It is my intention in life to be happy but it is my greater intention to be happier when I see my Creator! He who gives me life, takes it away and everything else in between.
Monday, February 1, 2010
Cepat nya Masa Berlalu
Salam.
Diam tak diam dah habis dah Januari 2010. Macam tu lah masa dalam kehidupan kita. Kata pujangga, masa itu ibarat pedang. Kalau kita tak memotong masa, masa akan memotong kita. Saban hari kita akan melakukan perkara yang rutin. Cuba kita pikirkan semula...masa bila ianya bukan rutin? Rutin kalau mengikut fasa-fasa kehidupan kita. Semasa lahir, semasa bersekolah, semasa remaja, semasa meningkat dewasa, bekerja, berkahwin...semuanya mengikut rutin. Kalau ada kelainan pun kalau kita pergi bercuti atau ada sedikit kejutan dalam hidup. Yang pasti nya kalau kita ada masalah....yang itu tidak rutin! Kalau di pikir-pikirkan... bersyukurlah dengan masalah. Kalau tak ada masalah...hidup memang membosankan! Tapi kalau terlalu banyak masalah...memang memeningkan.
Setiap hari akan sentiasa ada baju untuk dibasuh, kerja pejabat yang perlu di siapkan, sampah untuk di buang, lantai utk di sapu, bill yang perlu di bayar dan mulut untuk di suap! Itulah namanya hidup. Merungut atau tidak...itulah rutin kita. Kita akan sentiasa punyai cita-cita lepas satu, satu. Tidak pernah kehabisan modal. Namun begitu dalam kita bergelut dengan perkara-perkara rutin dan cita-cita kita, ada tuntutan yang mesti kita laksana kan. Tuntutan kepada Tuhan. Sejauh mana telah kita melaksana kan nya?
Memang menakutkan. Kalau di pikir-pikirkan semula.... alamak memang confirm aku fail! Bagaimana hubungan dengan manusia pula? Adakah aku seorang sahabat yang baik? Isteri yang baik? Ibu yang baik? Anak yang baik? Manusia yang baik? Bagaimana aku nak menjawab di depan Nya? Aku tahu ini semua bersifat sementara....tetapi aku mesti melaluinya sementara menunggu aku mati. Yang paling penting...ikhlaskah aku? Kadang-kadang ia meletihkan aku!
Sabda nabi s.a.w: ”Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur dalam mentaati Allah.”. (Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya).
Dan sabdanya lagi; ”Semulia-mulia manusia adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
One thing for sure, I already have one foot in the grave!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment