Monday, April 27, 2009

Taman Hana Wadi Hussein, Janda Baik




Aduh...sakit kepala hari ni. Tak cukup tidur le tu. Ntah kol berapa tidur duk gossiping kat Taman Hana di Janda Baik. Anyway, thanks to Pak Habib coz bagi we all wat kenduri kat situ. Tak sempat ambil gambar sebab sibuk nak memasak dan tengok2kan anak mandi manda kat sungai. Memang Pak Habib sediakan tempat memasak kat situ siap dengan dapur, periuk, pingan dsbnya. Bateri kamera lak kong. Malas nak cari bateri kat bawah tu. So, cilok lah gambar kat blog Pak Habib.
Baik betul Pak Habib tu. Dah lah free jer tinggal kat chalet dia (FYI, memang dia tak charge apa2 pun kalau orang datang bermalam kat situ) Dia bagi kita orang masak sekor kambing malam tu utk family we all makan. Dia pun join ngan anak2 dia skali. Utk aqiqah esoknya sekor kambing lagi. Everybody is free to come and go in Taman Hana. Ada juga manusia yang macam tu. Walaupun kaya raya, tak lokek pulak. Dijemputnya anak2 yatim dan budak2 tahfiz utk turut sama majlis tahlil dan aqiqah.
Sedap betul mandi kat situ, malam nyer sejuk giler. Sampai ketulang hitam rasanya. Bawak selimut sehelai jer, bagi kat Amirah. Nasib baik bawak kain batik...hentam jerlah buat selimut. Thanks to my dearest hubby sebab ambil cuti sehari utk bawak aku gi meraikan majlis aqiqah Nik Kayra Eliza binti Nik Ezar.

5 comments:

Aida said...

Thanks sharing psl pondok pak habib kat sini. Saya pun nk pegi bercuti ke janda baik this weekend, hope dpt pegi visit pondok pak habib ni....nk stay kat chalet dia kena booking ke kak?

Neeza Shahril said...

bestnya kak Nik.. neeza tak pernah pergi sana lagi. Mana gambar2 lain? nak gak tengok... agak2nya Shahril nak tak bawak kami pergi sana yek.. ;)

Kita orang KL said...

Aduh! Dengar masak kambing tu yg tak tahan tu....sekor pulak tu, mmg licin jilat jari punya. Nanti kalau pergi makkah, pekena kambing mandi!Lagi terangkat...mamma mia!

Aida said...

Execelli aida dah penah 2-3 kali sampai Taman Hana Pak Habib ni tapi dah lama dulu..last sekali kalo x silap 7 thn yang lalu masa bujang. Masa tu rasanya x de lagi chalet kat umah dia tu...Kali ni saje nk i lagi ajak husband lak..

p/s:..tqvm kak sbb sudi jengah my entry at FP..

idafatimah said...

taman tu mmg utk public ke??ke juz familiy je????

Related Posts with Thumbnails