Wednesday, July 29, 2009

Tips Isteri Idaman

Salam

Huish... menarik gak tajuk Muqaddimah kat TV9 hari ni. Ada saper2 nak jadi isteri idaman? Aku ambil lah sikit nota hari ni. Boleh gak kita kongsi2 ilmu. Tak baik kedekut ilmu, ye dak... Nota tu tak lah perfect, ambik yang mana sempat jer.

1) Cintai suami kita sepenuhnya dan seadanya. Mungkin dia tidak sesempurna Rasullullah s.a.w tapi kita juga tidak sebaik Siti Khadijah. Antara musuh utama manusia ialah inginkan kesempurnaan. Elakkan cinta platonik dengan bukan suami kita.

2) Taat kepada suami. Selagi suami kita tidak menyuruh kita melakukan perkara2 yang dilarang oleh Allah. Seperti kisah seorang perempuan yang mendapat syurga walaupun beliau tidak menghadiri hari kematian ayahandanya kerana beliau tidak keluar dari rumahnya sebelum mendapat keizinan suaminya terlebih dahulu.

3) Menghormati dan mengasihi mertua. Mereka juga sama tarafnya dengan ibubapa kita.

4) Penuhi panggilan suami. Ini termasuk juga jika suami kita menelefon atau sms kita. Hendaklah segera kita menjawab. Jangan di diam kan begitu sahaja.

5) Menjaga rahsia suami dan rumahtangga kita. Jangan cerita segala2 pada orang. Termasuk menceritakannya di dalam blog2. Suami perlu dijaga aibnya. Isteri adalah penjaga maruah suami. Kata orang tua-tua kalau ditanya orang makan apa hari ini, katakan makan ayam walaupun makan bayam.( Boleh ke menipu ni Ustaz????)

6) Berusaha merebut hati suami. Buatlah benda2 yang disukai suami seperti memasak masakan kesukaan suami, berhias2, memicit2 kalau dia suka di picit. Seperti kisah Siti Fatimah yang cemburu kepada seorang wanita yang terlebih dahulu memasuki syurga daripada beliau. Wanita tersebut membuat apa sahaja yang disukai suaminya dan mendahului suaminya dari perkara yang lain.

7) Pandai mengatur perbelanjaan rumahtangga. Suami sudah penat bekerja dan isteri mestilah pandai mengagih-agihkan perbelanjaan.

8) Menjaga iman suami dan juga dirinya sendiri.

9) Menjadi isteri yang mandiri. Yang cergas dan boleh melakukan tugas rumahtangga ketika ketiadaan suaminya.

10) Isteri yang mendidik anaknya sendiri dan tidak menswastakan kepada orang lain. (Alamak...yang ini payah sikitlah Ustaz!!!)

Itulah tips nya. Buatlah yang mana kita boleh. Semoga kita menjadi isteri2 yang diredhoi suami dan Allah, tak gitu? Tapi kena ingat, bukan orang pompuan jer kena tahu tips isteri idaman. Orang lelaki pun kena tahu tips suami idaman. Kita tunggu Muqaddimah topik tu pulak!

Tuesday, July 28, 2009

Orang pompuan lagi!

Setiap pagi aku akan singgah beli nasi minyak on the way hantar anak pergi sekolah. Situasi yang sama setiap pagi. Yang pertama mesti lalu jambatan sempit satu lorong dimana orang berebut2 melalui jambatan tu dan yang kedua singgah di pinggir jalan untuk beli breakfast.

Bila di jalanraya, orang yang paling "selfish" adalah orang pompuan....Rule of thumb, kita mesti beri laluan kepada sesiapa yang sampai dulu di jambatan tersebut. Kadangkala bila sudah hampir kereta yang paling akhir dari sebelah sana, adalah pulak orang yang tak mahu berhenti bagi laluan yang disebelah sini. Padahal dah berbaris2 kereta di sebelah sini. Terus jer dia menaiki jambatan. Selalunya...pompuanlah pemandunya. Tapi kadangkala, ada jugak orang lelaki! Tak bertimbang rasa langsung.

Bila dah hampir dekat gerai, ada kereta parking tengah jalan! Memang sah pemandu pompuan. Apalah salahnya parking jauh sikit ketepi dan berjalan untuk pergi ke gerai tu? Bukan nya sebatu kalau berjalan pun. Dah tahu pagi2 jalan tu sibuk dengan orang pergi sekolah dan bekerja.

Bukan kah Allah menyuruh kita melapangkan majlis? Mungkin dia dah lupa kut! Anyway, yang langgar keter aku dulu pun pompuan jugak. Tak sabar sangat nak keluar simpang sedangkan aku dah bagi laluan pada kereta yang di hadapannya keluar terlebih dahulu. Sabar jer lah! Aku ni pun pompuan jugak...wakaka.

Thursday, July 23, 2009

Nak bohong siapa?

Berminggu2 yang lalu kereta anak lelaki jiran aku nampak macam kena langgar dari belakang. Katanya ada orang langgar masa parking. Itulah versi yang dia beritahu pada ibu dengan ayahnya.

Tup tup semalam jiran aku beritahu suami dengan anaknya balik pada pukul 4 pagi semalamnya dari balai polis. Apa hal? Rupa2nya polis panggil dia ke balai kerana kemalangan yang berlaku beberapa minggu sebelum itu. Ada orang dah buat report polis. Hah! kan dah kantoi. Anak jiran aku buat U-turn di tempat yang salah dan ada orang tersondol belakang keretanya. Siapa salah yer???? Yang pastinya memang salah sebab tak buat report polis dalam tempoh 24 jam tu. Ceritanya jadi semakin berbelit kerana dia tak mahu mengaku bersalah dan cuba menggunakan sahabat baik ibunya yang bekerja sebagai pegawai atasan polis untuk membantunya.

Pernah kah kita di tangkap berbohong? Apa rasanya? Memang malu tapi kita tentu cari jalan nak cover balik. Memang itulah sikap kita sebenarnya. Yang lebihnya, ego kita tercalar kalau kita mengaku yang kita dah berbohong sebenarnya.

Kereta aku pun pernah kena langgar dari sisi kerana ada orang yang tak sabar2 nak keluar simpang. Tapi bila aku baca report polis yang dia buat, katanya kereta aku datang dari arah yang sama. Sabar jer lah...aku tak marah pun kat dia. Memang dia yang kena saman bukan aku. Cuma sedikit kecewa sebab kereta kena masuk workshop dan aku terpaksa pinjam keter jiran untuk hantar ambil anak balik sekolah dalam seminggu dua tu.(Nasiblah dapat jiran yang baik...rahmat tu!) Memang itu ketentuan Allah nampaknya ...mana mahu lari hah???

Isunya sekarang kenapa mesti berbohong? Melalui pemerhatian aku selama ini, banyak masalah dalam dunia ni berlaku kerana kita tidak jujur dengan diri kita. Susah sangat nak mengaku kesilapan sendiri. Nak juga cari jalan supaya kita tidak di persalahkan. Kalau di tanya, ceritanya selalu "half truth". Jadi masalahnya akan terus membelit dan terbelit. Jika kita jujur dengan diri kita, kita akan nampak bahawa kitalah punca utama masalah kita. Paling teruk, bila kita berbohong...kita cuma membohongi diri kita dan kita sendiri mempercayainya. Lepas tu kita kata itu lah takdir hidup kita. Sabar jer lah!

Wednesday, July 22, 2009

10 Sebab

Salam.

Hari ini nak kongsi bab pengurusan kewangan sikit. Boleh lah kita praktik kan dalam kehidupan kita memandangkan semakin hari kos barangan semakin naik. Dalam kehidupan seharian ramai yang sudah terhutang dengan kehidupan nya sendiri. Seolah2 satu kitaran hidup yang amat kejam terutamanya bagi sesiapa yang bergantung dengan kad kredit/kad debit. Kita menggunakan kad kredit/kad debit untuk membeli barang keperluan kita pada hari ini dan bila sampai hujung bulan kita akan dapati setelah membayar semula bill kad kredit kita tidak lagi punyai wang yang cukup untuk membeli petrol/makanan/keperluan lain. Akhirnya kita menggunakan kad kredit kita semula. Untuk menggunakan duit tunai setiap pembelian memang merupakan satu tindakan yang drastik buat kita tetapi di sini ada 10 sebab kenapa kita perlu membuat perubahan ini;

1 * Kita akan belajar ilmu pengurusan kewangan. Menggunakan kad kredit tidak akan mengajar kita bagaimana nak menguruskan kewangan kita. Ia hanya mengajar kita bagaimana memusing kewangan kita sahaja. Hanya dengan wang tunai sahaja kita perlu membuat perancangan untuk setiap hari/minggu/bulan. Jika kita membeli baju baru dan makan diluar 4 kali seminggu, adakah kita mampu untuk mengisi minyak kereta kita untuk minggu hadapan?

2 * Kita akan belajar tentang nilai RM1. Dengan menggunakan kad kredit/debit untuk secawan "latte" yang berharga RM4 kita tidak akan rasa kehilangan wang. Kita tidak akan perasan pun yang kita telah pun berpisah dengan wang kita. Tetapi dengan wang tunai RM100 ditangan untuk kegunaan perbelanjaan seminggu, setiap ringgit mesti kita akan berkira!

3 * Kita akan menjadi lebih kreatif untuk menyelesaikan masalah. Jika kita ingin mengadakan majlis hari jadi anak kita, kita perlu berjimat dengan menyimpan RM20 seminggu atau kita boleh menjual barangan yang tidak kita perlukan di dalam internet seperti di mudah.com.my atau eBay untuk wang "extra". Kita boleh gunakan barangan lama untuk dekorasi parti. Kita gunakan pinggan/cawan plastik yang boleh dibasuh semula daripada membeli pinggan/cawan kertas. Kreativiti boleh menjadi lebih berharga dari wang kita!

4 * Perbezaan di antara keperluan dan kehendak akan menjadi lebih ketara dengan cepat dari yang kita sangkakan. Berapa kali kita "perlu" untuk makan diluar? Adakah kita rasa kita "perlu" kan barangan kosmetik yang mahal setiap kali kita lalu di hadapan kaunter barangan tersebut? Adakah setiap pakaian adalah keperluan? Jadi, dengan wang tunai yang terhad di tangan kita setiap minggu, kita akan dapati apa keperluan kita sebenarnya dengan lebih baik. Kita perlukan minyak untuk kereta. Kita perlukan makanan asas. Kita mungkin perlukan penggaris mata atau gincu bibir, tetapi perlukah kita membeli dengan harga RM60.00 jika kita boleh membeli di Avon atau Nutrimetics dengan harga RM20.00? Atau lebih baik kita menunggu waktu jualan murah yang kita boleh dapat dengan harga RM30.00 atau lebih baik dari itu.

5 * Kita dapat hentikan kitaran kejam hutang kad kredit/debit kita. Pertama, mesti kita hentikan penggunaan kad kredit/debit kita. Oleh sebab itu jumlah hutang kad kredit/debit akan berkurangan. Kedua, dengan jumlah tunai yang terhad di tangan akan menyebabkan kita memotong beberapa perbelanjaan. Sekurang-kurangnya kita akan alirkan wang tersebut untuk membayar hutang daripada kita memberi ruang untuk menambah hutang.

6 * Kita akan menjadi pengguna yang berhemah. Membeli belah dengan wang tunai yang terhad akan memaksa kita untuk berjimat cermat. Kita akan belajar untuk membandingkan harga barang, gunakan kupon jika ada, mencari alternatif barangan, membeli di waktu potongan harga atau pun rebat. Tetapi awas! Jangan tertipu dengan membeli kerana harganya murah tetapi kita tidak memerlukan nya. Jika perlu, kita juga boleh membuat buku harga kita sendiri.

7 * Kita akan belajar bagaimana untuk menentukan apa yang kita perlukan dan tidak terperangkap dengan "keperluan" yang diwar-warkan oleh pengiklan. Berbilion ringgit telah digunakan oleh para pengiklan untuk memisahkan kita dengan wang titik peluh kita sendiri. Mereka akan membuatkan kita merasa lebih layak memiliki atau rasa kurang layak jika kita tidak memiliki atau pun tidak cukup bagus jika tidak memiliki sesuatu barangan. Mereka akan cuba meyakinkan kita walaupun barang itu agak mahal untuk kita miliki. Berhati-hatilah juga dengan iklan produk-produk kesihatan.

8 * Kita akan membantu kawan dan keluarga kita terutama nya anak2 kita tentang realiti kehidupan ini. Hidup bermewah-mewah dengan menggunakan kad kredit bukan lah satu realiti, itu cuma satu cerita dongengan sahaja. Malangnya kita tidak ada Kesatria Berkuda yang akan membantu kita dengan malapetaka kewangan kita! Hidup dengan aliran tunai adalah realiti kehidupan kita. Bangun lah dari mimpi!

9 * Kita sebenarnya menjimatkan wang dengan tidak menggunakan kad kredit/debit. Kita kehilangan wang dengan membayar bunga (interest) pada setiap bulan dan yang paling teruk jika kita menggunakan kad tersebut terlebih dari had atau pun dikenakan denda lewat bayar.

10 * Kita akan lebih dapat mengawal kewangan kita. Menggunakan kad kredit/debit hanya membuatkan kita dibawah kawalan pihak pemiutang. Merekalah yang menetapkan jumlah yang perlu dibayar, kadar bunga dan menghantar lapuran ke bahagian hutang kadkredit. Mereka jugalah yang menyebabkan kita bankrup. Dengan menggunakan wang tunai akan membolehkan kita mengawal kewangan kita sendiri.

Tidak diragukan lagi dengan menukar kepada perbelanjaan "tunai sahaja" merupakan sesuatu yang paling sukar terutamanya untuk beberapa bulan pertama. Mungkin paling teruk kita rasakan. Walau bagaimana pun, dengan bersikap positif dan menggunakan kreativiti, kita akan tertanya-tanya bagaimana kita boleh terjatuh kedalam perangkap kad kredit/debit!

Tuesday, July 21, 2009

Sentiasa Muda


Sabda Rasullulah s.a.w.

"Manusia yang tua akan sentiasa muda di dalam dua hal. Hal dalam mencintai dunia dan mencintai harta benda"

Riwayat Muslim.

Feeling young everybody? You bet.

Thursday, July 16, 2009

Nak tegur ke, tak nak?

Semalam dapat satu SMS dari abang aku yang agak pelik sikit SMS nya. Yang peliknya ;
1) Dari abang aku - jarang aku dapat SMS dia.
2) Isi SMS tu macam bukan untuk aku - itu yang paling peliknya.
So, hari ni rasa pelik tu terjawab jugak bila abang aku call. Rupanya dia dapat mesej tu dari seseorang dan dia forward kat aku. Isi SMS tu memang satu nasihat untuk dia sebenarnya. Ohhh....fahamlah aku apa ceritanya. Jadi seperti biasa dia akan meluahkan perasaan nya macam M16. Secara ringkasnya dia meluahkan bahawa dia rasa terhina dengan mesej tersebut dan dia rasa orang tidak berhak membuat penilaian pada diri nya. Jadi, aku "acknowledge" kekecewaannya. - (apa perkataan melayu yang tepat utk acknowledge ya???)
So, sebagai adik yang penyayang (cewah...) aku pun takkan nak curah minyak kat api. Cuma aku kata manusia ni memang tidak sempurna. Kita mempunyai latarbelakang dan pengetahuan yang berbeza. Orang yang menegur tu mempunyai "good intention" tapi mungkin dia tersalah memilih ayat atau bahasa (walaupun aku rasa orang itu sudah menggunakan bahasa yang terbaik). Sesiapa pun dalam dunia ni tidak suka bila ditegur.
Walau cara baik atau tidak. Semua akan melenting (termasuklah aku..hehehe). Tapi selepas beberapa hari kita akan berfikir dan menilai semula teguran tersebut. Cuma aku tanya abang aku, sudahkan dia memberi tahu apa perasaan nya pada orang tersebut? Dia kata dia tidak mahu memanjangkan hal ini. Bagi aku adalah penting kita memberi tahu perasaan terhadap sesuatu perkara atau keadaan agar perkara itu tidak berulang lagi. Adula...kenapalah susah sangat orang Melayu ni nak luahkan perasaan! Melayu betul abang aku tu...belajar jer kat oversea (Jangan marah aaaa....).

Kesimpulannya;
1) Nak menegur orang bukan satu perkara yang mudah walaupun kita sudah cuba
menggunakan bahasa yang terbaik. Kerap kali teguran kita akan pasti disalah ertikan.
2) Kerap kali juga kita menilai orang yang kita tegur tanpa mengetahui masalah orang tersebut. Kita patut tanya masalahnya sebelum kita menegurnya.
3) Bersedialah pula untuk diri kita di nilaikan oleh orang tersebut.

Apa2 pun, betul lah kata seorang sahabat, kita perlu cermin diri. Sesiapa saja boleh jadi cermin diri kita. Bersyukurlah kerana ada orang yang sanggup jadi cermin diri kita walau kita tidak memintanya. Wallahualam.

Tuesday, July 14, 2009

Memahami Orang Lain

Apsal nak kena paham orang lain lak? Asyik2 kita jer kena paham orang lain. Orang lain tak nak paham kita pun. Memang itulah rungutan kita selalu. Memang kita ni manusia yang "selfish" sebenarnya.

Kenapa perlu memahami orang lain? Logik yang aku nampak setakat ini ialah, supaya kita dapat apa yang kita mahu! Macam mana pulak tu??? Orang yang paling musykil tentu adik aku. Husbandnya tak nak beli rumah walau dah 15 tahun berkahwin!

Bagi aku, kalau kita betul2 memahami orang lain kita dapat melihat pemikiran, prinsip, kesukaan dan kebencian orang tersebut. Jadi mudahlah kita memanipulasi mereka mengikut keadaan mereka! Cuma yang susahnya kita terpaksa korban kan dulu perasaan kita pada saat dan ketika itu (geram, marah, kecewa, sakit hati etc. etc.) Tapi hasilnya, we get what we want, isn't it great!

Walau apa pun, tak ada shortcut. Mesti belajar seni memahami orang lain dulu. Mesti tahu apa yang kita mahu dan mesti tahu bagaimana untuk memberitahu apa yang kita mahu. Rata-ratanya orang Melayu ni memang lemah kalau bab2 nak memberitahu apa yang dia mahu. Tak tahulah apa yang di malukan atau apa yang di bimbangkan. Tapi kenalah betul caranya. Once again, tak ada shortcut. Kena ada ilmu. Tak ada ilmu, kena belajar.

Prinsip aku sungguh mudah, kalau mahukan sesuatu, mintalah! Dapat atau tak dapat itu belakang kira. Sekurang2nya aku dah minta!

Do I have to tell you more?

Tuesday, July 7, 2009

Family Paintball Event 5th July

Huhuhu....Bestnya dia orang main paintball kat KL last weekend. Mari kita layan gambar2 nih. Anyway, Happy 50th Besday untuk UDA hari ni, semoga panjang umur lagi diberkati dan di murahkan rezeki. Huhuhu...miss lah lagi, dorang makan sate Uda belanja malam ni!





Thursday, July 2, 2009

Buruk Perangai

Salam.

Nak citer pasal buruk perangai hari ni. Biar buruk muka jangan buruk perangai kata orang tua-tua. Perangai buruk sendiri memang banyak. Tapi waktu muda-muda begini, memang kita boleh cover. Allah memang tolong kita tutup keaiban kita. Jadi tak payah lah nak buka pekung sendiri pulak.

Hari ni aku nak mengingatkan diri sendiri. Aku dah jumpa beberapa orang warga emas yang buruk perangai di waktu penghujung usia. Aku rasa perangai waktu muda-muda dah tak boleh di sorok-sorok lagi. Lambat-laun terbongkar jua. Anak cucu sudah mula hilang hormat. Salah siapa?

Kalau orang yang masa muda suka mengada-adakan cerita, di waktu tua dia akan mula bercerita yang tidak-tidak (memang orang boleh detect punya!). Kalau yang kedekut, akan simpan dan sorok semua barang bila orang datang kerumah. Segala periuk belanga hatta bawang2 dan buah-buahan di simpan di bawah katil (yang kelakarnya, pastu dia sendiri lupa). Kalau yang suka menuduh orang, pantang barang dia hilang sikit... adalah orang yang jadi mangsa tuduhannya. Kalau yang garang tu, tak usah cakap lah macam mana garang nya! Silap2 haribulan anak2 tak mahu balik ke rumah emak ayah. Kalau yang sombong tu, bersalam dengan orang pun tak mahu. Kalau yang suka mengumpat tu, dia mengumpat depan2 orang yang di umpat tu atau depan anak cucu orang tu. Tapi kalau memang orang yang kaki ibadat, terserlahlah zikir yang tak henti2 atau asyik2 nak bersembahyang. Hatta nak pergi ke masjid pukul 2,3 pagi. Kalau yang pemurah, pantang jumpa anak cucu semua dapat habuan masing2. Kadang-kala boleh dapat 2,3 kali dalam satu hari. Kalau jumpa yang camtu, memang best!

Dimanakah kedudukan kita? Takut jugak bila aku mengenangkan nya. Jadi, kalau ada perangai yang buruk tu, bawak-bawaklah berubah. Kalau tak boleh nampak buruk kita, tanya2lah orang-orang sekeliling kita. Carilah cermin diri. Mudah-mudahan Allah beri kita petunjuk. Semoga Allah terus menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat. Wallahualam.

Wednesday, July 1, 2009

Ubat Hati

Salam,

I love this song by Opick;

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti ALLAH mencukupi

Pernah dengar lagu ni beberapa bulan lepas, melodi dan lirik yang sangat indah. Simple and straight forward. Tak tahu pun saper penyanyi nya. Tapi boleh agak dah lagu penyanyi Indon. Bila buat search for lyric, now I know. Opick tu ala-ala Ustaz Akhil Hayy kat Malaysia ni.

Kalau kita ada penyakit fizikal, berpuluh2 ubat kita cari. Pantang orang M.L.M promote, tak kira berapa harga sanggup kita beli. Malangnya kita tak pernah ambil peduli akan penyakit hati kita. Dan yang paling malang sekali kita tak pernah berusaha untuk mencari ubatnya.

Wallahualam.
Related Posts with Thumbnails