Saturday, March 6, 2010

Sudah Takdir?

Semalam kawan aku telefon lagi. Dia cuma ingin dapat kepastian tentang cerita nya pada aku mengenai soal pelan perceraian dengan suami nya. Sama ada talak telah jatuh atau tidak. Kerana telah beberapa kali suami nya menyebut perkataan "let go" dan nak lepaskan dia dan anak2. Perkataan begitu di panggil lafaz kinayah. Sememangnya cerai bukan perkara main2. Aku terjumpa definisi ini semasa membuat carian tentang kinayah.

Lafaz talak itu ada dua iaitu:

1. Lafaz sarih : iaitu lafaz 'talak' dan 'cerai'. Apabila ia dilafazkan walaupun tanpa niat, maka jatuhlah talak.

2. Lafaz kinayah : apa-apa perkataan yang digunakan yang menunujukkan kepada maksud talak atau cerai selain daripada dua perkataan di atas ('lafaz' / 'cerai'). Penggunaannya hendaklah disertai dengan niat talak.

Contohnya: bebas, lepas, terbang, baliklah engkau ke rumah engkau dan seumpamanya.

Jika benar, telah habislah jodoh mereka. Mungkin itulah perkataan terbaik tentang takdir yang di tentukan Allah. Bak kata orang sudah takdir nya begitu. Apa2 pun, wajarkah kita salahkan takdir? Aku sering mencari2 makna takdir di dalam kehidupan ini. Sememang nya memahami takdir itu rumit bagi ku. Maklumlah ilmu aku amat kurang. Sukar membezakan sesuatu ketentuan Allah dengan sesuatu yang di laku kan atas usaha tangan kita.

Setakat ini, cara aku memahami takdir adalah seperti analogi permainan computer atau playstation. Pilihan2 akan di beri oleh si pereka sepanjang permainan. Jika pemain memilih A, end result menjadi lain. Jika memilih B, ending nya lain pula. Seperti juga cerita “Back To The Future” dan "Terminator". Setiap tindakan kita akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kita dan orang lain juga. Cuma skrip nya terletak di tangan pencipta. Ending nya telah pun ada. Yang menetapkan apa yang berlaku selepas pilihan2 itu di buat. Mungkin aku salah memahami takdir, tetapi itu sahaja yang aku faham setakat ini. Wallahualam.

Semoga ALLAH memberi aku petunjuk.

No comments:

Related Posts with Thumbnails