Setiap pagi aku akan singgah beli nasi minyak on the way hantar anak pergi sekolah. Situasi yang sama setiap pagi. Yang pertama mesti lalu jambatan sempit satu lorong dimana orang berebut2 melalui jambatan tu dan yang kedua singgah di pinggir jalan untuk beli breakfast.
Bila di jalanraya, orang yang paling "selfish" adalah orang pompuan....Rule of thumb, kita mesti beri laluan kepada sesiapa yang sampai dulu di jambatan tersebut. Kadangkala bila sudah hampir kereta yang paling akhir dari sebelah sana, adalah pulak orang yang tak mahu berhenti bagi laluan yang disebelah sini. Padahal dah berbaris2 kereta di sebelah sini. Terus jer dia menaiki jambatan. Selalunya...pompuanlah pemandunya. Tapi kadangkala, ada jugak orang lelaki! Tak bertimbang rasa langsung.
Bila dah hampir dekat gerai, ada kereta parking tengah jalan! Memang sah pemandu pompuan. Apalah salahnya parking jauh sikit ketepi dan berjalan untuk pergi ke gerai tu? Bukan nya sebatu kalau berjalan pun. Dah tahu pagi2 jalan tu sibuk dengan orang pergi sekolah dan bekerja.
Bukan kah Allah menyuruh kita melapangkan majlis? Mungkin dia dah lupa kut! Anyway, yang langgar keter aku dulu pun pompuan jugak. Tak sabar sangat nak keluar simpang sedangkan aku dah bagi laluan pada kereta yang di hadapannya keluar terlebih dahulu. Sabar jer lah! Aku ni pun pompuan jugak...wakaka.
1 comment:
Tidakkah Rasulullah saw ada menyebut bahawa wanita itu 9 nafsunya, 1 aqalnya, manakala lelaki 9 aqalnya, 1 nafsunya. Namun, kadang2 yg 9 aqal ni pun, kadang2 mcm tak da aqal!
Post a Comment