Monday, August 3, 2009

Jiwa yang merdeka

Salam,

"Free at last, free at last, free at last." Martin Luther King. (1929~1968)

Selamat menyambut bulan kemerdekaan. Di atas adalah petikan kata2 Dr. King kepada rakyat Amerika. Hasilnya...beliau telah ditembak oleh orang kulit putih pada 3 April 1968. Beberapa hari sebelum aku dilahirkan. Begitu mahalnya harga sebuah kemerdekaan. Merdeka kah kita? Apakah erti kemerdekaan buat kita? Aku tak boleh beri jawapan untuk itu. Dan aku tidak ada jawapan untuk itu. Yang pasti kita masih perlu mengisi erti kemerdekaan.

Bagi aku jiwa yang merdeka adalah jiwa yang tidak perlu merasa rendah diri diatas kelebihan orang lain. Yang tidak perlu merasa malu dengan kekurangan diri. Walau siapa pun kita, kita punya tugas yang tersendiri untuk memakmurkan bumi Allah ini. Tidak perlu memandang rendah kepada orang lain. Jiwa yang merdeka bermakna kita sentiasa mencari ilmu, dahaga pada ilmu dan menghadiri majlis2 ilmu. Kerana Allah akan memberi kelebihan berapa darjat keatas orang2 yang berilmu. Dan jiwa yang merdeka adalah mereka2 yang mengamalkan segala ilmu diperolehi demi untuk kebaikan sejagat.

Merdeka kah kita?

1 comment:

Ust Halim Nasir said...

Jiwa dan pemikiran kita masih dijajah. Penjajah hanya tinggalkan negara yg dijajahnya, tetapi meninggalkan dasar2 kolonial mereka. Telah berkata Lord Macaulay, Peg Tinggi British di India, ketika mau memberikan kemerdekaan kpd India, katanya `KITA TINGGALKAN DI INDIA INI, MEREKA YG KULITNYA HITAM, TETAPI MEMPUNYAI HATI YG PUTIH SEPERTI KITA!'. Petik suisnya di England, menyalanya di India!. Ghazwah al-fikri (Serangan Pemikiran) masih mencengkam sebahagian masyarakat melayu di Malaysia. Sebab itu lah, ada yg masih menjadi penentang kpd Islam yg syumul. Merdekakan jiwa dan pemikiran kita dgn kembali kpd Islam yg sebenar2nya, yakni acuan dari Rasulullah saw.

Related Posts with Thumbnails