Thursday, July 2, 2009

Buruk Perangai

Salam.

Nak citer pasal buruk perangai hari ni. Biar buruk muka jangan buruk perangai kata orang tua-tua. Perangai buruk sendiri memang banyak. Tapi waktu muda-muda begini, memang kita boleh cover. Allah memang tolong kita tutup keaiban kita. Jadi tak payah lah nak buka pekung sendiri pulak.

Hari ni aku nak mengingatkan diri sendiri. Aku dah jumpa beberapa orang warga emas yang buruk perangai di waktu penghujung usia. Aku rasa perangai waktu muda-muda dah tak boleh di sorok-sorok lagi. Lambat-laun terbongkar jua. Anak cucu sudah mula hilang hormat. Salah siapa?

Kalau orang yang masa muda suka mengada-adakan cerita, di waktu tua dia akan mula bercerita yang tidak-tidak (memang orang boleh detect punya!). Kalau yang kedekut, akan simpan dan sorok semua barang bila orang datang kerumah. Segala periuk belanga hatta bawang2 dan buah-buahan di simpan di bawah katil (yang kelakarnya, pastu dia sendiri lupa). Kalau yang suka menuduh orang, pantang barang dia hilang sikit... adalah orang yang jadi mangsa tuduhannya. Kalau yang garang tu, tak usah cakap lah macam mana garang nya! Silap2 haribulan anak2 tak mahu balik ke rumah emak ayah. Kalau yang sombong tu, bersalam dengan orang pun tak mahu. Kalau yang suka mengumpat tu, dia mengumpat depan2 orang yang di umpat tu atau depan anak cucu orang tu. Tapi kalau memang orang yang kaki ibadat, terserlahlah zikir yang tak henti2 atau asyik2 nak bersembahyang. Hatta nak pergi ke masjid pukul 2,3 pagi. Kalau yang pemurah, pantang jumpa anak cucu semua dapat habuan masing2. Kadang-kala boleh dapat 2,3 kali dalam satu hari. Kalau jumpa yang camtu, memang best!

Dimanakah kedudukan kita? Takut jugak bila aku mengenangkan nya. Jadi, kalau ada perangai yang buruk tu, bawak-bawaklah berubah. Kalau tak boleh nampak buruk kita, tanya2lah orang-orang sekeliling kita. Carilah cermin diri. Mudah-mudahan Allah beri kita petunjuk. Semoga Allah terus menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat. Wallahualam.

1 comment:

Ust Halim Nasir said...

Salam. ALLAH berfirman (mafhum):

`Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yg dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan Kami akan masukkan kamu ke tempat yg mulia (syurga).' AN-NISAK: 31

Related Posts with Thumbnails