Semalam aku pergi membeli-belah sedikit keperluan dapur kat T**** M**** di Jalan Beserah. Semasa check out di kaunter, cuma ada seorang cashier di situ. Seperti biasa aku akan menawar kan diri untuk memasukkan barang2 ke dalam plastic bags supaya mempercepatkan kerja nya dan orang lain tidak perlu menunggu lama di belakang kaunter.
"Saya tak boleh bagi kak plastic bag lah" kata cashier tu. "Protokol nya kami tak boleh bagi plastic bag pada customer", tambah nya lagi. " Eh, kenapa pulak? Selalu nya OK jer", jawab ku. "Management tak bagi", katanya. "Tu lah pasal, kat sini hari2 staff berhenti kerja", katanya lagi tanpa aku bertanya. "Kenapa?" tanya ku. "Alasan yang selalu dorang kasi, letih dan stress", jawab nya. Aku dan suami ku tersenyum. "Hmmm...kerja cashier pun stress", kata ku.
Hahaha....nak tergelak lah pulak. Cuba citer sket kerja aper yang tak letih dan tak stress? Aku rasa budak2 sekarang memang manja. Tak boleh susah sikit. Susah jer sikit...berhenti kerja. Belum di suruh memimpin negara! Hubby aku kata...Mat2 Bangla kat situ OK jer, tak berhenti pun!
1 comment:
Di Penang ni lama dah tak de plastik beg hari Isnin, Selasa dan Rabu. Kalau nak juga kena byr 2 kupang satu bag. Kononnya utk mengurangkan penggunaannya dan utk bumi hijau. Saya sokong demi alam sekitar. Tak de masalah pun. Sekarang mmg sediakan besen dlm bonet kereta utk brg2 basah. Brg kering lambakkan je dlm bonet. Tapi kena beli beg plastik sampah le pulak utk kegunaan di rumah. Kalau tak tu guna beg supermarket sbg plastik sampah. Sudahnya 2x5 juga ye tak? Tapi kena keluar duit utk beli plastik sampah pulak.
Post a Comment