Tuesday, April 28, 2009

Halatuju anak-anak kita

Sakit kepala dah pun hilang. Alhamdulillah hilang sakit selepas telan panadol 2 biji. Bukan panadol yang menyembuhkan tapi Allah. Jangan kita terlepas pandang hal kekuasaan Allah di atas segala sesuatu. Kita cuma berusaha, selebihnya kita serahkan pada Allah. Bukankah, hidupku matiku untuk tuhan sekalian alam.

Tidur lewat kat Janda Baik bukan gossiping apa2 pun cuma bertukar2 fikiran dengan kakak-kakak aku yang dah melalui kerenah anak2 sewaktu memilih halatuju selepas peperiksaan SPM. Begitulah hakikatnya bila anak2 dah mula membesar. Cerita2 kita semakin berubah. Anak aku yang sulung dah pun berada didalam tingkatan 5. Pejam celik dia akan menduduki SPM hujung tahun ini. "Apa cita2 kakak?" aku tanya Afifah."Ntahlah emak, kakak jadi surirumah jer boleh tak?" Aduh....sabar jer lah ngan anak aku ni!

Kata Yang Cho biasalah tu. Anak2nya pun macam tu juga. Kebanyakkan nya tidak tahu apa peluang yang ada. Cuma dia kata aku dah buat perkara yang betul kerana awal2 lagi membuat survey tentang IPTA/IPTS yang ada kat negara ini. Bukan apa, tak mahu terkial2 bila result SPM keluar nanti. Mana sempat nak buat semua2 tu. Sekurang2nya Afifah boleh buat target dia SPM nanti. Shoot for the moon, if you fail you will land amongst the stars!

Bila sembang2 tu barulah aku tahu punyalah banyak IPTA/IPTS kat Malaysia ni. Bukan macam aku 20 tahun dulu...huhuhuhu...dah tuanya aku! Cuma aku pening yang mana dah government certified, yang mana belum. Kata anak buah aku MQA adalah satu badan yang bertanggungjawab hal2 akreditasi ni. So, find the one with MQA certified and indeed MQA is reliable. Itu belum cerita tentang jurusan2 yang ditawarkan. Kena pilih jurusan yang betul dan di institusi yang betul. Bottom line, bila graduate anak akan mudah dapat kerja. Yang selalu menjadi masalah IPTA selalu tawar jurusan yang bukan 1st choice anak2, itu sebab ramai budak2 masuk IPTS. Keluarlah nama2 institusi yang tak pernah aku dengar sebelum nih , Kuito lah, IMU lah, Manipal lah dan ntah apa2 lagi.

Bila masuk IPTS emak bapak pening kepala nak cari pinjaman. Nasib baik aku ni dah beli insuran pendidikan utk anak2 awal2 lagi. Tapi rasanya kalau setakat nak masuk first year tu bolehlah cover lagi. Tapi setiap semester mana nak korek beb???? Kalau result Afifah bagus Petronas bolehlah kasi biasiswa sebab anak Petronas, tapi result sekurang2nya 9A2....boleh ker kakak????? Nampaknya emak kena buat solat hajat banyak2 utk kakak ler....kepada Allah kita berserah!

3 comments:

Unknown said...

Salam Ziarah.. salam kenal..

kakyong link kan blog ni dgn Catatan ibu, http://kakyong72.blogspot.com

Neeza Shahril said...

kak Nik, since neeza pernah kerja jadi kaunselor untuk students, dan neeza pernah jugak kerja sebagai HR, pendapat neeza, kat mana anak2 tu belajar tak kisah sangat. Yang penting dia dia. Kalau dia belajar kat Harvard sekalipun, kalau balik dia tak boleh nak apply apa yang dia belajar and tak boleh communicate and mix around well dengan people, dia will have a hard time to get a job.

Anyway, no doubt tempat yang nak belajar tu kena certified by local body la. Itu penting kalau nak kerja dengan government.

Tapi kan.. neeza ni.. belajar pun tak kerja akhirnya.. hehee.. bestnya tak kerja.. hahah!!
Tapi, kalau balik malaysia, bosan jugak kot..

Aida said...

Kak..Aida keja kat IPTS, so far rasanya mmg penting utk amik tahu psl kelayakan satu2 kolej utk mengeluarkan sijil tu. Fasiliti belajar salah satu menda yg penting disamping titik beratan kebajian pelajar tu sendiri. Insyalah, pinjaman boleh diuruskan bagi yang benar2 layak..

Related Posts with Thumbnails