It is my intention in life to be happy but it is my greater intention to be happier when I see my Creator! He who gives me life, takes it away and everything else in between.
Sunday, January 31, 2010
Jika Itu Takdir nya III
Kita sambung lagi ok...
Peringatan :Cerita ini hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena kepada yang hidup atau pun yang telah mati. Dilarang "copy n paste" tanpa kebenaran penulis.
"Aku amat menyesal kerana meninggalkan mu, benar-benar menyesal," kata Syam. "Apa kau tidak bahagia dengan rumahtangga mu maka kau cari aku?" tingkah ku. "Aku bahagia, cuma tidak sebahagia kau, Nad." jawab Syam. Aku tidak tahu kenapa Syam berkata begitu. Aku berteka-teki sendiri. "Aku bersyukur kerana kau punyai kehidupan yang baik, seperti yang aku selalu doa dan harapkan" tambah nya lagi. "Terima kasih." ujar ku. "Terima kasih juga kerana kau, aku bertemu dengan Azli. Azli seorang suami yang amat baik," tambah ku pula. "Sama-sama," jawab Syam ringkas. "Cuma aku perlu tahu, kenapa kau tinggal kan aku dulu? Aku hampir lupa apa sebab sebenarnya." tanya ku. "Ah...Nad, jangan kau tanya aku soalan itu. Aku sememangnya bodoh dan keliru di saat dan ketika itu. Mempunyai kekasih secantik mu, aku telah hilang keyakinan diri. Aku telah tersilap menilai kesetiaan mu, tambahan lagi kita di pisahkan oleh jarak dan waktu. Aku sepatutnya menunggu kepulangan mu. Maafkankan lah aku Nad, maafkanlah aku!" ujar mu. Rapuh nya cinta mu Syam, rapuh nya! Sedangkan aku telah berusaha sedaya upaya untuk memberi kesetiaan kepada mu. "Atau kau memang mempunyai teman yang lain?" aku menduga. "Demi Allah Nad, tidak kerana yang lain!" ujar Syam. Aku tidak pasti sama ada mahu mempercayai atau sebalik nya. Tetapi itu sudah bukan jadi soal nya. Semuanya telah berlaku dan berlalu.
Nadiah menangis semahu-mahunya. Sungguh mahu mati rasanya, terasa bagai di permainkan oleh takdir. Masih tergiang-ngiang di telinga nya kata-kata Syam sebentar tadi. Syam masih mencintai nya, Syam masih merinduinya. Di usia yang hampir setengah abad ini kedua-dua nya tewas semula dengan cinta. Bagaikan tidak percaya sepatut nya dia berada di tikar sejadah mengadu kepada Tuhan agar di ampun segala dosa-dosanya tetapi kini airmatanya mengalir kerana cinta kepada manusia. Nadiah terasa betapa lemah iman nya! Wahai Tuhan, kau berilah kekuatan kepada hamba Mu ini pohon nya.
Pagi itu seusai solat subuh, aku menguruskan keperluan anak-anak dan suami ku seperti biasa. Setelah selesai semua, aku mengetuk papan kekunci komputer. Aku masuk ke ruang maya membuka blog Syam. Hati ku terasa berbunga...ah, ada entry baru di blog Syam. Apa lagi kalau bukan cerita tentang kami. Kegembiraan Syam kerana aku telah memaafkan nya, kebahagiaan Syam kerana Allah telah memakbulkan doa nya. Yang penting nya cinta masih wujud di dalam hati kami! Aku mula meninggal kan mesej di dalam blog Syam.
Begitu lah keadaan Nadiah sejak akhir-akhir ini. Berbalas-balas mesej di dalam chat box di blog Syam. Kedua-dua nya melahirkan cinta dan kerinduan. Bercerita tentang kehidupan masing-masing. Bercerita tentang harapan. Mereka di lamun cinta semula. Namun begitu Nadiah tetap rasa bersalah terhadap Azli. Sesungguhnya dia telah mengkhianati kepercayaan Azli. Mengkhianati cinta Azli yang tidak berbelah bagi terhadapnya. Yang pasti, dia bakal menggoncang kebahagiaan rumahtangganya dengan tangan nya sendiri.
Bersambung....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
makin mendebar baca cerpen ni....hehehe.....bila la nk jumpa entrynya ha....
Post a Comment