Wednesday, July 22, 2009

10 Sebab

Salam.

Hari ini nak kongsi bab pengurusan kewangan sikit. Boleh lah kita praktik kan dalam kehidupan kita memandangkan semakin hari kos barangan semakin naik. Dalam kehidupan seharian ramai yang sudah terhutang dengan kehidupan nya sendiri. Seolah2 satu kitaran hidup yang amat kejam terutamanya bagi sesiapa yang bergantung dengan kad kredit/kad debit. Kita menggunakan kad kredit/kad debit untuk membeli barang keperluan kita pada hari ini dan bila sampai hujung bulan kita akan dapati setelah membayar semula bill kad kredit kita tidak lagi punyai wang yang cukup untuk membeli petrol/makanan/keperluan lain. Akhirnya kita menggunakan kad kredit kita semula. Untuk menggunakan duit tunai setiap pembelian memang merupakan satu tindakan yang drastik buat kita tetapi di sini ada 10 sebab kenapa kita perlu membuat perubahan ini;

1 * Kita akan belajar ilmu pengurusan kewangan. Menggunakan kad kredit tidak akan mengajar kita bagaimana nak menguruskan kewangan kita. Ia hanya mengajar kita bagaimana memusing kewangan kita sahaja. Hanya dengan wang tunai sahaja kita perlu membuat perancangan untuk setiap hari/minggu/bulan. Jika kita membeli baju baru dan makan diluar 4 kali seminggu, adakah kita mampu untuk mengisi minyak kereta kita untuk minggu hadapan?

2 * Kita akan belajar tentang nilai RM1. Dengan menggunakan kad kredit/debit untuk secawan "latte" yang berharga RM4 kita tidak akan rasa kehilangan wang. Kita tidak akan perasan pun yang kita telah pun berpisah dengan wang kita. Tetapi dengan wang tunai RM100 ditangan untuk kegunaan perbelanjaan seminggu, setiap ringgit mesti kita akan berkira!

3 * Kita akan menjadi lebih kreatif untuk menyelesaikan masalah. Jika kita ingin mengadakan majlis hari jadi anak kita, kita perlu berjimat dengan menyimpan RM20 seminggu atau kita boleh menjual barangan yang tidak kita perlukan di dalam internet seperti di mudah.com.my atau eBay untuk wang "extra". Kita boleh gunakan barangan lama untuk dekorasi parti. Kita gunakan pinggan/cawan plastik yang boleh dibasuh semula daripada membeli pinggan/cawan kertas. Kreativiti boleh menjadi lebih berharga dari wang kita!

4 * Perbezaan di antara keperluan dan kehendak akan menjadi lebih ketara dengan cepat dari yang kita sangkakan. Berapa kali kita "perlu" untuk makan diluar? Adakah kita rasa kita "perlu" kan barangan kosmetik yang mahal setiap kali kita lalu di hadapan kaunter barangan tersebut? Adakah setiap pakaian adalah keperluan? Jadi, dengan wang tunai yang terhad di tangan kita setiap minggu, kita akan dapati apa keperluan kita sebenarnya dengan lebih baik. Kita perlukan minyak untuk kereta. Kita perlukan makanan asas. Kita mungkin perlukan penggaris mata atau gincu bibir, tetapi perlukah kita membeli dengan harga RM60.00 jika kita boleh membeli di Avon atau Nutrimetics dengan harga RM20.00? Atau lebih baik kita menunggu waktu jualan murah yang kita boleh dapat dengan harga RM30.00 atau lebih baik dari itu.

5 * Kita dapat hentikan kitaran kejam hutang kad kredit/debit kita. Pertama, mesti kita hentikan penggunaan kad kredit/debit kita. Oleh sebab itu jumlah hutang kad kredit/debit akan berkurangan. Kedua, dengan jumlah tunai yang terhad di tangan akan menyebabkan kita memotong beberapa perbelanjaan. Sekurang-kurangnya kita akan alirkan wang tersebut untuk membayar hutang daripada kita memberi ruang untuk menambah hutang.

6 * Kita akan menjadi pengguna yang berhemah. Membeli belah dengan wang tunai yang terhad akan memaksa kita untuk berjimat cermat. Kita akan belajar untuk membandingkan harga barang, gunakan kupon jika ada, mencari alternatif barangan, membeli di waktu potongan harga atau pun rebat. Tetapi awas! Jangan tertipu dengan membeli kerana harganya murah tetapi kita tidak memerlukan nya. Jika perlu, kita juga boleh membuat buku harga kita sendiri.

7 * Kita akan belajar bagaimana untuk menentukan apa yang kita perlukan dan tidak terperangkap dengan "keperluan" yang diwar-warkan oleh pengiklan. Berbilion ringgit telah digunakan oleh para pengiklan untuk memisahkan kita dengan wang titik peluh kita sendiri. Mereka akan membuatkan kita merasa lebih layak memiliki atau rasa kurang layak jika kita tidak memiliki atau pun tidak cukup bagus jika tidak memiliki sesuatu barangan. Mereka akan cuba meyakinkan kita walaupun barang itu agak mahal untuk kita miliki. Berhati-hatilah juga dengan iklan produk-produk kesihatan.

8 * Kita akan membantu kawan dan keluarga kita terutama nya anak2 kita tentang realiti kehidupan ini. Hidup bermewah-mewah dengan menggunakan kad kredit bukan lah satu realiti, itu cuma satu cerita dongengan sahaja. Malangnya kita tidak ada Kesatria Berkuda yang akan membantu kita dengan malapetaka kewangan kita! Hidup dengan aliran tunai adalah realiti kehidupan kita. Bangun lah dari mimpi!

9 * Kita sebenarnya menjimatkan wang dengan tidak menggunakan kad kredit/debit. Kita kehilangan wang dengan membayar bunga (interest) pada setiap bulan dan yang paling teruk jika kita menggunakan kad tersebut terlebih dari had atau pun dikenakan denda lewat bayar.

10 * Kita akan lebih dapat mengawal kewangan kita. Menggunakan kad kredit/debit hanya membuatkan kita dibawah kawalan pihak pemiutang. Merekalah yang menetapkan jumlah yang perlu dibayar, kadar bunga dan menghantar lapuran ke bahagian hutang kadkredit. Mereka jugalah yang menyebabkan kita bankrup. Dengan menggunakan wang tunai akan membolehkan kita mengawal kewangan kita sendiri.

Tidak diragukan lagi dengan menukar kepada perbelanjaan "tunai sahaja" merupakan sesuatu yang paling sukar terutamanya untuk beberapa bulan pertama. Mungkin paling teruk kita rasakan. Walau bagaimana pun, dengan bersikap positif dan menggunakan kreativiti, kita akan tertanya-tanya bagaimana kita boleh terjatuh kedalam perangkap kad kredit/debit!

3 comments:

Ainur68 said...

Ada orang yang sensitif dengan isu ni rupanya. Sebenarnya kita takut untuk mengetahui hakikat diri kita sendiri jadi kita takut untuk berbincang tentangnya. Tak percaya, mari discuss tentang hak orang Melayu dan tentang agama Islam. Ramailah lah yang melompat tak tentu pasal. Face it and embrace it!

Unknown said...

Saya guna kad kredit semata-mata kerana tidak mahu membawa tunai yang banyak kerana jika diragut atau dirompak, melopong kita. Tapi pastikan setiap bulan kad kredit dibayar sepenuhnya untuk mengelakkan riba dan caj lewat bayar. Dengan penggunaan kad kredit (yg tertentu) kita mendapat 2% rebat petrol. Simpan setiap resit belian untuk kemaskini jumlah yang dibelanjakan agar tidak melebihi bajet. Bagaimana? ok?

Ainur68 said...

Betul lah tu. Kad kredit ni cuma untuk orang yang dah tahu bagaimana nak uruskan kewangan nya sahaja. Saya sendiri tak ada kad kredit! Tenyeh Cik Abang punya....hahaha

Related Posts with Thumbnails