Thursday, July 16, 2009

Nak tegur ke, tak nak?

Semalam dapat satu SMS dari abang aku yang agak pelik sikit SMS nya. Yang peliknya ;
1) Dari abang aku - jarang aku dapat SMS dia.
2) Isi SMS tu macam bukan untuk aku - itu yang paling peliknya.
So, hari ni rasa pelik tu terjawab jugak bila abang aku call. Rupanya dia dapat mesej tu dari seseorang dan dia forward kat aku. Isi SMS tu memang satu nasihat untuk dia sebenarnya. Ohhh....fahamlah aku apa ceritanya. Jadi seperti biasa dia akan meluahkan perasaan nya macam M16. Secara ringkasnya dia meluahkan bahawa dia rasa terhina dengan mesej tersebut dan dia rasa orang tidak berhak membuat penilaian pada diri nya. Jadi, aku "acknowledge" kekecewaannya. - (apa perkataan melayu yang tepat utk acknowledge ya???)
So, sebagai adik yang penyayang (cewah...) aku pun takkan nak curah minyak kat api. Cuma aku kata manusia ni memang tidak sempurna. Kita mempunyai latarbelakang dan pengetahuan yang berbeza. Orang yang menegur tu mempunyai "good intention" tapi mungkin dia tersalah memilih ayat atau bahasa (walaupun aku rasa orang itu sudah menggunakan bahasa yang terbaik). Sesiapa pun dalam dunia ni tidak suka bila ditegur.
Walau cara baik atau tidak. Semua akan melenting (termasuklah aku..hehehe). Tapi selepas beberapa hari kita akan berfikir dan menilai semula teguran tersebut. Cuma aku tanya abang aku, sudahkan dia memberi tahu apa perasaan nya pada orang tersebut? Dia kata dia tidak mahu memanjangkan hal ini. Bagi aku adalah penting kita memberi tahu perasaan terhadap sesuatu perkara atau keadaan agar perkara itu tidak berulang lagi. Adula...kenapalah susah sangat orang Melayu ni nak luahkan perasaan! Melayu betul abang aku tu...belajar jer kat oversea (Jangan marah aaaa....).

Kesimpulannya;
1) Nak menegur orang bukan satu perkara yang mudah walaupun kita sudah cuba
menggunakan bahasa yang terbaik. Kerap kali teguran kita akan pasti disalah ertikan.
2) Kerap kali juga kita menilai orang yang kita tegur tanpa mengetahui masalah orang tersebut. Kita patut tanya masalahnya sebelum kita menegurnya.
3) Bersedialah pula untuk diri kita di nilaikan oleh orang tersebut.

Apa2 pun, betul lah kata seorang sahabat, kita perlu cermin diri. Sesiapa saja boleh jadi cermin diri kita. Bersyukurlah kerana ada orang yang sanggup jadi cermin diri kita walau kita tidak memintanya. Wallahualam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails