Tuesday, January 26, 2010

Jika itu takdirnya.



Peringatan :Cerita ini hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena kepada yang hidup atau pun yang telah mati. Dilarang "copy n paste" tanpa kebenaran penulis.

Fikiran aku semakin kacau. Semakin aku ingin melupakan nya semakin aku merinduinya. Aku tidak ada jawapan kenapa rindu ini semakin mendalam. Aku tahu dia juga merindui aku. Aku lihat mesej didalam blog nya, aku lihat ada mesej di dalam yahoo profile nya. Sengaja aku membiarkan nya. Dalam hati ku hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa aku ingin membalasnya. Betapa aku juga merindui nya. Tetapi aku terus menahan diri. Tidak tahu apa yang harus aku kata kan pada nya.

Aku di kejutkan dengan soalan dari suami ku, "Ayang sayang abang tak?" Sepantas kilat aku menjawab, "Sayang". "Sayang abang sorang jer?" tanya nya lagi. "Ya lah...saper lagi" balas ku. Sememangnya itulah soalan yang sering di ulang-ulang oleh suami ku sejak dahulu lagi. Kenapa sejak akhir2 ini aku seakan-akan menipu diri dan menipu suami ku. Aku tidak pernah membohongi nya. Aku terus-terusan mencari jawapan di dalam hati ku. Adakah mungkin aku mencintai 2 lelaki di dalam hidup ku, mungkin kah! Aku tidak tahu, yang pasti nya aku dalam dilema.

Wahai Tuhan, apakah harus aku bayar syurga Mu dengan airmata kasih dan kerinduan ini? Ah...sungguh aku tidak layak dengan syurga Mu. Jika ia boleh membayar pelepasan aku dari seksa neraka Mu, akan ku bayar Tuhan. Akan aku bayar. Aku pasrah dengan ujian Mu ini, aku pasrah.

Nadiah terus berperang dengan perasaan nya sendiri. Berperang dengan airmatanya saban hari.

*************************************************************************************

Testing...testing..1,2,3...hmm dah lama akak tak menulis cerpen.

3 comments:

naimayob said...

sakan juga kak ni....
klu baca x hbis ni sahih fikir lain dh ni.....
cerpen ni hbis ke or ada sambung lg ni....boleh la berkembang dlm bidang penulisan....caya la kak...hehehe...

Ainur68 said...

Amacam Naim...best tak? Nanti akak sambung lagi kalau free. Hehehe...

naimayob said...

mmg best la..ada suspen tu...nti smbung bg panjang2 sikit..baru puas nk baca..nti bt la buku hasil penulisan Ainur68...x gitu kak..hehehe..

Related Posts with Thumbnails