Friday, February 19, 2010

Bongkok kita...

Semalam aku dikunjungi anak perempuan jiran ku untuk menggunakan internet di rumah ku. Nak check offer letter PTPTN katanya. Aku mempelawanya masuk. Dia belajar di salah sebuah IPTA di utara tanahair. Cuti CNY ni…adalah seminggu di rumah kata nya. Setelah selesai, aku terus berborak2 dengan nya. Bertanya hal2 pengajian, kehidupan dan kos2 sara hidup di IPTA.

Tanpa aku minta dia mula bercerita tentang hal2 cinta. Hmmm…..remaja, tidak akan sempurna hidup kalau tidak bercinta. Aku tahu dia bukan mahu pendapat atau nasihat aku tapi lebih kepada meluahkan perasaan di dada. Cerita tentang kekasih lama yang ingin kembali semula kepada nya, cerita tentang pilihan lain yang dia ada, cerita tentang kena serang dengan girlfriend kekasih lama, cerita tentang teman dia yang diganggu kekasih lama yang dah berkahwin..…eh apsal citer kekasih lamer jer nih! Citer pasal teman satu dom yang pengkid pun ader.

Aku pun bertanya kalau2 emak dan ayah nya tahu tentang citer2 dia ni. Tak tahu katanya. Biasalah tu. Selalunya anak2 kita sendiri susah nak bercerita kepada kita tentang hal2 peribadi. Mereka akan mencari orang2 yang lebih selesa untuk mereka bercerita. Cabaran anak2 kita sebenarnya lebih hebat dari zaman kita dulu. Kekadang aku pun terkedu mendengar masalah dorang tu. Mereka cukup bijak sebenarnya, cuma perlukan sedikit bimbingan agar tak tersalah jalan. Hahaha…macam Biro Aduan Masyarakatlah pulak akak ni! Cuma satu sahaja aku harapkan, bila giliran anak2 aku…aku harap mereka tahu kepada siapa mereka boleh luahkan. Teringat kata2 emak aku, kita tak boleh luruskan bongkok kita sendiri, kita perlu orang lain untuk meluruskan nya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails