Sunday, January 31, 2010

Jika Itu Takdir nya III


Kita sambung lagi ok...

Peringatan :Cerita ini hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena kepada yang hidup atau pun yang telah mati. Dilarang "copy n paste" tanpa kebenaran penulis.

"Aku amat menyesal kerana meninggalkan mu, benar-benar menyesal," kata Syam. "Apa kau tidak bahagia dengan rumahtangga mu maka kau cari aku?" tingkah ku. "Aku bahagia, cuma tidak sebahagia kau, Nad." jawab Syam. Aku tidak tahu kenapa Syam berkata begitu. Aku berteka-teki sendiri. "Aku bersyukur kerana kau punyai kehidupan yang baik, seperti yang aku selalu doa dan harapkan" tambah nya lagi. "Terima kasih." ujar ku. "Terima kasih juga kerana kau, aku bertemu dengan Azli. Azli seorang suami yang amat baik," tambah ku pula. "Sama-sama," jawab Syam ringkas. "Cuma aku perlu tahu, kenapa kau tinggal kan aku dulu? Aku hampir lupa apa sebab sebenarnya." tanya ku. "Ah...Nad, jangan kau tanya aku soalan itu. Aku sememangnya bodoh dan keliru di saat dan ketika itu. Mempunyai kekasih secantik mu, aku telah hilang keyakinan diri. Aku telah tersilap menilai kesetiaan mu, tambahan lagi kita di pisahkan oleh jarak dan waktu. Aku sepatutnya menunggu kepulangan mu. Maafkankan lah aku Nad, maafkanlah aku!" ujar mu. Rapuh nya cinta mu Syam, rapuh nya! Sedangkan aku telah berusaha sedaya upaya untuk memberi kesetiaan kepada mu. "Atau kau memang mempunyai teman yang lain?" aku menduga. "Demi Allah Nad, tidak kerana yang lain!" ujar Syam. Aku tidak pasti sama ada mahu mempercayai atau sebalik nya. Tetapi itu sudah bukan jadi soal nya. Semuanya telah berlaku dan berlalu.

Nadiah menangis semahu-mahunya. Sungguh mahu mati rasanya, terasa bagai di permainkan oleh takdir. Masih tergiang-ngiang di telinga nya kata-kata Syam sebentar tadi. Syam masih mencintai nya, Syam masih merinduinya. Di usia yang hampir setengah abad ini kedua-dua nya tewas semula dengan cinta. Bagaikan tidak percaya sepatut nya dia berada di tikar sejadah mengadu kepada Tuhan agar di ampun segala dosa-dosanya tetapi kini airmatanya mengalir kerana cinta kepada manusia. Nadiah terasa betapa lemah iman nya! Wahai Tuhan, kau berilah kekuatan kepada hamba Mu ini pohon nya.

Pagi itu seusai solat subuh, aku menguruskan keperluan anak-anak dan suami ku seperti biasa. Setelah selesai semua, aku mengetuk papan kekunci komputer. Aku masuk ke ruang maya membuka blog Syam. Hati ku terasa berbunga...ah, ada entry baru di blog Syam. Apa lagi kalau bukan cerita tentang kami. Kegembiraan Syam kerana aku telah memaafkan nya, kebahagiaan Syam kerana Allah telah memakbulkan doa nya. Yang penting nya cinta masih wujud di dalam hati kami! Aku mula meninggal kan mesej di dalam blog Syam.

Begitu lah keadaan Nadiah sejak akhir-akhir ini. Berbalas-balas mesej di dalam chat box di blog Syam. Kedua-dua nya melahirkan cinta dan kerinduan. Bercerita tentang kehidupan masing-masing. Bercerita tentang harapan. Mereka di lamun cinta semula. Namun begitu Nadiah tetap rasa bersalah terhadap Azli. Sesungguhnya dia telah mengkhianati kepercayaan Azli. Mengkhianati cinta Azli yang tidak berbelah bagi terhadapnya. Yang pasti, dia bakal menggoncang kebahagiaan rumahtangganya dengan tangan nya sendiri.

Bersambung....

Thursday, January 28, 2010

Jika Itu Takdir nya II



Kita sambung lagi citer...

Peringatan :Cerita ini hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena kepada yang hidup atau pun yang telah mati. Dilarang "copy n paste" tanpa kebenaran penulis.

Nadiah terus berperang dengan perasaan nya sendiri. Berperang dengan airmatanya saban hari. Cuma suami nya masih tidak menyedari nya. Nadiah akan menyeka airmata nya sebaik mungkin.

Aku harus memutuskan nya. Bukan harus tapi mesti. Berdosa besar kalau aku meneruskan nya. Mana mungkin aku punyai suami dan kekasih di dalam satu masa. Kemana arah ku, kemana haluan ku. Tidak akan ada kesudahan nya begini. Jika di takdirkan pendek umur ku, apa harus aku jawab pada Nya? Aku bahagia bersama suamiku, Azli. Berbelas-belas tahun aku hidup bersamanya. Azli memberikan aku segala-gala. Kasih-sayang, perhatian, anak-anak, tempat berteduh, wang ringgit dan segala-galanya. Walau tidak sekaya mana, namun semuanya cukup sempurna buat ku. Seandainya bulan dan bintang itu boleh di petik nescaya Azli akan memetiknya untuk ku.

"Kalaulah bulan dan bintang itu boleh dipetik..." kata ku. "Kenapa, sayang nak abang petik kan ker?" tanya Azli pada ku. Ah...begitu sekali Azli akan melayani ku. Aku di tatang bagai minyak yang penuh!

Tetapi kenapa, kenapa aku masih merindui Syam? Mengapa aku masih mencintai dia? Bukan kah dia orangnya yang merobek hati remaja ku? Yang membiarkan aku terkapai-kapai sendiri di dalam dunia cinta remaja kami. Yang meninggalkan aku di saat aku berada di bumi asing. Sampai hati mu Syam, sampai hati.

Masih aku ingat sepucuk surat yang meleraikan cinta kami. Meleraikan kasih yang dipupuk sekian tahun. Meleraikan janji yang di padu. Mudah nya kau melepas kan aku Syam. Mudah nya. Rasanya bagai semalam ia berlaku. Bagai tidak dapat di tahan airmata ini bila aku mengenangkan nya semula. Ah...berdarah lagi luka lama ku ini.

Nadiah mengenang-genang cinta pertamanya. Cinta yang disangka telah hilang dari hidup nya. Cinta yang telah di kuburkan bertahun lamanya. Cinta yang penuh luka yang tidak mahu di ingat kembali di dalam hidup nya. Nadiah menyangka dia akan tenggelam dengan cinta dan kasih-sayang Azli. Jejaka yang telah menghulurkan tali cinta sewaktu dia di dalam kesedihan yang panjang. Dia telah membuang Syam jauh dari sudut hati nya.

Sungguh tidak aku sangka, dunia cyber menemukan aku semula dengannya. Aku begitu berhati-hati agar nama aku tidak terpampang jika carian google di gunakan. Azli memang selalu berpesan agar aku menggunakan nama samaran. Sememangnya Azli bimbang jika Syam dapat menjejaki aku. Aku adalah cinta pertama Azli. Aku ibu kepada anak-anak Azli. Tapi kuasa Tuhan...siapa bisa menghalang. Syam berjaya mengesan aku.

"Syam, mengapa dan kenapa kau cari aku?" ujar ku di talian. "Nad, kau pun tahu kan aku telah bersalah terhadapmu. Aku perlu memohon maaf dari mu" jawab Syam. "Ah... Syam, telah lama aku memaafkan mu, malah aku benar-benar telah melupakan mu" kata ku. "Bertahun aku mencari mu, aku bertanya teman yang mengenali mu tetapi mereka enggan membantu aku. Mereka menghalang aku dari mencari mu." tambah Syam lagi. "Kau sepatut nya mendengar nasihat mereka!" marah ku. "Aku benar-benar terganggu. Hati ku bagai berdarah kembali seperti semalam ianya berlaku" kata ku dengan deraian airmata. "Kau memang selfish Syam. Selfish. Kau tidak peduli perasaan aku bila kau tinggalkan aku, kau tidak peduli perasaan Azli dan isteri mu bila kau cari aku!" tangis ku. "Jadi, aku telah dua kali bersalah terhadap mu lah sekarang" kata Syam. "Ya"' jawab ku ringkas. Sepi seketika. "Syam...are you OK?" Aku terdengar esakan Syam di hujung talian sana."No, I'm not OK" jawab Syam dengan nada yang tersekat-sekat. "Boleh kita berkawan semula?" Syam bertanya aku bila dia sudah reda. " Hah! aper kau dah gila Syam? Apa kata suami ku nanti?" aku terperanjat.

Nadiah buntu, dia benar-benar buntu. Mengapa dia semakin tidak lelap tidur sejak "bertemu" semula dengan kekasih lama nya. Kenangan demi kenangan datang bertimpa-timpa di fikiran nya. Kenangan indah yang tersimpan di dalam lipatan memorinya. Kenangan yang sengaja tidak mahu di usik semula. Terkadang dia mengalirkan airmata tanpa di pinta. Bengkak-bengkak matanya. Mujur Azli tiada di ketika itu kerana bekerja di luar daerah untuk seminggu dua. Sungguh berat rasanya beban di dada. Mahu pecah rasa nya. Tiada yang lain melainkan Syam di dalam setiap urat nadi nya. Syam sahaja di dalam fikiran dan benaknya. Gila kah dia kerana merindui kekasih lama nya. Merindui orang yang telah menguris luka di hati nya. 20 tahun telah berlalu namun kelukaan itu seperti masih baru di hati nya. Kelukaan yang amat dalam. Begitu hebat cinta pertama nya! Bagaikan menjadi anak remaja semula rasanya.

Bersambung....

Wednesday, January 27, 2010

Give time


I learned something today....you give time to things that are important to you. Well I guess I should be starting to evaluate what is important to me! No excuse for not being able to find time now. If you are not able to find time for something or someone, clear enough that it is not important to you! Is that SIMPLE or what!

Tuesday, January 26, 2010

Jika itu takdirnya.



Peringatan :Cerita ini hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena kepada yang hidup atau pun yang telah mati. Dilarang "copy n paste" tanpa kebenaran penulis.

Fikiran aku semakin kacau. Semakin aku ingin melupakan nya semakin aku merinduinya. Aku tidak ada jawapan kenapa rindu ini semakin mendalam. Aku tahu dia juga merindui aku. Aku lihat mesej didalam blog nya, aku lihat ada mesej di dalam yahoo profile nya. Sengaja aku membiarkan nya. Dalam hati ku hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa aku ingin membalasnya. Betapa aku juga merindui nya. Tetapi aku terus menahan diri. Tidak tahu apa yang harus aku kata kan pada nya.

Aku di kejutkan dengan soalan dari suami ku, "Ayang sayang abang tak?" Sepantas kilat aku menjawab, "Sayang". "Sayang abang sorang jer?" tanya nya lagi. "Ya lah...saper lagi" balas ku. Sememangnya itulah soalan yang sering di ulang-ulang oleh suami ku sejak dahulu lagi. Kenapa sejak akhir2 ini aku seakan-akan menipu diri dan menipu suami ku. Aku tidak pernah membohongi nya. Aku terus-terusan mencari jawapan di dalam hati ku. Adakah mungkin aku mencintai 2 lelaki di dalam hidup ku, mungkin kah! Aku tidak tahu, yang pasti nya aku dalam dilema.

Wahai Tuhan, apakah harus aku bayar syurga Mu dengan airmata kasih dan kerinduan ini? Ah...sungguh aku tidak layak dengan syurga Mu. Jika ia boleh membayar pelepasan aku dari seksa neraka Mu, akan ku bayar Tuhan. Akan aku bayar. Aku pasrah dengan ujian Mu ini, aku pasrah.

Nadiah terus berperang dengan perasaan nya sendiri. Berperang dengan airmatanya saban hari.

*************************************************************************************

Testing...testing..1,2,3...hmm dah lama akak tak menulis cerpen.

Sunday, January 24, 2010

My 10 favorite moments in life.....


1 - Kissing and hugging my children and my other half
2 - Helping others
3 - Baking
4 - Trying new recipe
5 - Watching my favorite TV series
6 - Watching movies with my other half
7 - Family gathering
8 - Meeting and entertaining family & friends
9 - Receiving Purchase Orders and delivering them
10 - Bank in cheques

There are more but...cukup lah bagitahu 10 jer!

Thursday, January 21, 2010

Age Is Just A Number?



Ada di antara kita
Bila tiba hari lahir
Terujanya yang amat
Maklumlah dapat hadiah
Daripada orang-orang tersayang
Baguslah begitu

Tapi ada pula antara kita
Bila sampai hari lahir
Tiada makna baginya
Age is just a number katanya
Wah!

Pernahkah kita terfikir
Andai umur kita 40
Dan andai baligh pada umur 13
Maknanya sudah lebih 27 tahun
Kita dipertanggungjawabkan atas muka bumi

Cuba renungkan
Kalau 1 hari 1 dosa kita lakukan
Kalau sebulan 30 dosa
Kalau setahun 365 dosa
Kalau 27 tahun???

Itu kalau sehari satu dosa,
Kalau sehari sepuluh dosa?
Astaghfirullah banyaknya dosa kita.
Amalan baik pula tidak tahu
Sama ada diterima Allah atau tidak
Banyaknya titik noda dalam diri kita

Pernahkah kita cuba renungkan
Berapa banyak lagi masa yang kita ada
Untuk beramal soleh?
Tentu kita tidak tahu
Sebab ajal itu di tangan tuhan.

Bertaubatlah
Sesungguhnya Allah sentiasa dekat dengan kita
Hanya kita yang sentiasa menjauhkan diri daripadaNya.

p/s : Selamat Hari Lahir buat sahabat2 baik ku yang meraikan nya semalam & hari ini. Semoga ALLAH merahmati kalian!

Monday, January 18, 2010

How to Keep Your Man Happy!



WARNING : 18SX ONLY!

Instructions
Things You'll Need:

* A Man

Difficulty:

* Moderately Easy

Step 1


Remember that most men are Ego based. If you feel that he is the most important part of you. Let him know. Tell him that he is handsome or strong. Let him know that you think he is the most wonderful man in the world. But do this often. Email him or text him. Not like a maniac but occasionally. Too much is a little like stalking. (Hey you...love of my life, did I tell you that you are the most handsome guy on earth!)

Step 2

SEX when you first got together with your significant other,you had sex a lot. Now not so much. WHY? Dress up a little for him (lingerie). Come on to him. Men are not the only ones who want that intimate feeling. If you are one of those women wo think that you are punishing him by not making love you are fooling yourself. In the end you will be the one who has lost that battle. Making Love is how men show that they love you. It is not a reward. It is an emotion. (My bedroom...my sacred place!)

Step 3


Let him be the man! In todays society it is so easy for a woman to take on the roles that a man and a woman have. Men can also play both roles but it seems easier for a woman to jump into both shoes. Let him be the man. Ask him to help you with things (even if you could do it yourself). "Honey can you get this jar top off?" But you also need to stick to your role. If he works hard during the day and you not so much, what is the harm of cooking and cleaning up the dishes. Be fair. Even if you think to yourself "Why can't he do the dishes?" Most men (Not all) feel that it is a womens job. Just like you feel cutting the grass should be a mans job. (Come on deep down you know its true). They are classic stereotypical roles but that is how it is. Let him be a MAN. (Hmmm.....you're the big boss Honey!)

Step 4

Remember that most men cannot multi task. The brain of men is wired differently. It is found that women have more nerve receptors between the left side and right side of the brain. Therefore women can multi task easier than men. Asking them to do a lot at once will be counterproductive. Just let the men concentrate on one thing at a time if you want good results.(Ok...Ok...I got it!)

Monday, January 11, 2010

Berikan yang paling kita sayang.




Salam,

Letih tul lah balik dari kenduri kahwin semalam. Mak oii...5 jam tu Kuantan~Tapah. On the way balik kita orang singgah kat Genting Sempah for lunch and solat. Kak Nyah nak buah berangan lah pulak. Sambil dia makan dalam kereta dia akan bagi kat emak ayah dia yang dah siap elok berkupas. Pastu Ery tegur dia. "Kenapa Kak Nyah bagi yang elok kat emak ngan ayah?" tanya Ery. "Yer lah...yang elok lah kita bagi kat orang, takkan nak bagi yang tak elok pulak." jawab Kak Nyah.

"Betul lah yang Kak Nyah cakap tu." sampuk ku. "Rasulullah pun suruh beri orang lain benda yang elok dan yang kita sayang." tambah aku lagi. "Kalau camtu, Mak Yang kasi Syirah (Kak Nyah) kat orang lain lah." sampuk Azlina anak buah aku yang turut sama pulang ke Kuantan. "Hahaha...bukan Syirah jer Mak Yang kasi, semua anak2 Mak Yang nanti Mak Yang kasi kat orang lain!" jawab ku. "Apa kata kalau Mak Yang nak banyak pahala lagi, Mak Yang kasi Pak Cik Amri kat orang lain!" tambah Azlina lagi. 1x hua...2x hua...3x hua..hua hua hua.

Boleh pakai ker konsep tu....akak pun fening lah!

Tuesday, January 5, 2010

Edisi cuti sekolah....


Cuti sekolah hari tu aku letih turun naik gi KL...pastu sibuk tengok2 Kak Yong kat sekolah sepanjang SPM. Bila dah habis SPM bawak semua jalan2 gi Sunway Lagoon. Ahaks...first time pergi.



Monday, January 4, 2010

Panas Hati!



Salam,

Hari ni dah start skolah balik. While I'm typing this entry, I believed that ramai yang masih lagi tengah settle kan hal sekolah anak2 kat luar tu. Gamak nya macam mana reaksi ibubapa hari ni bila tengok kos-kos persekolahan anak2 hari ni yer????? I wonder....

I got my fair share yesterday. Macam terkezut beruk bila tengok Yuran Asrama kena bayar RM600 setahun instead of RM330 setahun! Ibubapa yang berpendapatan RM5K kebawah cuma kena bayar RM200 jer setahun. Eh...ini sekolah private ker atau bantuan kerajaan ni?Ingat aku ni welfare department ker aper? Aku pulak nak subsidies dorang. Laki aku bayar income tax tau...yg berpendapatan RM5K kebawah tu silap2 tak kena pun income tax. On top of that, every week anak aku kena balik pulak bukan nya every 1st & 3rd week macam dulu. Baik tak usah duduk asrama cam ni! Ini boleh mendatangkan kemarahan (teringat skrip citer 3 Abdul lak...) Can someone explain, please....

Harga gula dah naik RM1.65 sekilo. Ader kedai yg jual RM1.75 sekilo. Macam siot jer bila PM tersayang suruh kurang kan gula dalam makanan semasa aku tengok berita semalam...mari kita masak kuih lapis tawar, kuih bahulu tawar, donat tanpa gula...kita pakat ramai2. Paling aku suka kalau chef2 kat Sri Perdana tu start dulu! Biar muka Bini Najib tu setawar kuih2 kat Sri Perdana tu....Hahaha.

Satu lagi cuba tengok iklan Petronas pasal minyak RON95....and why I feel so stupid! I bet sesaper yang selalu makan kat Secret Recipe akan dapat menu serba baru dengan harga yang baru! Senyum dan sabor jer lah.....what a freaking NEW year!

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya." Al-Baqarah :155~157.

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010 & Cinta!



"Wahai Tuhan berikan aku kecukupan sehingga aku tidak mengharap orang lain selain dari engkau Ya Allah".

Selamat Tahun Baru 2010. Doa ku untuk semoga pengunjung blog ini agar ALLAH memberi kita kecukupan dgn setiap apa yang kita perlukan. Agar kita tergolong di kalangan orang2 yang bersyukur.

Tahun baru, azam pun baru...tapi citer manusia bukan nya semua baru. History tends to repeat itself. The point is, are we learning from others' experiences?

Semalam kawan aku call lagi. Seperti biasa aku menadah telinga mendengar luahan hati nya. No judgement passed...just listened, that was all she wanted.
At one point aku terkedu bila dia kata,"I read some articles saying that we shouldn't give all our hearts to our husbands. Luckily I don't give all my heart to my husband. That is why I can still control myself".

Hmmm....I'm not judging her but I'm just judging the statement. The statement was not new to me. I've read that too....but is it true? It is just an opinion not a fact.Terpulang kepada diri masing2 utk menilai nya. Aku percaya kepada cinta sepenuh hati. Jangan bimbang untuk di lukai. Tak perlu lah "selfish" dengan cinta. Baru kita tahu sebenarnya makna cinta! Wallahualam.

Consider this, I've read one article saying "Hearts are meant to be broken and mended by itself, it is within it's job descriptions!" Is it true? You be the judge....hahaha :D.
Related Posts with Thumbnails