It is my intention in life to be happy but it is my greater intention to be happier when I see my Creator! He who gives me life, takes it away and everything else in between.
Thursday, January 28, 2010
Jika Itu Takdir nya II
Kita sambung lagi citer...
Peringatan :Cerita ini hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena kepada yang hidup atau pun yang telah mati. Dilarang "copy n paste" tanpa kebenaran penulis.
Nadiah terus berperang dengan perasaan nya sendiri. Berperang dengan airmatanya saban hari. Cuma suami nya masih tidak menyedari nya. Nadiah akan menyeka airmata nya sebaik mungkin.
Aku harus memutuskan nya. Bukan harus tapi mesti. Berdosa besar kalau aku meneruskan nya. Mana mungkin aku punyai suami dan kekasih di dalam satu masa. Kemana arah ku, kemana haluan ku. Tidak akan ada kesudahan nya begini. Jika di takdirkan pendek umur ku, apa harus aku jawab pada Nya? Aku bahagia bersama suamiku, Azli. Berbelas-belas tahun aku hidup bersamanya. Azli memberikan aku segala-gala. Kasih-sayang, perhatian, anak-anak, tempat berteduh, wang ringgit dan segala-galanya. Walau tidak sekaya mana, namun semuanya cukup sempurna buat ku. Seandainya bulan dan bintang itu boleh di petik nescaya Azli akan memetiknya untuk ku.
"Kalaulah bulan dan bintang itu boleh dipetik..." kata ku. "Kenapa, sayang nak abang petik kan ker?" tanya Azli pada ku. Ah...begitu sekali Azli akan melayani ku. Aku di tatang bagai minyak yang penuh!
Tetapi kenapa, kenapa aku masih merindui Syam? Mengapa aku masih mencintai dia? Bukan kah dia orangnya yang merobek hati remaja ku? Yang membiarkan aku terkapai-kapai sendiri di dalam dunia cinta remaja kami. Yang meninggalkan aku di saat aku berada di bumi asing. Sampai hati mu Syam, sampai hati.
Masih aku ingat sepucuk surat yang meleraikan cinta kami. Meleraikan kasih yang dipupuk sekian tahun. Meleraikan janji yang di padu. Mudah nya kau melepas kan aku Syam. Mudah nya. Rasanya bagai semalam ia berlaku. Bagai tidak dapat di tahan airmata ini bila aku mengenangkan nya semula. Ah...berdarah lagi luka lama ku ini.
Nadiah mengenang-genang cinta pertamanya. Cinta yang disangka telah hilang dari hidup nya. Cinta yang telah di kuburkan bertahun lamanya. Cinta yang penuh luka yang tidak mahu di ingat kembali di dalam hidup nya. Nadiah menyangka dia akan tenggelam dengan cinta dan kasih-sayang Azli. Jejaka yang telah menghulurkan tali cinta sewaktu dia di dalam kesedihan yang panjang. Dia telah membuang Syam jauh dari sudut hati nya.
Sungguh tidak aku sangka, dunia cyber menemukan aku semula dengannya. Aku begitu berhati-hati agar nama aku tidak terpampang jika carian google di gunakan. Azli memang selalu berpesan agar aku menggunakan nama samaran. Sememangnya Azli bimbang jika Syam dapat menjejaki aku. Aku adalah cinta pertama Azli. Aku ibu kepada anak-anak Azli. Tapi kuasa Tuhan...siapa bisa menghalang. Syam berjaya mengesan aku.
"Syam, mengapa dan kenapa kau cari aku?" ujar ku di talian. "Nad, kau pun tahu kan aku telah bersalah terhadapmu. Aku perlu memohon maaf dari mu" jawab Syam. "Ah... Syam, telah lama aku memaafkan mu, malah aku benar-benar telah melupakan mu" kata ku. "Bertahun aku mencari mu, aku bertanya teman yang mengenali mu tetapi mereka enggan membantu aku. Mereka menghalang aku dari mencari mu." tambah Syam lagi. "Kau sepatut nya mendengar nasihat mereka!" marah ku. "Aku benar-benar terganggu. Hati ku bagai berdarah kembali seperti semalam ianya berlaku" kata ku dengan deraian airmata. "Kau memang selfish Syam. Selfish. Kau tidak peduli perasaan aku bila kau tinggalkan aku, kau tidak peduli perasaan Azli dan isteri mu bila kau cari aku!" tangis ku. "Jadi, aku telah dua kali bersalah terhadap mu lah sekarang" kata Syam. "Ya"' jawab ku ringkas. Sepi seketika. "Syam...are you OK?" Aku terdengar esakan Syam di hujung talian sana."No, I'm not OK" jawab Syam dengan nada yang tersekat-sekat. "Boleh kita berkawan semula?" Syam bertanya aku bila dia sudah reda. " Hah! aper kau dah gila Syam? Apa kata suami ku nanti?" aku terperanjat.
Nadiah buntu, dia benar-benar buntu. Mengapa dia semakin tidak lelap tidur sejak "bertemu" semula dengan kekasih lama nya. Kenangan demi kenangan datang bertimpa-timpa di fikiran nya. Kenangan indah yang tersimpan di dalam lipatan memorinya. Kenangan yang sengaja tidak mahu di usik semula. Terkadang dia mengalirkan airmata tanpa di pinta. Bengkak-bengkak matanya. Mujur Azli tiada di ketika itu kerana bekerja di luar daerah untuk seminggu dua. Sungguh berat rasanya beban di dada. Mahu pecah rasa nya. Tiada yang lain melainkan Syam di dalam setiap urat nadi nya. Syam sahaja di dalam fikiran dan benaknya. Gila kah dia kerana merindui kekasih lama nya. Merindui orang yang telah menguris luka di hati nya. 20 tahun telah berlalu namun kelukaan itu seperti masih baru di hati nya. Kelukaan yang amat dalam. Begitu hebat cinta pertama nya! Bagaikan menjadi anak remaja semula rasanya.
Bersambung....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
panjangnya kak....bila nk continue lg ni...
Sabar Naim...sabar...
Post a Comment