Semalam aku pergi ke surau sebab ada majlis tahlil. Sekali-sekala memang ada majlis begitu malam2 Jumaat. Jemaah perempuan memang tak ramai pun. Seusai bacaan yassin , tahlil dan solat Isyak memang ada sedikit juadah. Aku pun mengambil sepinggan nasi dagang dan berkongsi dengan Amirah yang tengah dok bising, " Mak, cepatlah...Mirah dah lapar ni!"
Aku pun duduk ngan sorang kakak tu ...nak panggil makcik, umur nya mungkin lewat 50an, aku ni pun dah jadi kategori makcik dah kalau pergi mana2, perasan jer muda...muahaha. Rupa2nya majlis tahlil tu untuk anak lelakinya yang baru meninggal kemalangan jalanraya 2 bulan sudah. Aku ni menadah telinga mendengar ceritanya. Alkisah kemalangan kerana keretanya terbabas merempuh lori yang parking tepi jalan. Huish, ngerinyer.... Biasalah budak muda 23 tahun pantang orang usha ajak race. Mendidihlah keegoaannya. Keretanya terperosok bawah lori. Beliau meninggal di hospital tapi akak tu tak sempat berjumpa dengan anaknya. Sambil bercerita menitiklah airmatanya. Maklumlah anak bongsu lelaki . Akak tu pun mulalah berkalau-kalau. Cuma aku kata tak baik kita ni berkalau2, kerana syaitan akan suka mengambil alih keimanan kita jika kita berkalau. Jadi macam tak redholah pulak kita ni. Dah sampai ajal nya.....kita ni pun kalau dah sampai ajal, keluar dari pintu surau ni pun boleh jatuh tergolek mati. Kita ini pinjam-pinjaman jer.
Konon2nya nak alihkan perhatian akak tu aku pun tanyalah samada suami nya masih ada. Dia kata suaminya tak lah menangis macam dia. Dalam dua bulan ni dia akan menangis bila teringat anak bujangnya tu. Jadi aku kata, orang lelaki ni tak menangis macam orang pompuan. Dia orang simpan dalam hati. Sekurang2nya orang pompuan boleh luahkan perasaan dengan airmata. Tiba2 dia kata, "Alah ...laki akak tu ada pompuan lain!" Alamak...kantoilah pulak aku ni. Tak boleh jadi pakar motivasi betul. Salah soalan nih! Pastu dia sambung lagi kata...dia boleh tahan pasal tu, tapi dia tak boleh tahan bila anak dia meninggal. In other words, biar suami curang jangan anak mati!
Aduh....macam-macam hal manusia ni. Satu masalah tu pada mulanya memang nampak besar, tapi bila ditimpa masalah lagi besar...masalah yang mula tu dah nampak kecil. Betul lah kita ni ada "Hierarchy of worry". Kecil atau besar sesuatu masalah itu sebenarnya adalah persepsinya sahaja. Bagaimana hati , perasaan, fikiran, keadaan dan paradigma memandang terhadap permasalah tersebut. Life is how you see it not what it offers you. Berfalsafah lah pulak aku ni.Tak kena kat aku...pandai ler cakap. Muahaha...
Tak per lah akak, anak akak tu muda lagi. Dosanya pun tak banyak. Bukan macam kita ni,umur pun dah banyak dosa pun banyak. Semoga anak akak tu mendapat rahmat dan keampunanNya yang paling baik! Amin.
1 comment:
kesian makcik tu..
betul lah kak Nik. Rasanya, before incident anak dia tu, may be makcik tu rasa terbeban jugaklah.
Tapi, bila anak dia accident, dia lagi sedih pasal anak dia..
hopefully tak jadilah kedua-duanya pada kita..
eh! boleh je jadi pakar motivasi peee.. at least she has someone to talk too.. release dah.. :)
Post a Comment