It is my intention in life to be happy but it is my greater intention to be happier when I see my Creator! He who gives me life, takes it away and everything else in between.
Saturday, February 13, 2010
Jika Itu Takdir nya (Akhir)
Jeng...jeng..jeng...suspense tak? Ok lah, kita kasi habis ini cerpen. Semoga anda semua terhibur dengan cerpen akak ni. Kalau ending nyer tak best,korang buatlah ending sendiri...hehehe :)
Peringatan :Cerita ini hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena kepada yang hidup atau pun yang telah mati. Dilarang "copy n paste" tanpa kebenaran penulis.
“Nad, kau jangan nak tukar ganti Azli dengan sesiapa pun,” kata kakak ku Maisarah. Marah benar kakak ku bila aku memberitahu tentang Syam. Aku faham benar, sememangnya keluargaku suka kan Azli. Sememang nya Azli pandai mengambil hati keluargaku. “Buat apa si Syam tu nak menyesal, salah dia. Menyesal pun dah tak berguna, dia yang bodoh melepaskan kau dulu! Belajar jer tinggi-tinggi, ” tambah nya. Hubungan aku dengan Syam mendapat restu keluarga aku dulu. Aku masih ingat betapa kakak aku yang menangis bila dia mendapat berita tentang putus nya hubungan aku dengan Syam. Seolah-olah dia yang putus cinta. Aku cuba merahsiakan dari keluarga ku waktu itu. Aku tidak mahu mereka bimbang tentang aku yang berada di bumi asing. Namun kepulangan seorang teman ke tanah air sewaktu cuti musim panas membongkar cerita.
Aku terus mencuba untuk melupakan Syam. Terkadang aku memikir kan bagaimana harus aku lakukan untuk memutuskan hubungan ini. Lagi aku fikirkan lagi sesak fikiran dan dada ku. Aku akan menjadi sedih dan murung. Semua tugas harian menjadi lebih kacau-bilau. Lagi deras airmata ku keluar. Tapi bila aku berhenti memikirkan nya, aku menjadi lebih lega. Apakah makna semua ini.Ah…benar-benar kacau. Ya Allah, tolonglah aku!
Nadiah sering bersolat taubat. Sungguh berdosa rasanya terhadap Azli. Walau pun tumpuan terhadap solatnya semakin berkurangan semenjak peristiwa itu. Nadiah gagah kan jua. Bila hati nya tidak keruan, Nadiah melakukan solat 2 rakaat. Kepada siapa lagi Nadiah ingin mengadu jika bukan kepada Rabb nya. “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;” (al-Baqarah 45). Ayat itulah menjadi kekuatan buatnya. Nadiah bermohon agar Tuhan memberi dia jalan keluar dari permasalahan nya. Namun Nadiah masih lagi mencari-cari jawapan kenapa Allah telah mentakdirkan nya begitu.
Malam itu airmata Nadiah berhamburan lagi di sejadah. Di waktu sebegitu Azli sedang lena di ulit mimpi. Tiba-tiba hati Nadiah berasa lapang. Dia mula menyedari sesuatu. Ketentuan Tuhan telah menemu kan dia dengan Syam seawal remaja. Ketentuan Tuhan juga menyebabkan Syam meninggalkan nya dan dengan ketentuan Tuhan juga menemukan dia semula dengan Syam. Sememangnya Syam bukan ditakdirkan untuk nya. Nadiah tidak tahu apa rahsia Nya tetapi yang dia pasti itulah ujian Tuhan untuk diri nya. Agar dia menjadi seorang hamba yang lebih berserah diri kepada Nya. Nadiah mula mendapat kekuatan untuk menamatkan kisah cinta nya. Jika itu takdir nya, Nadiah pasrah!
~~~~~~~~~~~~~~"N"~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Don’t fall in love but rise in love!”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment