengah buat apa?" tanya nya. Belum sempat saya jawab dia sambung, "You tengah goyang2 kaki ker? Aiyaaa...saya admire you lah. Bila lah saya boleh jadi macam you..." kata nya. "Boleh, sekarang pun boleh," jawab saya. " Saya ingat... kalau saya tekan2 kalkulator sampai pecah pun tak boleh jadi macam you!" kata nya. "Hahaha...," saya tergelak. "Kalau you fikir tak boleh, dia jadi tak boleh lah," sahut saya.

Hahaha....rasa cam nak gelak tergolek2lah pulak bila dia cakap macam tu. LOL. Hmm...another new phrase untuk orang yang tak cukup kira2 lah tu!

Sunday, November 21, 2010

Takut


Salam,

Cuti sekolah dah pun bermula. Memang musim yang paling sibuk terutama nya cuti hujung tahun. Seperti biasa tak ada ada aktiviti selain dari masak,makan,masak,makan.. Adus…letih giler main ngan bebudak ni. Macam2 dorang order…. sabor jer lah melayan kerenah anak2 ni. Tapi kalau x layan dorang nak layan saper pulak, yedak?

Tapi entry kali ni bukan nak citer pasal masak makan ni. Tapi citer hal takut. Manusia ni macam2 hal takut nya. Takut sakit, takut tua, takut hantu, takut miskin, takut banjir dan ntah aper2 takut nya. Yang paling manusia takut…takut mati. Saya terkenang hal adik saya yang tinggal kat KL tu. Balik Raya Haji baru ni saya mengajak anak sulung nya datang ke Kuantan. Bolehlah dia menghabis kan cuti nya di sini seperti selalu. Tapi anak nya ada Kem 1 Malaysia katanya selama 5 hari bermula Isnin ini. Jadi saya cadangkan supaya dia datang naik bas nanti, boleh lah saya ambil di stesyen bas kemudian.

“Ah…tak payahlah, sekarang ni macam2 dah boleh terbang. Kereta terbang, bas terbang!” kata nya. “Takut lah nak bagi dia naik bas,” tambah nya. Saya cuma diam. Apa yang saya fikir kan, begitulah manusia cuba mengubah takdir. Mungkin kita bertindak bijak utk tidak menaiki bas. Tetapi apa jaminan kalau naik kereta kita tidak kemalangan? Atau pun kita duduk diam di rumah tidak ada kecelakaan berlaku? Yang pasti nya ajal dan maut itu semuanya di tangan Tuhan.

Dan sekali lagi saya mengingatkan diri saya;

" Setiap diri (yang bernyawa) mesti merasai mati, Kami akan uji kamu dengan kejahatan dan kebajikan, sebagai satu ujian; kepada Kami kamu akan dikembalikan"

Surah Al.Anbiyaa' (35)

Soal nya; bersedia kah saya??????

Tuesday, November 16, 2010

Hukum Alam.


Sememang nya ALLAH lah berkuasa di atas segala sesuatu. Dan hidup dan mati kita adalah di dalam gengaman Nya.

Adakah ini bermakna kita tidak mempunyai hak di atas takdir kita? Jika kita tidak punya hak, kenapakah ALLAH menurunkan Al-Quran sebagai panduan? Adalah sia2 sahaja Al-Quran itu jika ALLAH boleh membuat sesuka "hati Nya". Sudah tentu kita ada hak terhadap takdir kita. Sudah tentu kita memainkan peranan dalam menentukan baik buruk hidup dan mati kita. Jika anda tidak faham...tidak mengapa.

Hukum alam telah ALLAH sedia kan utk kita memahami nya. Jika kita makan, kita akan kenyang. Jika tidur akan hilang mengantuk nya. Jika terkena api, kita melecur. Tapi...ALLAH juga layak menukar hukum itu jika Dia berkehendak. Kita boleh makan...tapi tidak kenyang2, kita boleh tidur selama mana tapi belum juga hilang mengantuk nya, kita boleh terkena api tetapi tidak melecur....contohnya kisah Nabi Ibrahim.

Cuma yang kita tidak tahu, bila Dia akan menukar hukum nya. Itu bukan kawalan kita...yang itu barulah takdir kita. Apa yang mampu kita lakukan....berusahalah untuk memperbaiki hidup kita. Sentiasalah mencari2 ilmu supaya kita lebih faham dan lebih mudah untuk mengharungi hidup didunia dan juga di akhirat.

Ada 2 kisah di dalam al-Quran yang amat saya sukai yang membuat saya lebih faham tentang hidup ini dan tentang sifat2 ALLAH s.w.t.

Yang Pertama: Surah Ali Imran (tentang rezeki)

Maka tatkala isteri Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: Ya Rabbku, sesungguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk. (QS. 3:36)

Maka Rabbnya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap kali Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini. Maryam menjawab: Makanan itu dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah memberi rezki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab. (QS. 3:37)

Yang Kedua: Surah Yusuf (tentang usaha dan takdir)

Dan Yaqub berkata: Hai anak-anakku janganlah kamu (bersama-sama) masuk dari satu pintu gerbang, dan masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlain-lain;namun demikian aku tiada dapat melepaskan kamu barang sedikitpun daripada (takdir) Allah. Keputusan menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah; kepada-Nya-lah aku bertawakkal dan hendaklah kepada-Nya saja orang-orang yang bertawakkal berserah diri. (QS. 12:67)

Semoga anda memperolehi sesuatu dari entry saya kali ini...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

Monday, November 15, 2010

Mak Yang buat macam mana ya?


Alhamdulillah, Ery berjaya mendapat 5A. Terima kasih banyak2 kepada guru2 yang bertungkus-lumus untuk memastikan kejayaan anak2 didiknya. Tanpa anda semua, siapalah anak2 kami. Nampak nya Ery telah mengulang kejayaan kakak2 nya yang berdua tu. I'm happy but to be frank, I felt the thrill was getting lesser. Tak sama masa Kak Yong dan Kak Nyah dapat 5A dulu.

At one point when my Kak Cik called, "Tahniah, sebab anak dapat 5A!" I said, "Thank you, tapi macam mana Kak Cik tahu secepat ini?" "Ala...sebenarnya Kak Cik agak jer, hahaha...," she laughed hilariously. "Apa nak heran kan anak kamu tu, kalau tak dapat 5A baru heran," tambah nya.

Hmmm...mati lah macam ni. Bila sudah ada standard yang telah di tetapkan pada anak2 saya. What if my children faltered? They are just human anyway. Alah....tak yah pikirlah, serah kan semua kepada ALLAH. Semua berlaku atas izin Nya.

Kemudian anak2 buah yang lain bertanya, "Mak Yang buat macam mana ya?" Dan jawapan saya, "Mak Yang membebel hari2, pastu ikat dorang kat kerusi dan paksa belajar! Tu lah, kalau nak pandai kena dengar emak membebel hari2."

Hehehe...just kidding! :) Kalau nak tahu macam mana...I think I nak bukak consultancy services lah macam ni. Business beb...amacam?

One thing for sure, I always tell them, "This life is YOURS, you DECIDE. I'm not going to "tongkat langit" (pinjam kata2 emak saya).I'll die someday."

If you still wonder...I'm not a perfect mum, FAR from it!

Friday, November 12, 2010

Takdir


Salam,

First of all let me thanks to ALLAH for giving me chance for just another day. My life is being busy lately and thanks again to ALLAH for giving me reasons for this life.

Kali ni nak citer pasal takdir. Sebab aper yer....sebab...dia ada ikan! (Teringat iklan Haliborange masa kecik2 dulu...hehehe) How time flies! Rasanya dah tak nampak Haliborange kat pasaraya dah skarang. Hahaha..termelalut lah pulak.

Last week saya attend satu gathering yang di "arrange" oleh Har. Terima kasih Har. Seronok dapat jumpa kawan2 baru di sekitar Kuantan ni. Next time kita tugeder2 lagi OK. Itulah kebaikan FB yg dapat merapatkan silaturahim.

Tapi bukan nak citer pasal tugeder2 tu, nak citer pasal berjumpa housemate masa belajar kat UK dulu. We haven't met for almost 12 years....once again thank you to FB. I was so touched when she introduced me to her daughter, "This is the auntie that I put the photo of ours on the fridge door at home, the one with the snowman." Huhuhu...she really treasures our moment together after 20 years!

She is a Chemical Engineer by qualification but now she is a florist by profession. Macam mana tu yer....boleh saper2 bagi tahu tak? She is renting a shop in Cyberjaya Street Mall and doing quite well. Cempaka Sari Florist nama kedai dia...sedap kan nama tu. Sorry, malas lak nak upload gambar kat sini. The link is http://cempakasari.com/omni/omni.

"Nik, I never ever thot that I will be doing this!" she told me. "So tell me..." jawab saya. "I kena buang kerja sbb tak nak hantar rasuah RM130K cash kat pengarah @#$," kata nya. "Masa tu I jadi Environment Manager kat @#$$%^," sambung nya. "I was pregnant with my youngest child at that moment and luckily I gave birth the next day. Selamat lah I dari kena hantar duit rasuah tu. That is not the only method of bribery, tapi ada macam2 benda kena hantar sebelum tu. Tapi bila balik jer dari cuti bersalin, I terus kena buang kerja," cerita nya. So the story went on and on. To cut short, the "Pengarah" was transferred to Putrajaya and hold other non-enforcement position. (Hmm...tak kena lak soal siasat SPRM, heran jugak yer..) Hello...we are talking about environment here! Undang2 dunia boleh lah terlepas...kan..kan..kan.

So,kawan I tu pun "tanam anggur" lah for about a year. Oleh kerana kawan I tu ada bakat dalam bab gubah mengubah ni, kawan hubby dia mintak tolong buat hamper utk Hari Raya. Mula2 tu 1, pastu jadi 6 dan pastu jadi beratus lak...sampai penuh bakul2 dalam rumah dia. Hubby dia pun suggest dia bukak kedai. Then the rest was history. Camtu lah citer nya.

I will always remember one quote; We makes plan...but ALLAH laughs at our plan! Jadi jangan lah kita rasa kita ni pandai sangat. Kita boleh rancang apa saja, tapi ALLAH lah pelaksana yang terbaik! Jangan susah2 hati, buat jer yang terbaik dan kemudian serah kan jer kepada Nya. Cheers!

P/S : Akak ni pun dulu x pernah terfikir nak wat kerja trading spare-part ni hah... ingatkan nak makan gaji sampai pencen. Dulu2 pun ingatkan kahwin ngan orang Perak, rupa2nya jodoh ngan orang Terengganu...Apa leh buat,ini lah nama nya takdir. Hehehe..;)

Tuesday, October 26, 2010

Poligami....


Salam,

Huhuhu....best tul tajuk Tanyalah Ustaz kat TV9 2 hari ni. :) Tak tahu lah soalan2 tu dah di "set" kan oleh TV9 atau datang dari penonton2 tu sendiri.

Salah satu soalan; Bagaimana kah pembahagian harta seorang suami kepada isteri2 nya semasa hidup dan juga selepas dia mati? Bagus gak soalan muslimat tu yer....org pompuan ler kata kan! Mana boleh kurang...hehehe :))

Tapi jawapan Ustaz Syukri tu mmg best. Orang mesti expect Ustaz akan jawab yang suami mestilah adil kepada isteri2 nya dan isteri2 akan dapat 1/8 bahagian dari harta sepeninggalan suami nya selepas mati. Tapi jawapan tu memang meleset sama sekali. Mungkin ada yang kata...Ustaz ni x jawab soalan langsung!

Saya suka betul bila Ustaz itu kata....Kalau di pikir2 kan, hidup ni apalah sangat. Hidup ni sebenarnya sementara sahaja, tak guna nak bergaduh atau bertumbuk semata2 kerana harta. Apa yang penting...apakah amal atau bekal yang nak kita bawa masa kita berjumpa dengan ALLAH s.w.t nanti.

BINGO! I think that is the answer for all the questions in life! I hope those who asked can read between the lines...

Wednesday, October 20, 2010

Vietnam Vacation.

Salam,

Lama x visit blog sendiri. Sibuk daa..... Mula2 tu sibuk Ery nak peksa UPSR. Pastu nak renew passport, nak tukar duit, nak pack baju, business akak kena jalan jugak...cari barang, order barang, deliver barang, kerja rumah...berlambak! huhuhu...how much I wish I have a maid!

Well...cik abang bawak gi vacation ke Vietnam. Dah lama dah dia ajak, cuma x free jer. Dapat lah lupakan hal2 rumahtangga dan kerja sekejap. Anyway, thanks to Mulan for the Halal Food guide n info in Vietnam. Tak sempat nak cari semua kedai tu. Managed to go to;

1) 4 Seasons Restaurant
2) Vietnam Halal
3) Bombay Indian Restaurant
4) D'Anjung
5) Dong Du Mosque

Shopping? Sakannnn....nak borong satu Vietnam tu kalau boleh hikhikhik... Big boss kasi green light lagi. Cuma akak tekan brek sket. Do I need or do I want? Masih rational lagi...

Meh layan jap gambar2 ni...

Ho Chi Minh City @ Saigon called by the locals.

Shopping akak...jgn x shopping!

Boating experience @ Mekong River

Merpati 4 sejoli...me n my eldest brother @ Vietnam Halal Restaurant.

Pho Bo noodle...mmg sedap. @ 4 Seasons Restaurant.

Kopi susu dia....pergh kaw giler! @ Dong Du Mosque.

Ada saper2 nak kopi Vietnam? I bought extra, RM35 for 1/2kg. (limited qty - including postage). Email me, okey!

Price not including the cute coffee maker n small teko tu yer....personal collections!

Wednesday, October 6, 2010

Berubah...


Pagi berubah jadi tengahari, tengahari menjadi petang. Kalau panas...adakala berubah menjadi mendung dan bertukar menjadi hujan. Bila hujan ada masa menjadi panas semula dan terbit pula sang pelangi. Pasti berubah. Itulah hakikat hidup sebenarnya. Tidak ada sesuatu yang tidak berubah. Tidak ada yang kekal. Bukan soal adil atau tidak perubahan itu berlaku, tetapi bagaimana harus kita tangani perubahan itu.

Saya sedang memikirkan perubahan yg bakal berlaku tahun hadapan. Tahun depan Amirah akan masuk darjah 1 dan Ery, kalau ada rezeki akan masuk sekolah berasrama utk tingkatan 1. Kak Yong masih di Universiti dan Kak Nyah berada di dalam tingkatan 5, juga masih di asrama. Dan saya....semakin sunyi. Sesunyi bilik2 kosong di rumah..

Masih lagi berkira2 apa yang harus saya lakukan utk mengatasi masalah "sarang" yang semakin kosong ini......(Encik Amri...ehem..ehem)

Monday, October 4, 2010

Tare Zaneem Par


Salam,

Huhuhu...sekali-sekala sedap gak layan citer Hindustan. Lamer dah tak tengok. Kali ni bukan citer cintan-cintun. Something about dyslexia. Go to http://www.dys-add.com/define.html to know more.

But I like when Ram Shankar Nimbukh (Amir Khan) said, "Five different fingers make a hand, why should we stretch the fingers to make it all the same?"

Lesson : Accept our children as they are.

Monday, September 27, 2010

Khazanah Raya I

Salam,

Dah nak habis raya dah...dan dah lama aku tak update blog. Tapi kalau sesiapa yang belum puasa 6 tu...dan lagi kalau nak puasa tu! Eh...tak baik cakap aku lah,kena tukar cakap "saya". Dah kena sound dgn Amirah. Marah kalau emak dia cakap "aku"...hehehe :)OK, let me try to change the "gantinama". Here we go...

First of all thanks to my hubby for driving us to kampung in Perak (orang Perak ghuper nye akak ni yer...hehehe).Bukan saya tak ader cerita, tapi terlalu banyak cerita sampai tak tahu nak citer yang mana satu. Maklum lah balik beraya kat kampung sendiri kali ni, 2 tahun sekali..tentu byk citer. Cuma spt kata kawan saya...banyak mengumpat bila time2 raya ni. Ye lah...syaitan dah terlepas dari rantai nya, apa lagi...sebulan dia tak guna jarum halus nya tu. Bila kita bertanya khabar sedara-mara, maka akan melarat2 lah cerita nya. Sedar tak sedar...alamak! ter"mengumpat" lah pulak. Astaqfirullah hil azim.

Jadi, yg mana boleh jadi pengajaran..beringatlah (walau ada pengajaran mmg x leh compromise bab mengumpat ni). Kalau kita boleh mengumpat orang lain, ingat...orang lain pun boleh mengumpat kita balik. Jadi kita maaf jer lah kalau ada orang yang dah mengumpat kita tu. Tak payah dakwa-dakwi kat akhirat nanti, tak yah nak makan daging busuk sedara sendiri....x lalu weh! (Lamer ooo kat padang masyar 50,000 tahun akhirat tu...) Cubalah sedaya boleh utk memelihara diri dari mengumpat tu. (Nak mengingat diri sendiri jer ni...)

Masa Raya2 ni lah kita orang dapat ziarah kubur arwah ayah. Dah lamer rupa nya ayah saya meninggal, dah 29 tahun pun. Berbanding usia ayah yang cuma 52 tahun semasa meninggal. Aduhai...agak nya berapa lama lagi ayah akan berada di alam barzakh sementara kiamat? Belum kira usia datuk nenek dan moyang2 yang terdahulu. (Berbaloi ker hidup kita ni agak nya kalau nak ingkar perintah ALLAH...fikir2X lah) Semoga ayahanda saya di tempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan beroleh rahmat ALLAH hendak nya. Amin.


Nik Bolia Bin Abd Rahman Saeidi telah kembali kerahmatullah pada 19 Syawal 1401H / 19hb August 1981. Al-Fatihah.


Sebahagian dari anak2 cucu cicit membaca Yasin dan Tahlil di kawasan tanah perkuburan kampung Sg. Ular.

Ok, nanti sambung lagi...busy lah skarang ni. Chow dulu...assalamualaikum.

Monday, September 6, 2010

Kemaafan Ku Pohon



Salam,

Di kesempatan yang masih ada ini, izinkan ku pohon keampunan dan kema'afan dari semua di atas segala kesalahan dan kesilapan. Semoga semua nya bergembira di Hari Raya yang mulia ini disamping keluarga tercinta. Dan semoga ALLAH s.w.t. menerima semua amalan2 kita.

Jika panjang umur, murah rezeki kita berjumpa lagi.InsyaALLAH.
Related Posts with Thumbnails