Thursday, February 4, 2010

Jika Itu Takdir nya IV

Kita sambung lagi ya! Tapi di mana kita stop yer.... oh, ok...

Peringatan :Cerita ini hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena kepada yang hidup atau pun yang telah mati. Dilarang "copy n paste" tanpa kebenaran penulis.


"Syam, aku rasa amat bersalah terhadap Azli. Sampai bila harus begini," kata ku. "Nad, kita tidak pernah bertemu, hanya berkawan seperti ini," ujar Syam di hujung talian. Sememangnya kami tidak pernah bertemu setakat ini. Jika di ikutkan hati, rasa bagaikan ingin terbang kepadanya. "Walau apa pun alasannya, ia tetap salah Syam!Aku isteri orang dan kau pula suami orang," jawab ku. "Ya, kau betul Nad. Aku tahu, tapi aku tak sanggup kehilangan kau lagi. Tahu kah kau bagaimana aku rasakan bila aku berjumpa semula permata yang telah aku tersalah buang dulu? Bila aku temui semula dia telah menjadi milik orang lain. Aku hanya dapat melihat nya tapi tidak dapat menyentuh nya! Tahu kah kau Nad?" tanya mu. Syam, kau memang pandai bermain dengan kata-kata. Jika tidak masa kan aku boleh jatuh ke tangan mu dulu! Detak hati ku. "Aku malu untuk meminta dari Tuhan lagi jika aku kehilangan mu kali ini." tambah Syam. Aku kelu, benar-benar kelu bila ku dengar kata-kata dari Syam.Tidak tahu apa yang harus aku katakan. "Cuma aku belum berani untuk meminta dari Tuhan agar aku boleh memiliki mu!" ujar Syam sungguh-sungguh. "Jangan kau berani Syam, jangan!" aku bersuara. "Fikirkan tentang jiwa-jiwa yang tidak berdosa itu, keluarga mu dan keluarga ku." tambah ku. Airmataku terus mengalir tanpa henti. Kenapa harus aku yang pikul derita ini Syam. Kau yang makan nangka kenapa aku pula yang terkena getahnya! Sungguh tidak adil aku rasa kan. "Jika kau mahu memutuskan hubungan ini, aku rela Nad. Aku ikut apa saja keputusan mu. Aku tidak mahu menyusah kan mu." kata Syam lagi. "Cuma percayalah Nad, aku amat mencintai mu. Aku akan mencintai mu selama-lamanya," tambah nya. Bagaikan jatuh jantung ku rasakan . Namun jauh di sudut hati ku, aku juga tidak mahu kehilangan mu Syam. Terasa tidak berdaya nya aku! “Nad...aku akan menunggu mu!” kata Syam.

Jika di ikutkan kegilaan hati nya, mahu saja Nadiah meninggalkan segala-gala nya demi Syam. Terkadang bila datang fikiran liarnya, adakah Syam sanggup melakukan perkara yang sama? Nadiah berteka-teki di hati nya. Berbaloi kah? Bagaimana dengan Azli, bagaimana dengan anak-anak yang menjadi buah hati dan pengarang jantungnya? Bagaimana cinta nya terhadap Azli? Sanggupkah dia melukakan hati Azli dan anak-anak nya? Mampukah dia melupakan Azli pula dan kenangan selama berbelas-belas tahun itu? Lebih rela mati rasanya daripada di beri pilihan itu. Ada masanya dia terasa seperti seorang yang bodoh. Masih mencintai orang yang melukai hati nya, masih mempercayai nya. Namun Nadiah masih lagi waras, masih lagi rasional. Cuma Nadiah tidak tahu sejauh mana dia mampu bertahan.

Bersambung...

No comments:

Related Posts with Thumbnails