Berminggu2 yang lalu kereta anak lelaki jiran aku nampak macam kena langgar dari belakang. Katanya ada orang langgar masa parking. Itulah versi yang dia beritahu pada ibu dengan ayahnya.
Tup tup semalam jiran aku beritahu suami dengan anaknya balik pada pukul 4 pagi semalamnya dari balai polis. Apa hal? Rupa2nya polis panggil dia ke balai kerana kemalangan yang berlaku beberapa minggu sebelum itu. Ada orang dah buat report polis. Hah! kan dah kantoi. Anak jiran aku buat U-turn di tempat yang salah dan ada orang tersondol belakang keretanya. Siapa salah yer???? Yang pastinya memang salah sebab tak buat report polis dalam tempoh 24 jam tu. Ceritanya jadi semakin berbelit kerana dia tak mahu mengaku bersalah dan cuba menggunakan sahabat baik ibunya yang bekerja sebagai pegawai atasan polis untuk membantunya.
Pernah kah kita di tangkap berbohong? Apa rasanya? Memang malu tapi kita tentu cari jalan nak cover balik. Memang itulah sikap kita sebenarnya. Yang lebihnya, ego kita tercalar kalau kita mengaku yang kita dah berbohong sebenarnya.
Kereta aku pun pernah kena langgar dari sisi kerana ada orang yang tak sabar2 nak keluar simpang. Tapi bila aku baca report polis yang dia buat, katanya kereta aku datang dari arah yang sama. Sabar jer lah...aku tak marah pun kat dia. Memang dia yang kena saman bukan aku. Cuma sedikit kecewa sebab kereta kena masuk workshop dan aku terpaksa pinjam keter jiran untuk hantar ambil anak balik sekolah dalam seminggu dua tu.(Nasiblah dapat jiran yang baik...rahmat tu!) Memang itu ketentuan Allah nampaknya ...mana mahu lari hah???
Isunya sekarang kenapa mesti berbohong? Melalui pemerhatian aku selama ini, banyak masalah dalam dunia ni berlaku kerana kita tidak jujur dengan diri kita. Susah sangat nak mengaku kesilapan sendiri. Nak juga cari jalan supaya kita tidak di persalahkan. Kalau di tanya, ceritanya selalu "half truth". Jadi masalahnya akan terus membelit dan terbelit. Jika kita jujur dengan diri kita, kita akan nampak bahawa kitalah punca utama masalah kita. Paling teruk, bila kita berbohong...kita cuma membohongi diri kita dan kita sendiri mempercayainya. Lepas tu kita kata itu lah takdir hidup kita. Sabar jer lah!
2 comments:
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.
Tepat sekali pantun lama ini.
a lie kena cover dengan several lies.. selama-lamanya takkan bercakap benar..
Kak Nik, frustnya tak dapat jumpa balik hari tu.. salahkan En Shahril.. Neeza dah ajak dia tapi masa tu kami ke Kuantan bertiga saja. So, dia kata, tak bestlah, tak cukup ahli keluarga..
Post a Comment