Salam,
Dah masuk pun tahun baru 2012 masihi...tahun ni saya berazam ingin menjadi seorang yang lebih sabar. Sememangnya saya ni bukan nya seorang yang penyabar. Tambahan pula cadangan nya nak menunaikan Haji kalau ada rezeki tahun ini...Perghhhh, boleh ke tidak nak bersabar kat Tanah Suci nanti dengan kerenah manusia. Kat Malaysia ni pun rasa nya macam dah gagal 100%.
Awal tahun persekolahan pun dah byk menguji kesabaran. Hari ni jer dah terpaksa sound sorang ibu yang nak potong Q semasa membayar yuran KAFA. Memang dalam dunia ni akan sentiasa ada orang yang berperangai macam tu. Ada juga hamba Allah yang diam kan saja bila ada orang potong Q dia. Terpaksa jadi "pembela" sekejap. Sabor jer lah...itu belum lagi citer bab2 di jalan raya...sabor jer lah lagi! Ada masa2 nya anak2 akan menegur saya kalau saya terlebih sound, prinsip saya mudah...orang akan buli kita kalau kita benarkan mereka membuli kita. Sekali lagi... sabor jer lah!
Benar sungguh kata2 para ulama, kebaikan itu terhimpun di dalam 2 perkara;
1) Sabar 2) Ikhlas
Mestilah sabar dalam semua urusan dan hendaklah ikhlas pula didalam semua perkara. Semoga ALLAH terus memberi hidayah kepada kita semua. Amin.
No comments:
Post a Comment